Pertama kali berdepan situasi modem unifi disambar petir baru-baru ni memang agak menakutkan. Sebelum tu memang cuaca agak buruk, suasana gelap macam nak masuk waktu Maghrib walaupun waktu tu baru sekitar 5.30 petang.
Angin bertiup kencang dan bunyi guruh dicampur kilat sabung menyabung. Aktiviti kami dekat rumah seperti biasa, anak-anak sibuk bermain dan aku sedang kemas rumah.
Sehinggalah satu ketika, petir menyambar betul-betul atas atap rumah aku. Perasaan takut tu Tuhan sahajalah yang tahu. Memandangkan rumah aku di tingkat atas sekali iaitu tingkat 7, bertambahlah perasaan gerun tu.
Modem Unifi Kena Sambar Petir - Perkara Perlu Buat
Pertama kali berlaku kejadian
petir menyambar paling kuat sepanjang enam tahun aku menetap di rumah sekarang.
Setiap kali hujan guruh bercampur
petir memang aku akan berjaga-jaga memandangkan rumah aku paling atas sekali.
Dah nak masuk dua tahun juga aku jadi pengguna Unifi, selepas ambil keputusan terminate ASTRO sebab asyik tayang cerita yang sama.
Modem Unifi Kena Sambar Petir Kena Contact Siapa?
Dipendekkan cerita, terus buat
carian nombor yang patut dihubungi bila modem unifi kena sambar petir. Akhirnya
terjumpa link perkhidmatan pelanggan unifi.
Kejadian berlaku pada pukul 6 petang hari Jumaat. Tanpa membuang masa memang aku
terus chat secara dalam talian guna link https://livechat.tm.com.my/
Link atas tu merupakan talian
chat perkhidmatan pelanggan unifi. Mereka beroperasi 24 jam seminggu jadi akan
ada kakitangan perkhidmatan pelanggan yang akan membantu.
Jadi, aku diminta untuk beri no
akaun unifi sebagai rujukan untuk kakitangan tu semak di dalam sistem. Mudah
sangat proses dia.
Selepas semakan berjaya
dilakukan, kakitangan akan bantu buat laporan kepada bahagian teknikal untuk
tindakan seterusnya.
Ikut penerangan, pelanggan akan
dihubungi oleh juruteknik dalam tempoh 24 jam dari masa laporan dibuat.
Jika tidak dihubungi oleh juruteknik,
pelanggan dinasihatkan sekali lagi untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan guna
link yang sama.
Untuk kes aku pula, aku dihubungi
juruteknik yang bertugas pada jam 11 pagi hari Sabtu. Kepada juruteknik bernama
Amirul, yang datang baiki dan buat gantian modem terima kasih di atas
perkhidmatan cemerlang yang anda lakukan.
Selain ramah dan berbudi bahasa,
suka dengan sikap toleransi Amirul yang memahami situasi pelanggan. Kebetulan
kami tiada di rumah kerana ada urusan di luar jadi aku minta dia datang sedikit
lewat.
Walaupun dia kerja separuh hari
pada hari Sabtu, tapi dia tetap bersabar dan mencadangkan apa perlu kami buat.
Kami sangat hargai sikap tolak ansur dan dia tak kisah tunggu kami sampai ke
rumah.
Proses nak gantikan modem pun tak ambil masa lama. Syukur lepas tu dah boleh guna Internet.
Terus Buat Laporan, Jangan Tangguh
Ikut pengalaman yang sudah, jika
berlaku kejadian kecemasan berkaitan perkhidmatan pada hari Jumaat dan
keesokkannya cuti hari minggu dinasihatkan supaya buat laporan pada pihak
terbabit secepat mungkin.
Macam kes aku, kejadian modem
disambar petir berlaku pada petang Jumaat. Kebetulan pengguna unifi di kawasan
berhampiran juga mengalami masalah yang sama.
Ikut penerangan yang diberikan
oleh juruteknik yang datang untuk ganti modem unifi rumah aku, stok modem
gantian yang ada pada mereka tidak banyak sedangkan mereka menerima lebih dari
14 kes modem disambar petir pada hari yang sama.
Apa yang aku faham, mereka akan
mengutamakan pelanggan yang buat laporan lebih awal. Konsep siapa cepat dia
dapat. Pelanggan yang lain terpaksa la tunggu sehingga hari Isnin untuk dapat
stok modem baru.
Baru tiada talian internet sehari pun kami dah tak tentu arah, bayangkan kalau kena tunggu berhari-hari.
Ilmu baru juga untuk kami apabila
Juruteknik tu cadangkan kami untuk rujuk TM unifi di Setiawangsa untuk mohon
menggantikan port unifi sekarang (Copper conductor) kepada yang baru (fiber
conductor).
Salah satu sebab, kebanyakkan port
copper paling mudah disambar petir. Jiran baru pindah sebelah rumah aku tak
terkesan dek petir sebab port dia fiber.
Kesimpulan
Jika berlaku kejadian modem kena sambar petir boleh hubungi pusat perkhidmatan pelanggan unifi sebab mereka cepat bertindak. Paling penting tak kena bayar pun.
Nice sharing :)
BalasPadamsemoga bermanfaat ya
PadamTakut betul ya kalau jadi macam nie kan Diah. Kak Sue pun kalau kilat dengan guruh memang berjaga-jaga juga. Apapun bagus ya perkhidmatan dari Unifi.. pantas..
BalasPadamlepas nampak kilat depan mata memang sedikit trauma kak Sue nak pulak kalau cuaca mendung
PadamFlat kitorang kalau ribut petir, auto padam unifi. Biasa lepas 24 jam jugak dia akan jadi balik
BalasPadamAuto padam tu mungkin ada setting lah ye
PadamTeeima kasih atas perkongsian . Sedikit sebanyak dapat juga tahu bila modern unifi kena sambar petir . Tak pernah lgi alami situasi macam ni
BalasPadamboleh baca dan jadikan rujukan untuk sesiapa dan apabila memerlukan.
PadamGood sharing Diah..Mmg kalau jadi macam ni kena pantas buat report...
BalasPadam