Kali ni aku nak kongsi port makan asam pedas dan juga menu lauk pauk
kampung yang pastinya memikat selera. Aku kalau datang Melaka tekak teringin Asam Pedas aku singgah makan dekat sini.
Rumah Asam pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera
Aku tahu tentang kewujudan kedai makan Rumah Asam Pedas Melaka secara tak sengaja masa balik Melaka selepas rancangan nak makan di restoran Sultan Salai Simpang Ampat tak jadi.
Kebetulan restoran Sultan Salai
ditutup sementara sebab dia nak baik pulih kedai, aku perasan dia letak tar
jalan di sekeliling kedai. Kira baguslah memudahkan pelanggan nak parking kalau
datang makan.
Rumah Asam Pedas Melaka Menu Asam Pedas Baik Punya
Sesekali bila balik kampung dan
dapat makan lauk kampung memang seronok lah. Apa yang best dekat Rumah Asam
Pedas Melaka ni ialah selain menawarkan menu asam pedas, dia juga ada menu
salai seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api & gulai Daging Salai.
Dekat sini korang boleh cuba pelbagai jenis Asam Pedas termasuklah Asam Pedas Pari, Asam Pedas Kembong, Asam Pedas Tenggiri, Asam Pedas Parang, Asam Pedas Telur Mayong, Asam Pedas Siakap, Asam Pedas Jenahak, Asam Pedas Merah, Asam Pedas Terubuk, dan Asam Pedas daging tetel.
Masih terbayang kesedapan kuah
asam pedas dia. Ikut skala kesedapan, rasa asam pedas Rumah Asam Pedas Melaka
memenuhi citarasa aku. Jangan pula korang marah kalau rasa dia tak seperti kau
harapkan.
Oh ya, selain itu kalau tak mahu
makan asam pedas mahupun gulai salai boleh lah cuba ayam kampung goreng, udang
celup tepung dan menu lebih kurang dekat kedai makan lain.
Lokasi Rumah Asam Pedas Melaka
Salah satu faktor yang
menyebabkan kami singgah makan di sini ialah sebab kedudukan kedai ni
betul-betul tepi jalan. Senang nak jumpa. Parking je depan kedai. Masa kami
sampai waktu lunch, kereta dah berderet parking.
Kedai ni atas bukit jadi kena la
mendaki sikit, tak sempat nak penat dah sampai pintu depan. Sedikit kesukaran
untuk warga emas yang naik kerusi roda, tapi tak jadi masalah. Pakcik yang jadi
penyambut tetamu tu ramah je bagi instruction suruh masuk bilik untuk sanitasi.
Sempat aku borak pakcik tu
tinggal tak jauh dari kedai tu. Siap tunjuk lokasi rumah dia lagi. Punyalah
friendly rasa macam bapak-bapak cerita pasal sedara mara bila balik kampung.
Oh kalau nak mudah lepas keluar
Tol Simpang Ampat korang waze je, tak sampai 10 minit boleh jumpa kedai ni.
Kedai agak luas, ada kawasan
berhawa dingin dan masa aku datang kami pilih duduk area beranda menghadap
jalan raya. Berpeluh juga la ketiak, tapi syok luas mata memandang.
Servis pun okay lah kita faham kalau
waktu lunch ramai orang tidak la lambat sampai sejam. Acceptable.
Kalau nak cuba makan di Kedai Asam Pedas Berkat Salam Bukit Katil pun okay juga. Nak makan Udang celup tepung, seafood boleh ke Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka.
Tercapai Hasrat Makan Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Setelah lama berhajat nak makan asam pedas Telur Ikan Mayong, akhirnya tercapai juga. Suami dengan anak-anak memang akan ikut je selera aku.
Nak masak Telur Ikan Mayong tu aku tak reti,
aku pernah cuba masak tapi gagal.
Buang je satu periuk, nasib masa
tu beli sikit je. Selepas kejadian ambil pengajaran jadi kita makan dekat kedai
saja. Tak membazir.
Rasa Telur Ikan Mayong nak
explain macamana entah, kalau jenis tak suka ikan dia sedikit berbau hanyir.
Masa kunyah dia meletus dalam mulut dan rasa dia macam makan telur ayam warna
kuning tapi tak rasa apa.
Lah pelik pula aku explain. Maaf
korang, sebab aku suka mencuba bagi aku biasa sahaja lah. Nak cuba lagi? Kita
cuba menu lain la pula. Sebelum balik boleh bawa anak-anak ke The Shore Oceanarium
Kesimpulan
Jika korang dah lama teringin nak
makan asam pedas dan menu lauk pauk kampung boleh la datang dan support makan
di Rumah Asam Pedas Melaka. Syahdu weh makan sambil dengar bunyi unggas. Vibe kampung
tu sampai lah.
wahh sungguh menyelerakan asam pedas ittewww.. 👍👍
BalasPadam