Perkara yang baik haruslah di kongsi dengan orang lain. Bersempena bulan Ramadan dan Syawal yang mulia, KITKAT mengajak penggemarnya berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Sinonim dengan bulan keberkatan, kedatangan bulan Ramadan dan Syawal mengalu-alukan nilai-nilai murni seperti saling berkongsi dan menyayangi, serta sifat sentiasa bersyukur.
KITKAT Berkongsi Rezeki Dengan Rumah Kebajikan Sempena Ramadan
Bulan yang suci ini sering
disambut bersama mereka yang tersayang oleh orang Muslim di seluruh dunia,
selain menggalakkan sifat-sifat murni buat diri sendiri dan juga orang di
sekeliling kita.
Dalam usaha untuk terus mengukir
senyuman, KITKAT ingin berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama
para penggemarnya pada musim perayaan ini.
KITKAT menghayati kebaikan
Ramadan melalui kempen #RezekiDikongsiBersama yang akan berlangsung di seluruh
negara mulai 1-April hingga 31-Mei 2022.
Sepanjang tempoh ini, dengan
setiap pembelian pek KITKAT, RM0.10 akan didermakan kepada rumah kebajikan
terpilih, termasuklah Yayasan Food Bank Malaysia, Dignity for Children
Foundation dan EPIC Homes.
Kerjasama Kempen KITKAT Rezeki Dikongsi Bersama
Kempen #RezekiDikongsiBersama
turut memacu #SupportLokal melalui kerjasama dengan dua perniagaan tempatan.
Salah satunya ialah “BINGKA”,
sebuah jenama reka bentuk yang unik berasaskan budaya Malaysia. Kolaborasi ini
bakal membawakan barangan eksklusif BINGKA x KITKAT yang istimewa untuk dijual
sempena berlangsungnya kempen ini, termasuk sebuah balang kaca Luminarc KITKAT
rekaan BINGKA.
Perniagaan kedua pula ialah
"Sugar and I", sebuah kedai roti disukai ramai yang akan menjual
bombolini berperisa KITKAT.
Sejajar dengan misi kempen,
kedua-dua rakan kongsi hebat ini akan turut mengambil bahagian untuk
mendermakan seperatus daripada jualan mereka sepanjang tempoh kempen
berlangsung.
Yayasan Food Bank Malaysia pula mengagihkan
bantuan makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik manakala Dignity for
Children Foundation sedang berusaha untuk membasmi kitaran kemiskinan dalam
kalangan kanak-kanak miskin bandar melalui pendidikan berkualiti.
EPIC Homes pula membantu
mempertingkatkan taraf hidup dengan membina dan menyediakan tempat
perlindungan, dengan tumpuan khas buat masa ini terhadap komuniti Orang Asli di
Semenanjung Malaysia.
“Sebagai sebuah
jenama coklat kesukaan rakyat Malaysia, kempen ini merupakan satu cara kecil
untuk kami melibatkan diri pada musim perayaan yang cukup bermakna ini.
Pertubuhan-pertubuhan
kebajikan ini telah dipilih atas usaha murni yang mereka lakukan serta teladan
baik yang dipamerkan. Sumbangan melalui kempen ini diharap akan dapat menyokong
program-program mereka di masa hadapan dan membawakan lebih kebaikan buat
masyarakat yang memerlukan”
Frédéric Porchet,
Pegawai Eksekutif Perniagaan
(Unit Perniagaan
Konfeksi, Nestlé Malaysia & Singapura)
Produk KITKAT Edisi Raya
KITKAT meraikan perayaan ini
bersama para penggemarnya menerusi keluaran produk Edisi Raya dengan reka
bentuk perayaan baharu menghiasi bungkusannya.
Produk-produk istimewa inspirasi
Raya ini termasuk Balang Kaca KITKAT Luminarc dengan 2 Beg Kongsi Mini KITKAT,
Pek Pelbagai Perayaan KITKAT 4F 3+1, Sarung Perayaan Beg Kongsi KITKAT 12s dan
Sarung Raya KITKAT Senses.
KITKAT juga menawarkan cara
baharu untuk anda berkongsi keseronokan Raya!
Tunjukkan bagaimana anda Berkongsi Rezeki menggunakan filter #RezekiDikongsiBersama, dan jangan lupa saksikan video muzik Raya mereka serta hantarkan ucapan Raya kepada orang tersayang melalui KITKAT E-greeting.
#KITKATEasyRecipeasy
Terokai kreativiti di dapur pada
bulan Ramadan dan Syawal ini. KITKAT menjemput para peminatnya untuk mencuba
resipi-resipi yang sesuai untuk musim perayaan ini.
• KITKAT Kuih Cara Manis Pandan
Video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan disiarkan di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia
Lawati https://www.facebook.com/kitkatmalaysia atau https://www.dearnestle.com.my/ untuk maklumat lanjut.
Satu usaha yang bagus dari kitkat..
BalasPadamHarap ramai lagi syarikat besar boleh ikut jejak langkah mereka
Padamsyabas kitkat program mcm ni la kita perlukan
BalasPadammoga ramai lagi bantu kan
PadamAlhamdulillah. Bestnya sis :D
BalasPadamanak-anak terpaling suka
Padamcomelnyaaa semua pack kitkat
BalasPadamsenang sekali ngap makan saiz mini dia
Padamterbaik kitkat..sambil membeli sambil menderma
BalasPadam