Setuju tak yang zaman sekarang adalah zaman video marketing. Perasan tak dah ramai content creator, usahawan dan yang sama bidang menggunakan video sebagai salah strategi utama marketing mereka.
Kalau korang bersetuju dengan kenyataan dekat atas maksudnya korang sedar akan kepentingan dan faham kenapa bagusnya buat video marketing. Guna handphone je pun boleh.
4 Tips Buat Video Marketing Perlu Tahu, Guna Handphone Je
Artikel kali ini aku nak
kongsikan 4 tips atau pun langkah-langkah perlu korang tahu untuk buat video marketing
tak kisah guna kamera mahupun handphone.
Tiada handphone atau kamera canggih
bukan masalah utama. Kita guna je dahulu apa yang ada di tangan.
Cara-Cara Buat Video Konten Marketing Guna Handphone
Jika anda seorang usahawan,
freelancer, content creator mahupun mereka yang terlibat dengan dunia online, penghasilan
video marketing produk merupakan salah satu cabang kemahiran yang perlu
dikuasai.
Selari dengan trend terkini,
format video pendek semakin mendapat perhatian di platform media sosial seperti
TikTok, Youtube, dan Instagram kerana ianya lebih menarik perhatian pengguna
berbanding format media yang lain.
Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas
Antara jenis video marketing yang
selalu menjadi pilihan adalah: video produk review, video testimoni, vlog,
video korporat, video perayaan / event, video edu-tainment.
Menurut kajian yang dilakukan oleh wyzowl 87% daripada pemasar video mengatakan video, secara umum, memberi mereka pulangan yang baik untuk pelaburan mereka.
Tips Video Online Konten Marketing Perlu tahu
Berikut merupakan asas dan juga 4
tips mudah untuk menghasilkan video marketing semua orang perlu tahu. Aku
kongsikan ilmu yang aku dapat dari Saudara Azim Wahab iaitu seorang jurufoto
professional (Jurufoto selebriti malaysia) yang dikenali kerana hasil kerja
beliau yang memukau.
Azim berkongsi 4 tips video
marketing yang perlu dititik beratkan sekiranya ingin menghasilkan video
marketing yang bagus. Tapi kenapa nak hasilkan video?
Tak cukup ke kalau buat konten
dalam bentuk gambar dan copywriting sahaja? Seperti aku tekankan sebelum ini, video
marketing lebih memberi impak dan lebih mudah nak dapat kepercayaan daripada
penonton.
1 Idea
Latih diri untuk menulis idea di
atas sekeping kertas kemudian kembangkan jalan cerita menjadi story board.
Sebelum membuat video marketing,
sebaiknya jelas tentang apa yang ingin dicapai supaya mesej berjaya
disampaikan.
Kalau ada team, bagus bincang bersama-sama melalui sesi brainstorm supaya idea dapat difahami oleh semua, baru objektif tercapai.
2 Konsep
Kesilapan besar selalu dilakukan
ialah terbiasa buat marketing hard selling. Sudahnya jadi video terlalu menjual
dan terlalu memaksa pelanggan.
Kena ingat, yang kita kena sentiasa
mengutamakan konten dan tetapkan konsep video yang mudah difahami.
Elakkan buat video ‘hard selling’
yang hanya fokus kepada produk atau servis tetapi sebaiknya lebihkan konten
berbentuk ‘lifestyle’ / softselling supaya penonton rasa seronok untuk tonton video
anda.
3 Engagement
Secara asasnya, engagement merujuk
kepada jumlah likes, komen, save, klik link url, dan DM. Untuk pastikan video
kita ada engagement kena hasilkan konten berkualiti dan tidak terlalu panjang
meleret.
Kalau panjang sangat potensi
orang nak skip video tu amatlah tinggi. Like what? Siapa nak tengok video bosan
kan?
Durasi maksima video yang
dicadangkan adalah 15 minit. Cadangan durasi video bergantung kepada jenis
video yang dihasilkan, contoh: IG Story (15 saat), Instagram Reels (30 Saat).
Pastikan juga caption menarik dan
menerangkan USP produk yang membezakan dengan pesaing kita.
4 Target Market
Kenali siapa targer market
korang, siapa pembeli, apa perkara yang mereka suka, latar belakang, aktif di
media sosial yang mana, dan lain-lain.
Secara logiknya kita sendiri akan kongsi video yang kita suka dengan orang lain, jadi hasilkan video yang orang suka. bukan syok sendiri.
Kesimpulan
Video marketing memang bagus
untuk orang business sebab emosi tu terus sampai ke hati prospek. Dah kira skill
wajib ada untuk semua.
Tapi, bukan lah bermaksud marketing
letak gambar tak bagus ya, okay je cuma kalau pilih untuk upload gambar
digalakkan untuk buat carousel dan pastikan gambar dan tulisan clear serta
mudah difahami.
sharing is caring 👍
BalasPadampart buat video ni, mmg akak failed..tak kreatif..
BalasPadambukan senang nk buat video.. perah idea, itu belum part nk shot video.. nice sharing
BalasPadam