Entah mana silapnya, mood menulis blog down, hilang entah kemana. Setakat dua bulan pertama di tahun 2022, hanya 13 entri sahaja yang berjaya di terbitkan.
Sibuk tak sepatutnya dijadikan alasan, itu aku sedar. Tapi setiap kali aku on laptop dan buka Word jari macam kaku nak menaip.
Setiap kali idea datang, aku cuba tulis tapi tak banyak. Siap satu perenggan dan aku berhenti. Sambung? Entah bila nak tunggu mood datang.
Mood Menulis Blog Down, Main Tarik Tali
Jadi buat sementara waktu, aku
akan anggap ini perkara normal berlaku kepada semua orang terutama content
writer.
Harapnya tak berpanjangan dan aku
boleh cepat move on.
Fokus Buat Content Instagram
Betul lah orang cakap, mana mungkin kita boleh fokus banyak perkara dalam satu masa. Sepanjang dua bulan pertama ni aku banyak habiskan masa buat content di Instagram. Fokus kongsi tips content marketing.
Berbeza dengan penulisan di blog,
buat digital content terutama menggunakan aplikasi memerlukan idea kreatif dan
fokus yang tinggi.
Silap diri sendiri, kelemahan aku
adalah selalu kalah dengan sikap nak nampak sempurna dalam setiap perkara.
Sempurna di mata aku semestinya.
Berbanding dengan penulisan blog,
aku lebih banyak menggunakan daya imiginasi tinggi sebab nak selami perasaan
menulis sesuatu perkara.
Aku tak menyesal tapi aku rindu
betul nak menulis dengan lancar.
Bukan Masalah Kesihatan Jadi penghalang
Alhamdulillah syukur aku masih
sihat segar. Setakat ini kesihatan semuanya baik-baik sahaja, anak dan suami
pun sama. Cuma agak risau tentang emak dan keluarga di kampung.
Emosi sedikit terusik bila emak
dan abang sekeluarga kontak rapat pesakit COVID19. Oleh sebab emak berisiko
tinggi jadi kami adik beradik putuskan nak bawa emak ke bandar dekat dengan
kami.
Dengan tujuan lebih mudah nak
pantau kesihatan emak dibandingkan kalau di kampung susah pula nak rujuk ke
hospital kalau ada apa-apa masalah.
Dah bawa emak buat saringan COVID
dan negatif. Jadi lega sangat. Cuma kena pantau risau kesihatan emak. Rindu
kampung katanya. Kena la banyak sabar sehingga semua kembali sihat dulu.
Tukar template blog Sebab Blog Speed
Bulan lepas aku sekali lagi tukar
aku template blog, atau lebih tepat guna kembali template blog lama yang aku
beli dari saudara HH.
Tukar kembali guna template lama
kerana ada sesetengah widget tak berfungsi dan kadar kelajuan blog amatlah
mengecewakan.
Sudah cuba kecilkan imej,
kurangkan widget tapi masih lambat kalau nak buka blog. Nak baiki tak pandai
jadi aku ikut sajalah apa aku tahu.
Lega sebab lepas tukar template
kelajuan blog dapat dibaiki. Tak banyak tapi boleh lah puas hati.
Selalu aku akan guna website GTMetrix untuk test blog speed sebab lebih mudah faham apa penerangan dia bagi. Selain tu aku kerap semak performance blog di laman web Website Grader
Kesimpulan
Bersyukur sangat walaupun mood
menulis blog down, asyik main tarik tali tapi aku masih diberikan nikmat sihat,
boleh jalani kehidupan seperti biasa dan paling penting masih dikelilingi ahli
keluarga tersayang dan sihat.
Jaga diri korang.
ken rajin menulis tauu heheheh
BalasPadamItulah tu kena cari semangat semula
PadamSamalah dengan saya, Diah... Mood nak menulis sekarang nie down sangat.. Idea tetap ada, tapi bila bukak lappy, krikk..krikkk... hihi semoga kita diberi kekuatan dan semangat untuk terus menulis...
BalasPadamdia macam tersekat dekat jari bukan di otak.. hahaha Apa pun jom cari semangat Shikin..
PadamNak update blog nie mmg kena ada mood, kalau mood kelaut maunya bersawang berbulan2.. semoga terus diberikan kesihatan yg baik buat kita semua.. amin
BalasPadambetul diah..kadang kita nak fokus kat semua benda tapi sebenarnya kita tak boleh fokus kat banyak2 benda dalam satu masa. Bila kita lebihkan satu yang satu lagi down. Mcm akak more focus kat blog so kat IG akak dah kureng sikit content..
BalasPadamahahah..sama la, kadang aktif sangat, kadang hilang..ehehehe
BalasPadam