Tahu tak sekarang ni MILO® UHT
mengadakan peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT” serta menawarkan
hadiah lumayan bernilai RM200,000.
Bersempena ketibaan bulan Ramadan
yang mulia ini, MILO mengambil peluang untuk menyumbang kembali kepada para
pelanggan setianya melalui peraduan yang berlangsung selama 8 minggu khas untuk
peminat MILO di Malaysia.
Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT Tawarkan Hadiah Lumayan RM200,000
Sebut je MILO® semua orang kenal
sebagai minuman pemberi tenaga yang padat dengan kebaikkan barli malt, susu dan
koko dengan Activ-Go.
Terbayang keenakkan Milo dinosaur
diminum sejuk-sejuk waktu cuaca panas, jadi juadah berbuka puasa pun menarik.
Aku pernah kongsi resepi kek Batik guna Milo juga. Menjadi weh.
Tempoh Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO®
Peraduan telah pun bermula pada 4
April 2022 lepas dan bakal berakhir pada 29 Mei 2022 ini menawarkan pelbagai
hadiah menarik, termasuk duit raya, dengan nilai keseluruhannya mencecah
RM200,000.
Antara hadiah yang menanti bakal
pemenangnya termasuklah peti sejuk Samsung 620L 2-Pintu, Mesin Basuh Pengering
Samsung dengan teknologi AI Ecobubble dan TV Pintar Samsung UHD 43’.
Peraduan “Raya Ria Bersama
Kebaikan MILO® UHT” dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke
atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah.
Cara Sertai Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO®
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertainya:
Langkah 1: Beli mana-mana produk
MILO® UHT yang terlibat (MILO® UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO® UHT Nutri Pluz
200ml) dengan nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal sama ada melalui
mana-mana platform e-dagang atau kedai-kedai yang terlibat.
Langkah 2: Catat nama penuh dan nombor dokumen
pengenalan anda di muka depan resit tersebut.
Tangkap satu gambar Resit Asal
lengkap dengan butiran peribadi, butiran kedai, tarikh pembelian dan jumlah
pembelian.
Sekiranya ruang pada resit tidak
mencukupi, anda boleh menulis maklumat di sehelai kertas dan mengambil gambar
berserta dengan resit.
Langkah 3: Ambil gambar resit
dengan jelas dan hantar gambar melalui WhatsApp dari mana-mana nombor yang
berdaftar di Malaysia ke +6018 388 2455.
Terma dan Syarat Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO®
1) Resit boleh didapati dalam
bentuk:
• Resit bercetak dari Sistem
Point of Sales
• Resit bertulis
• Invois cukai untuk pembelian
dalam talian
2) Resit mesti menunjukkan
pembelian Produk, tarikh pembelian, nombor resit dan nama dan/atau logo kedai
di mana pembelian dibuat. Sekiranya nama dan/atau logo kedai tidak tertera,
Resit perlu dicop dengan cap syarikat rasmi kedai di mana tempat pembelian
dibuat.
3) Penganjur akan mencetak semua
penyertaan yang diterima untuk proses selanjutnya. Gambar yang tidak jelas,
tidak boleh dibaca dan tidak lengkap dalam format imej akan dibatalkan.
4) Peserta boleh menghantar lebih
daripada 1 penyertaan. Tetapi Resit HANYA layak untuk satu penyertaan WhatsApp.
Setiap satu resit hanya boleh digunakan sekali.
Penganjur berhak untuk
membatalkan penyertaan sebarang penyertaan WhatsApp dengan Resit yang
digandakan dan/atau mengandungi lebih daripada satu Resit.
5) Untuk semua pembelian dalam
talian (platform e-dagang), wajib hantar invois rasmi dari penjual dan tangkapan
skrin butiran pesanan tidak akan diterima.
6) Untuk Penyertaan WhatsApp yang
diterima, Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian (BP) asal untuk
pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk mengemukakan BP asal apabila
diminta akan mengakibatkan pembatalan kemenangan dan hadiah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai peraduan ini boleh layari https://www.milo.com.my/
Fun fact Tentang MILO® UHT
➤ Telah diperkenalkan pada 1950 dan
selama ini dikenali kerana keunikkan rasanya yang disukai ramai.
➤ Membekalkan Vitamin B2 yang
bertindak melepaskan tenaga daripada makanan yang kita ambil.
➤ Jadi pilihan kerana gabungan susu
sebagai sumber protein dan kalsium, dan koko yang memberi keenakkan rasa coklat
serta barli malt sebagai sumber tenaga.
➤ Formula adunan unik antara
vitamin dan mineral, barli malt, susu dan koko dengan Activ-Go®.
Jangan lepaskan peluang untuk
sertai Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO®, mana tahu anda antara mereka
yang bertuah terpilih menang hadiah sehingga RM200,000. Selamat berpuasa dan
Selamat Hari Raya in advance.
wow hadiah dia.. mmg best lah
BalasPadamwah bestnya hadiah dia.. nak mesin basuh atau fridge tu
BalasPadam