Alhamdulillah Selamat Hari Raya korang. Tahu-tahu tiba-tiba je dah raya kan? Lagi seronok tahun ini Raya awal dari biasa. Memang bersilat kami adik beradik dekat dapur malam Raya tu.
Memang rare sebab jarang berlaku raya awal macam tahun ni. Ikut apa emak kata, memang pernah berlaku Raya awal dari jangkaan.
Maksudnya tak cukup 30 hari berpuasa kita dah raya. Berlaku beberapa puluh tahun yang sudah. Memang rezeki tahun ini setelah dua tahun Raya PKP, tak dapat beraya bersama kita akhirnya dapat berkumpul dan beraya sama-sama.
Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan, Tiba-Tiba Je Raya
Ingat lagi Raya tahun 2020, raya
pertama di perantauan memang sedih sangat. Lagi sedih semua persiapan kena buat
sendiri.
Menu Hari Raya Aidilfitri 2022
Memandangkan keluarga kami besar
dan tahun ni semua balik beraya di kampung jadi kami tetapkan pembahagian tugas
berdasarkan menu yang dicadangkan oleh emak.
Sebelum tu kutipan tabung makan raya
telah pun dibuat untuk menampung kos pembelian bahan mentah. Memang begitulah
kalau keluarga besar.
Tahun ini emak teringin nak makan
Nasi Arab, ketupat palas, rendang ayam daging dan menu pada hari raya kedua
ialah mi kari, nasi Imipit kuah kacang dan malam tu kami buat BBQ.
Masing-masing secara sukarela
pilih menu yang akan dimasak dan beli bahan-bahan yang diperlukan dan kami
masak bersama-sama di kampung.
Ikut pengalaman memang kena beli
bahan-bahan kering dari rumah masing-masing sebab tak mahu bersesak mencari
barang di kampung.
Giliran Raya Pertama Di Pahang
Masih menggunakan konsep giliran
raya, tahun ini adalah tahun beraya di Pahang iaitu kampung aku. Paling teruja
semestinya anak-anak sebab tak sabar nak jumpa sepupu sepapat seramai 22 orang
tu.
Tahun ni Raya pertama semua adik
beradik seramai 10 orang balik rumah emak. Memang meriah dan penuh rumah.
Semua adik beradik aku dah
berkahwin dan ada anak kecuali adik bongsu je. Tengah tunggu jodoh sampai
katanya. Jom aminkan adik aku bertemu jodoh yang baik.
Tahun ini raya lebih santai sebab
masing-masing dah buat persediaan awal. Tinggal nak masak sahaja. Lepas dengar
pengumuman Raya kami sempat main bunga api dan lepas tu baru kami masak rendang
dan rebus ketupat.
Hari terakhir puasa, kami tak
masak untuk berbuka tetapi hanya beli juadah dari bazar Ramadan sahaja sebab tenaga
nak masak memang tiada.
Subuh esoknya kami mula masak
nasi Arab. Segala persiapan kami buat sama-sama jadi kerja tu jadi cepat dan
mudah.
Raya pertama kami balik kampung
sebelah arwah abah. Pakcik dan makcik masih ramai berada di kampung jadi kena
la tunjuk muka. Bila tengok muka pakcik teringat arwah abah.
Raya kedua kami hantar wakil ke
perjumpaan keluarga sebelah emak di Bahau. Malang tak berbau, aku cirit birit
di petang Raya.
Kebetulan aku sibuk siapkan
barang-barang untuk mini sukaneka Hari Keluarga Puan Samiah. Jadi aku berehat
di rumah sahaja.
Sambut Raya Ketiga Di Melaka
Pada hari Raya ketiga
masing-masing dah mula bergerak menuju rumah mentua. Hari ketiga selepas terima
kunjungan sanak saudara kami memulakan perjalanan ke Melaka.
Jalan raya agak sibuk dengan
kenderaan dan syukur sangat anak-anak tidak meragam. Raya diteruskan lagi
dengan mentua dan ipar duai.
Seronok dapat makan ketupat,
rendang dan masakan emak mentua. Maklumlah dekat rumah sendiri tak sempat
merasa semua tu sebab sibuk memasak. Dah penat memang hilang selera nak makan.
Sayangnya dekat Melaka kami tak sempat ambil gambar. So tiada la gambar dengan keluarga sebelah suami.
Kami ambil keputusan untuk balik ke
KL pada Raya ke lima sebagai langkah untuk elak kesesakkan lalu lintas. Syukur walaupun
kenderaan banyak tapi perjalanan sangat lancar.
Kami kembali ke dunia nyata
setelah seminggu lebih cuti Raya. Segala perancangan cuti turut berubah
disebabkan tarikh raya Aidilfitri berubah.
Macam tahun sebelumnya keadaan
trafik amatlah teruk, malah ada yang kata tahun ni lebuhraya lebih sesak
berbanding tahun sudah.
Almaklumlah semua lepas geram
beraya setelah dua tahun tak dapat beraya dengan meriah.
Kesimpulan
Walaupun Raya tahun 2022 penuh
dengan kejutan dan drama tapi kami bersyukur sangat sebab semua dapat balik
beraya.
Dapat makan makanan sedap, pakai
baju baru, dapat jumpa adik beradik dan sanak saudara. Paling penting dapat
cium tangan emak dan mohon maaf di pagi raya. Itu paling utama.
terkejut tapi seronok
BalasPadamBetul. Syukur sangat dapat beraya bersama keluarga
PadamSalam raya idulfitri
BalasPadamMaaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya Idulfitri
PadamMaaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya Diah Sekeluarga.,.. wahh.. balik pahang yeaa... ramai anak buah dia tuuu...
BalasPadamkejutan raya tapi meriah ya amatt tuuh 👍👍
BalasPadam