Dah lama tak berkongsi tutorial, jadi untuk perkongsian kali ini aku nak tunjukkan cara buat link bio website menggunakan aplikasi CANVA. Paling penting ianya percuma dan mudah.
Link bio website yang telah siap boleh kita letak dekat bio Instagram atau mana-mana media sosial yang kita mahu.
Kesedaran nak buat link bio website menggunakan aplikasi Canva adalah disebabkan url blog aku telah disekat oleh Facebook dan juga Instagram.
Cara Buat Link Bio Website Percuma Guna Canva
Jadi memang tiada peluang nak
kongsi url blog di media sosial. Pilihan lain untuk buat link bio adalah
seperti linktree, Unfold, linkin.bio, milkshake dan banyak lagi.
Aku dah pernah cuba guna beberapa
aplikasi dan setakat ini aku suka dengan pilihan yang ada di dalam CANVA.
Cara Buat Link Bio Website Guna Canva
Langkah pertama adalah login
akaun Canva. Aku suka login menggunakan desktop view berbanding mobile view. Tak
banyak beza interface dia, bezanya kedudukan tools sahaja berubah.
Langkah kedua: Taip “website” pada
ruangan ‘search’ seperti gambar di bawah. Untuk yang belum pernah ada akaun,
boleh daftar terlebih dahulu.
Jangan risau aplikasi Canva ni
ada yang percuma dan ada yang berbayar. Macam aku guna yang percuma sahaja, cuma
ada limit dari segi akses sahaja.
Pilih template yang tersenarai.
Langkah ketiga: Boleh edit dan ‘rename’ kolum, bolehlah mula design template ikut citarasa sendiri.
Langkah keempat: Masukkan link, contoh link blog. Cara masukkan link seperti dibawah.
1. Klik kolum Blog
2. Klik 3 titik
3. Klik simbol link
4. Isi link yang kita mahu
Langkah ke lima: Selepas selesai
design dan isi link yang diperlukan, sila ikut langkah di bawah:
1. Klik butang share
2. Klik website
3. Web style – Pilih standard
4. Copy link dan paste di bio
Instagram
Link yang terhasil agak panjang
jadi boleh pendekkan link url menggunakan bitly atau shorten url link yang
biasa korang guna.
Itu sahaja tutorial cara buat
link bio website percuma guna Canva. Kalau ada sebarang Soalan boleh letak di
ruangan komen. Selamat mencuba.
Nice sharing :)
BalasPadamTiktok pun skrg tgh popular nih., ;p
BalasPadamBetul laju je
BalasPadamgood sharing Rodiah...
BalasPadamwah...cukup menarik pulak buat bio menggunakan Canva...saya belum pernah cuba
BalasPadammenarik ni..
BalasPadam