Pertama kali datang dan tak perlu beratur lama. Memang rezeki sebab kami walk in sahaja pada hari itu. Saja cuba nasib sebenarnya. Kalau tak memang lambat lagi nak cuba.
Kami sampai sekitar 11 pagi dan menunggu dalam 10 minit kemudian diberikan tempat duduk. Tak lama setengah jam selepas tu orang dah mula penuh dalam restoran dan ada yang beratur panjang dekat luar.
Jadi kalau korang betul-betul nak makan dekat sini digalakkan untuk buat reservation di laman web K Fry okeh. Takut nanti walk in kena tunggu lama dan kecewa.
Makan Di K Fry Urban Korean KL East Mall
Tujuan utama datang ke K Fry adalah sebab nak makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk mereka yang popular tu. Terliur tengok ramai kongsi di media sosial, cheese yang meleleh dan ditarik panjang menyelaputi ayam goreng.
Menu Kami Cuba - K Fry Urban Korean
Restoran K Fry Urban Korean menjadi tumpuan peminat makanan Korea kerana menawarkan hidangan Korea dengan sentuhan moden sesuai dengan selera orang Malaysia.
Antara menu yang ada yang korang boleh cuba seperti Korean Fried Chicken, K FRY Jjigae (Soup) & Tteokbokki, Myeon (Noodle), dan Rice (Fried Rice, Rice Ball, K Fry Dosirak Series & Jjajang Series) dan bingsoo.
Banyak lagi sebenarnya. Boleh rujuk menu dekat website. Boleh cuba makan di Restoran Korean Nene Chicken Di Avenue K juga.
K Fry Chicken Bumbuk
Inilah ayam goreng yang disalut cheese tu. Ada tiga pilihan perisa, K'razy Spicy Cheese, Original Cheese & Honey Mustard Cheese.
Ada dua saiz hidangan, 12 ketul ayam atau boleh minta saiz mini, 6 ketul ayam. Kalau tak mahu makan Chicken Bumbuk boleh cuba Chicken Wings, Snow Cheese dan lain-lain perisa.
Memandangkan anak-anak tak makan pedas jadi kami pilih Honey Mustard Cheesy Bumbuk. Sedap dan boleh diterima tekak bila makan dengan cheese.
Pelayan akan bawa makanan beserta kelengkapan yang diperlukan. Dia akan minta permission untuk cairkan keju dan seterusnya salut ayam dengan cheese.
Jadi silalah nikmati tayangan percuma sambil keluarkan phone untuk rakam. Teruja tengok cheese ditarik tinggi ke udara.
Once dia dah siap balut sila makan ayam goreng cheese tu dengan segera, sebab kalau dah sejuk agak kurang sedap sebab keju akan keras kejung.
Boleh minta dia balut ayam tu sikit dahulu dan selebihnya bila korang perlukan boleh panggil pelayan untuk hidangkan sekali lagi.
Ham & Cheese Rice Ball
Untuk Rice ball, boleh pilih sama ada nak Ham & Cheese atau Anchovies & Tuna. Kalau tak mahu rice ball, boleh order nasi goreng lain.
Serius tak menyesal pilih Ham & Cheese Rice Ball, kena dengan tekak aku. Next visit nak cuba Tuna pula.
Oh ya, macam ayam cheese tadi, Rice ball juga akan dibuat dekat meja depan mata pelanggan. Diminta bersabar sebab pelayan akan cuba hancur dan satukan semua bahan dalam satu mangkuk.
Dia akan kepalkan nasi menjadi bentuk bulat, dan boleh dapat sehingga 12 biji bebola nasi bergantung kepada saiz rice ball.
Bulgogi NZ Beef Fries
Namanya pun fries jadi rasa fries lah ya. Beza nya dekat sini dia upgrade fries tu dia letak bulgogi. Daging yang dimasak dengan kuah sos berwarna putih.
Aku tak pasti apa tapi lemak berkrim dan sedap. Tapi makan sepinggan fries tu memang banyak lah. Kami order sebab anak-anak, ikut hati aku order side dish lain dah.
Premium Bingsoo
Sebelum ni, suami dah janji nak bawa makan bingsoo di Mykori tapi memandangkan dekat sini pun ada Bingsoo jadi senangkan kerja kami makan sebagai dessert of the day.
Kami pilih Melon Bingsoo, ikut hati aku nak makan Mango. Tapi itulah kan pengorbanan ibu bapa. Selera anak didahulukan.
Untuk air pula kami minum Apple Fruit tea dan ice water je. Tak tergoda nak cuba air lain.
Review K Fry Urban Korean KL East Mall
Serius dekat sini paling patut dipuji adalah keramahan pekerja-pekerja K Fry Urban Korean KL East Mall. Dari saat kau beratur sehinggalah habis makan, tak habis-habis tanya okay ke tidak.
Check semua menu pelanggan dah terima atau belum, senyum yang tak lekang dari muka dan ringan tulang hulurkan bantuan contohnya ambilkan gambar.
Waktu menunggu makanan siap pun tak lama. Premis bersih dan selesa.
Dari segi rasa makanan Korea tu, berdasarkan menu aku cuba ianya menepati selera aku. Bagi tekak Melayu macam suami aku memang dia akan makan ayam goreng dan tak sentuh rice ball sebab ada rumpai laut dalam tu.
Dari segi harga agak mahal tapi diterima akal disebabkan saiz hidangan yang boleh dikongsi dua ke tiga orang. Kalau risau terlajak belanja, boleh semak harga dalam menu sebelum makan.
Boleh cuba makan Ayam Cheese dekat Chicken Plus pun sedap juga, murah sikit harga dia.
Kesimpulan
Dah boleh update senarai food hunting, tercapai hasrat nak makan K Fry Cheesy Chicken Bumbuk. Peminat makanan Korea boleh cuba.
Tempat yang sesuai nak makan bersama kawan dan keluarga. Sesekali gembirakan hati anak-anak dan sebagai reward untuk diri setelah penat bekerja.
wahh cheese dimana mana ranchak berdosaaa.. 😅😅
BalasPadamhahahha ni ranchak berlemak
PadamTeringin. Tapi setiap kali nak g mesti x sihat. Fobia lak nak pasang niat. Huhuhu!
BalasPadamhihiih itu maksudnya kena terus terjah je
PadamSelera husben akak sama macam husben Diah, tekak melayu.. Ni kalau masuk ke sini, confirm dia makan yang sesuai dengan selera melayu. Selera akak pulak, okey je nak try semua menu2 korea ni wpun idak lah minat sangat. tapi sesekali tukar selera, why not..
BalasPadamdia kena makan dengan kawan-kawan suka mencuba kalau macam tu hahaha
Padamwaah nampak sedap K Fry Chicken Bumbuk tu
BalasPadamkena la dengan selera kami hihih
PadamMelon Bingsoo tu terliur tengok.
BalasPadamAyam dengan cheese anak-anak Mrs. A bolehlah layan kot, apak dengan mak ea kurang sikit
biasanya mak pak ni layankan anak-anak
Padamsedap kfry nie.. mmg kalau tak beratur tu nasib baik sgt. Setakat nie nk walk in x pernah berjaya lagi, beratur panjang, order online je..
BalasPadamtry dine in Fiza, puas hati lah
Padam