Minggu ini adalah minggu kembalinya murid ke sekolah termasuk lah anak-anak Prasekolah. Bermula sesi persekolahan secara rasmi untuk tahun 2022.
Tahun yang agak mencabar bagi aku sebagai ibu kepada anak yang berusia 6 tahun, yang buat pertama kalinya ke sekolah.
Persiapan Anak Masuk Prasekolah Ibu bapa Perlu Tahu
Tak kisah kalau korang pilih untuk hantar anak ke Tabika Kemas, Taski, PASTI, Prasekolah, mahupun homeschool. Itu semua adalah pilihan terbaik yang korang buat demi masa depan anak-anak.
Waktu aku kecil dulu, pada usia 6 tahun aku baru kenal erti sekolah. Pengalaman pertama aku ke sekolah ialah Tabika Kemas dan guru kelas aku ialah Cikgu Jamilah.
Persiapan Anak Masuk Prasekolah Ibu bapa Perlu Tahu
Memandangkan negara kita masih lagi dalam proses menuju endemik jadi proses kemasukan ke sekolah sedikit berbeza protokolnya.
Sesi taklimat Prasekolah dibuat secara atas talian, tiada lagi hari orentasi bersama ibu bapa secara berdepan dan kedatangan ibu bapa ke sekolah agak terbatas.
Semestinya persiapan agak berbeza. Dua minggu sebelum sekolah dibuka, ibu bapa mendapat jemputan melalui whatsapp group sekolah untuk mendengar taklimat orentasi.
Memang berbeza betul orentasi dan hari pertama Ikhwan ke sekolah. Persiapan seperti memastikan barang kelengkapan seperti baju dan kasut sekolah sudah lama kami siapkan.
Boleh rujuk panduan beli barang keperluan sekolah kali pertama
Jujurnya semangat nak ke sekolah tu memang tak rasa sangat. Ditambah pula ini pengalaman pertama Raudah, lagi lah aku sebagai ibu jadi takut.
Risau kalau dia tak dapat biasakan diri dengan persekitaran, atau aku yang over sedangkan dia akan okay? Hanya mampu berdoa semuanya baik-baik sahaja.
Semoga kesediaan mental anak-anak berdepan dengan dunia luar terutama waktu sekarang baik-baik sahaja.
Pengalaman Anak Masuk Pra Sekolah
Seminggu sebelum tarikh buka sekolah, cikgu dah minta ibu bapa datang untuk buat bayaran persekolahan dan ambil fail murid.
Jumlah bayaran yuran prasekolah tahun 2020 ialah sebanyak RM150 termasuklah:
- Tag nama 3 set
- Graduasi/ sukaneka/ program
- 1set Buku Kalam Peralatan PDPC
- Fotografi + Jubah
Dalam fail murid ada beberapa borang perlu ibu bapa isi dan lampiran yang perlu dikembalikan kepada cikgu bila masuk sekolah kelak.
Lampiran yang perlu diberikan semasa hari pertama persekolahan:
- Surat Penerimaan Tawaran Kemasukan ke kelas pendidikan Prasekolah
- Borang Maklumat Murid termasuklah salinan MyKid, kad pengenalan ibu bapa, rekod kesihatan perkembangan kanak-kanak (imunisasi), slip gaji terkini, gambar berukuran passport (4keping), surat nikah dan bil air/ elektrik.
- Borang Kebenaran Pelaksanaan Ujian Kendiri Covid
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
- Borang Pengakuan Pendapatan
Hari Orentasi Prasekolah Tahun 2022
Pihak sekolah dan nyatakan yang hari Orentasi Prasekolah tahun 2022 sekolah anak aku bersamaan hari pertama persekolahan iaitu 21 Mac 2022.
Sedikit kelemahan yang aku rasa cikgu/sekolah boleh baiki ialah dengan terangkan dengan lebih terperinci orentasi yang dimaksudkan dan lebih awal.
Huru-hara dalam group whatsapp ibu bapa bertanya soalan berkaitan barang perlu dibawa, dan boleh atau tidak ibu bapa ke sekolah untuk bantu anak-anak pada hari pertama sekolah.
Semestinya buat ibu bapa yang pertama kali anak ke sekolah perkara seperti ajar anak ke tandas adalah benda yang merunsingkan.
Pengalaman aku pula, malam sebelum hari sekolah dibuka baru cikgu hantar penerangan berkaitan persekolahan. Apa aku dapat simpulkan ialah:
- Kena pastikan fail murid beserta lampiran yang diminta dipulangkan kepada pihak sekolah.
- Pastikan pemakaian anak-anak mengikut undang-undang sekolah. Rambut harus dipastikan kemas & tudung kena masuk dalam baju. Kasut dan stoking wajib dipakai.
- Murid tak perlu bawa peralatan (alat tulis), botol air, atau bekalan makanan ke sekolah. TIDAK BOLEH bawa beg kecuali murid yang mempunyai masalah menguruskan diri ke tandas.
- Kena pakai pelitup muka.
- Hari pertama persekolahan, ibu bapa boleh menghantar dan mengambil anak di hadapan kelas Prasekolah dan terus beredar untuk pematuhan SOP sekolah.
- Peringatan jika murid mempunyai gejala seperti demam, selesema atau batuk, tidak perlu hantar anak ke sekolah. Cuma perlu maklumkan pada guru untuk catatan.
Raudah agak teruja untuk ke sekolah tapi dalam masa yang sama dia sedikit risau kalau dia tak dapat buat apa cikgu suruh.
Apa entah dalam fikiran dia, jadi sebagai ibu bapa kami hanya mampu bantu pulihkan keyakinan dia dan tunjuk yang baik-baik sahaja.
Semoga sesi persekolah anak-anak dipermudahkan untuk tahun ini.
Perbezaan Tadika Swasta dan Prasekolah
Alhamdulillah kali ni aku berpeluang untuk tengok perbezaan (jika ada) tadika swasta dan Prasekolah. Terlalu awal untuk aku berikan pendapat jadi aku reserve comment.
Beza raudah dengan abang dia untuk sesi persekolahan ialah, abang dia mula bersekolah pada usia 5 tahun di TASKI ABIM Sri Rampai.
Untuk Raudah pula, disebabkan zaman dia membesar adalah di kala Covid jadi keperluan untuk hantar ke sekolah pada usia muda aku tak rasa satu keperluan.
Secara asasnya persiapan anak masuk ke Prasekolah ibu bapa perlu tahu adalah memastikan persiapan bukan sahaja dari segi fizikal seperti penyediaan borang maklumat yang lengkap tetapi persiapan dari segi emosi anak juga perlu di titik beratkan.
Cabaran untuk ibu bapa & anak tu sendiri bila mula bersekolah time tengah covid ni. Byk prosedur & SOP yang kena ikut..
BalasPadamdia jadi rumit dari biasa
Padam