Raya 2022 – Shopping Raya Last Minute

Insha Allah kalau ikut kiraan kalendar, kita bakal sambut Raya 2022 pada 3 Mei bersamaan dengan hari Selasa.

Setelah dua tahun tak dapat balik kampung beraya bersama keluarga, akhirnya kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia merentas negeri. Syahdu betul teringat memori raya PKP jauh di perantauan.


Raya 2022 – Shopping Raya Last Minute 

Semestinya apabila dibolehkan balik kampung maka tahun ni ramai yang shopping sakan untuk bergaya di hari raya.

Mana-mana tempat semua sama, penuh dengan manusia. Kurang seminggu lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Boleh dikategorikan sebagai last minute shopping Raya kiranya. Sana-sini penuh dengan orang.

 

Shopping-Raya-Last-Minute

Meriah Last Minute Shopping Raya 2022

Tradisi pakai baju sedondon satu keluarga di pagi raya diteruskan lagi pada Syawal kali ini. Berbeza dengan tahun lepas, kami memang recycle pakai baju yang ada sahaja.

Maklumlah tak menziarah mahupun balik kampung jadi cukuplah pakai apa yang ada sahaja. Untuk tema raya tahun ini, kami pilih untuk bergaya dengan warna hijau.

Semestinya segala persiapan nak sambut Raya kami akan buat sama-sama, tetapi aku akan pastikan senarai semak Raya diselesaikan sebelum balik kampung. 

Kisahnya, aku dah beli baju raya secara dalam talian di Shopee, cuma nak beli tudung untuk lengkapkan baju raya.

Tetapi disebabkan penjual pandai umpan suami dan tunjukkan baju set sedondon ibu dan anak terus suami suruh beli lagi sepasang.

Jangan orang confuse aku dengan pokok bunga sudahlah. Belikan anak-anak perempuan baju kurung moden dan kurta untuk anak lelaki.

Syukur sangat dalam satu tempat kami berjaya beli baju kurung anak-anak sedondon dengan baju aku, baju kurta untuk suami dan anak lelaki.

Dapat juga sehelai dua tudung dan kasut raya. Walaupun dah berlambak tudung ada dekat rumah tapi masih beli lagi dengan alasan takut tak match dengan baju baru. Cliché sangat alasan.

 

Selamat-Hari-Raya-2022


Trend Baju Raya 2022

Syukur tahun ni tak banyak drama sepanjang proses pencarian kelengkapan raya. Anak-anak behave dan bersemangat sebab nak cari tudung raya.

Trend baju raya tahun 2022 yang aku perhati kan ialah dari segi rekaan semuanya simple je. Berbanding tahun-tahun sebelum PKP orang akan pakai baju raya rekaan macam pergi fashion show.

Tahun ni aku lebih bertolak ansur dengan suami. Apa suami cadangkan semua aku ikutkan. Ternyata kurang sakit kepala. Aku cuma terangkan apa yang aku nak dan suami pilih.

Orang memang ramai, jadi kena bijak atur pergerakkan dan tak boleh pentingkan diri. Paling penting kena jaga emosi anak kecil, baru urusan jadi mudah.

Rasanya disebabkan usia dah meningkat, anak-anak jadi keutamaan kami. Kiranya kami sebagai ibu dan bapa ini sekadar melengkapi gaya anak-anak.

Anak-anak gembira, suami senang hati dah cukup bagi aku. Harapnya perasaan itu kekal sampai bila-bila hendaknya.

Sempena Syawal yang bakal menjelma, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Rodiah Amir. Kepada yang mengenali, pernah bersua muka mahupun tidak.

Aku susun sepuluh jari mohon ampun maaf atas ketelanjuran dalam berkata-kata. Maaf kalau ada kata-kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Jaga diri semua.

 

Ulasan

  1. Tahun nie memang sana sini ramai orang kan Diah, Kak Sue pun dah settle bab baju kurung dengan baju melayu. Cuma nak tambah sikit lagi nanti nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama kak Sue, saya nak tambah tudung..macam salah beli warna tema je

      Padam
  2. uuu dah dapat bayang dah raya tahun ni akan jadi paling seronok lepas 2 tahun x dpt raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbayang berkumpul tu, harapnya kita semua dilindungi

      Padam
  3. sama juga ye rodiah mohon maaf zahir batin. selamat hariraya. baju raya mama semua dah ready. beli yang perlu2 aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya kak, saya happykan anak-anak je tahun ni.. persiapan macam biasa

      Padam
  4. selamat hariraya maaf zahir batin dari wak ye😅😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Wak, nanti share Raya dekat mana

      Padam
  5. Alhamdulillah.. walaupun lust minute tapi berjaya juga dapat semuanya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.