Jangan hakimi seseorang kalau dia menangis meratapi hidup dia susah, mengadu masalah dia paling besar atau ujian dia paling teruk. Jangan sesekali kita bandingkan dia dengan sesiapa dan kutuk dia.
Yang sebenarnya dia sedang cuba untuk meluahkan, memberitahu diri sendiri dan minta diri supaya sedar yang dia dalam masalah, dengan harapan dia akan sedar dan cepat bangkit.
Menangis kerana hidup tak pernah lepas dari masalah. Tersekat dalam hidup dan belum jumpa jalan keluar. Perasaan paling teruk kita bakal alami jika kita tak nampak siapa boleh tolong kita.
Hidup Tak Pernah Lepas Dari Masalah & Bukan Mudah
Sedangkan sebenarnya orang paling
layak tolong adalah diri sendiri. Kenapa? Hanya diri kita kenal kita
sebenar-benarnya.
Manakala orang sekeliling pula
kenal kita berdasarkan reaksi kita dengan mereka. Kalau kau layan aku dengan
baik, semestinya aku akan balas dengan baik. Jadi terlihat kita berpesonaliti
yang baik-baik.
Begitu juga sebaliknya.
Kenyataan Hidup Tak Pernah Lepas Dari Masalah Dan Bukan Mudah
Kenyataan yang hidup ini tak
pernah lepas dari masalah dan tidak mudah bukan perkara baru. Dunia ini memang
tempat untuk berpenat, bersusah payah untuk kita pungut hasil di akhirat kelak.
Jadi kenapa masalah selalu
mendatangi kita?
Masalah atau pun ujian yang Tuhan
kirimkan untuk kita tak lain tak bukan untuk menguji sejauh mana kekuatan kita.
Kepercayaan kita hidup mengharapkan Tuhan.
Ujian juga membantu kita untuk
bertahan. Bertahan untuk terus hidup. Selagi mana masa kita belum sampai untuk
menghadap kembali kepada Pencipta.
Ada orang bersilih ganti diberi ujian, tapi tak pernah gentar dan terus berjuang. Sentiasa mengharapkan peluang kedua untuk Allah berikan.
Bersangka Baik Dengan Allah
Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui tentang segala perkara yang ada di langit mahu pun bumi. Allah
menjadikan sesuatu dengan sebab. Allah pilih dan beri ujian kepada kita kerana
kita adalah yang terpilih.
Bahagianya hidup kalau kita faham
hikmah di sebalik ujian. Istimewanya kita.
Dari Abu hurairah Radhiallahu Anhu, ia berkata rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Allah
berfirman: Aku akan berurusan dengan hamba-hambaku seperti mana apa yang mereka
sangkakan kepadaku ‘’ ( HR Bukhori dan Muslim ).
Teringat kata-kata penyanyi
lelaki popular Malaysia, Faizal Tahir didalam video yang dia muat naik di
Instagram. Dia berkongsi berita tentang kelahiran anak mereka yang ketujuh.
Anak syurga yang diberi nama
Maryam Tahirah. Nama gabungan yang di inspirasikan dari nama ibu Nabi Isa a.s. dan
nama arwah ayah dia.
Maryam adalah anak yang Allah
beri keistimewaan, sewaktu dalam kandungan lagi doktor dah beritahu yang Maryam
adalah beberapa masalah kesihatan berkaitan perut dan jantung.
Doktor minta buat further check
dan kemungkinan kalau ada dua kompilasi kemungkinan tinggi anak itu adalah anak
Down Syndrome.
Begitu tenang mereka sekeluarga
menerima berita bahkan teramat gembira kerana mereka termasuk dalam golongan
yang terpilih. Allahuakbar.
Bertuah juga dia dikelilingi
keluarga, sahabat, saudara mara yang sangat positif, bersangka baik malah
mengucapkan tahniah dah dapat lesen untuk ke syurga.
قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
Qadarullah wamaa syaa’a fa’al -
“Ini adalah takdir Allāh, dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan.”
Kesimpulan
Selagi nyawa dikandung badan
selagi itulah hidup perlu diteruskan. Hidup yang tak pernah lepas dari masalah
menjadikan kita akan kekal kembali pada Pencipta. Kembali dan mengadu pada Dia
yang berhak.
Allah Maha Tahu.
masalah tu sebenarnya memberi kita kekuatan, pengalaman tuk lebih kuat di masa hadapan. yea menangis lah sepuas2nya, kekadang memang semua harus dilepaskan dgn tangisan. pastu lega kan, go back on track again. insyaallah
BalasPadamInsha Allah betul tu.
Padamsalam nisfu syaaban dari wak yg jauh dimata.. 😅
BalasPadamSalam Nisfu Syaaban juga untuk Wak.
PadamSetiap masalah atau ujian yang Allah berikan pada kita, ada hikmahnya. Dengan masalah atau ujian ni, kita jadi lebih kuat dan sabar...Percaya dengan Allah, ada kemanisan yang diberikan pada setiap ujian atau masalah yang kita hadapi...
BalasPadamBetul tu kak, kena duduk fikir hikmah semua Allah aturkan
Padam