Kisahnya, aku beli tong gas baru
memandangkan gas dekat rumah habis waktu tengah goreng roti canai untuk makan
pagi. Memang setiap empat bulan gas kena beli baru.
Cepat habis sebab hari-hari aku
masak. Beza betul waktu aku bekerja dulu, setengah tahun baru gas habis.
Cara Check Tong Gas Dapur Bocor
Kalau dah namanya suri rumah,
segala perkara berkaitan rumah kau kena tahu. Bukan setakat uruskan anak-anak
dan suami tapi lebih dari itu ya.
Kalau tiba-tiba terputus bekalan
elektrik, modem Unifi kena sambar petir atau tiba-tiba mesin basuh tak berfungsi atleast kena tahu apa perlu
buat bila berada dalam situasi kecemasan macam tu.
Tak perlu tunggu suami balik atau
terpaksa merana tunggu bantuan. Pengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa selama hampir empat tahun ni banyak mengajar aku untuk bersedia bertindak
sepantas kilat. Ha gitu.
Bagi aku, setiap orang perlu tahu
basic survival skill sebab hidup kita ni macam roda. Bukan setiap masa kita
berada dekat atas sahaja. Pentingnya supaya kita boleh teruskan kehidupan.
Tong Gas Berbunyi Dan Keluar Gas
Macam biasa kalau kehabisan gas
aku akan hubungi kedai runcit berdekatan rumah minta dia buat penghantaran.
Sebelum ni aku selalu minta bantuan untuk pekerja tu pasangkan tong gas.
Lama kelamaan aku rasa kurang
selesa dan beranikan diri untuk belajar cara pasang gas dapur sendiri. Mudah
sahaja caranya, cuma yang penting kena ada keberanian.
Banyak kali juga aku berjaya
sambungkan tong gas yang baru dibeli, cuma baru-baru ini bila aku cuba pasang
tong gas aku dengar bunyi berdesir.
Bunyi gas tu keluar dan beserta
dengan bau. Sedikit panik dan cepat-cepat aku tanggalkan semula kepala gas.
Risau keracunan gas jadi aku buka tingkap supaya udara dapat keluar masuk.
Aku pernah tengok scene dalam
movie, rumah meletup disebabkan kebocoran gas karbon dioksida bila orang cuba
buka suis lampu. Masa ni dah fikir macam-macam.
Jadi bila kita rasa ada berlaku
kebocoran gas dekat rumah jangan sesekali hidupkan barangan elektrik, buat
panggilan telefon serta kena buka pintu dan tingkap supaya ada pengaliran udara
keluar masuk.
Oleh sebab perut lapar dan memang
aku nak guna dapur gas jadi aku tak putus asa nak cuba apa yang patut sebelum
aku hubungi kedai tu semula untuk minta bantuan.
Seperti biasa, tutorial di
Youtube sangat membantu. Lepas pastikan keadaan selamat dan terkawal aku cari
video tentang gas dapur berbunyi.
Aku jumpa beberapa video yang berkaitan tentang kebocoran gas dan cara untuk baiki. Dua minit boleh selesai katanya.
Dalam video lain juga ada
kongsikan beberapa tips yang aku rasa sangat berguna tentang kebocoran gas yang
orang perlu tahu.
Kadang-kadang kebocoran gas karbon
dioksida berlaku tanpa kita sedar. Kita kena selalu peka dengan perubahan
termasuklah deria bau. Antara tanda kita boleh tahu berlakunya kebocoran gas ialah:
✅ Kalau kita ada letak pokok hidup
di bahagian dapur, pokok akan layu jika ada kebocoran gas.
✅Perhatikan juga semut suka datang
apabila terbau gas dapur. Jadi kalau bilangan semut banyak daripada biasa elok
check tong gas anda.
✅Warna api juga memainkan peranan.
Warna api biru adalah tanda tong gas dan dapur gas anda berfungsi dengan baik.
Kalau warna selain itu, sebaiknya tukar tong gas.
Cara Baiki Gas Bocor, Tong Gas Berbunyi
Aku cuba ringkaskan ayat sebaik
mungkin supaya korang faham apa aku maksudkan. Benda pertama perlu check adalah
keadaan valve dia dalam tong gas.
Valve tu apa? Valve tu adalah
getah berwarna biru yang diletakkan di dalam muncung di permukaan atas tong gas
tu.
Kalau salah aku minta maaf. Tak arif terutama benda-benda teknikal macam ni.
Korang kena cungkil valve tu
supaya keluar menggunakan benda tajam seperti test pen atau screw driver.
Hati-hati jangan sampai valve tu rosak/koyak.
Cungkil berhati-hati semasa
keluarkan. Valve dia berkemungkinan telah rosak atau terkoyak sebab telah lama
digunakan.
Seterusnya masukkan kembali valve
dengan cara terbalikkan valve dari kedudukan asal. Tak susah pun dan semestinya
tidak membahayakan.
Selepas tu boleh cuba pasangkan
gas seperti biasa.
Cara ini berkesan hanya jika
berlaku kerosakan pada tong gas bukan kepala gas ya. Kalau berlaku kebocoran
kepala gas memang kita kena tukar terus kepala gas tu.
Gas Dapur Masih Berbunyi Walau Telah Dibaiki
Untuk kes aku pula, walaupun aku
cuba cara di atas tong gas aku masih keluar dan mengeluarkan bunyi serta ada
bau gas. Masa ni aku hampir nak putus asa.
Memang aku dah niat kalau tak
berjaya memang aku masak guna pressure cooker je. Putus selera nak makan.
Percubaan terakhir kali masih
juga gagal dan di saat genting itu lah aku terpandang yang suis dapur aku
terbuka. Cepat-cepat aku tutup dan cuba sekali lagi.
Baru lah tong gas dapur aku
berhenti berbunyi dan keluarkan bunyi. Bersyukur sangat semuanya okay. Benda
kecil je penyebab dia tapi kesan dia Tuhan saja yang tahu.
Sebelum itu aku dah pastikan memang
aku dah tutup kedua-dua suis dapur. Aku syak anak aku main suis tu atau aku
betul-betul cuai tak tutup.
Kalau korang kurang yakin dengan
apa korang buat, hubungi je kedai dan minta mereka datang baiki.
Kesimpulan
Jadi pesanan aku, untuk semua
sebelum buat apa-apa untuk baiki tong gas berbunyi, tolong ambil langkah
pencegahan. Tak terbayang benda buruk yang jadi kalau aku tersilap langkah.
Sepanjang tempoh percubaan aku
memang buka tingkap dan sebelum tu aku dah hubungi suami beritahu keadaan aku.
Risau weh tiba-tiba dia balik
kami dah dijemput Ilahi. Syukur nyawa masih panjang.
Saya pun pernah itu hari. Tong gas rosak. Sekejap je guna dah habis. Nasib baik tong kat area terbuka.
BalasPadamuishh syukur semua baik, kemalangan memang tak berbau
PadamBagusnya perkongsian Diah nie.. Fiza pun kurang ambil tahu pasal tong gas nie sbb duk harapkan suami je.. apa yg diah kongsi sedikit sebanyak buka mata Fiza untuk ambil tahu
BalasPadamitulah Fiza, kalau tiba-tiba tu kita risau nak hadap
Padambab2 tong gas ni mama surrender.. takut nak uruskan. bagi yg pakar lah buat hihi
BalasPadamhihiih serah kerja kepada yang pakar kan.. lagi mudah
Padam