Jana Lebih Banyak Ong Pada Tahun Baru Cina Dengan Peraduan Hari-Harimau Ong Nestlé. Beli dan nikmati produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum dan raih peluang memenangi Tin Emas edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!
Rasa Ong (tuah) anda sudah tiba?
Jom sertai Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (RTD) edisi
2022 dan anda mungkin salah seorang daripada lapan rakyat Malaysia yang
betul-betul ONG untuk membawa pulang Tin Emas MILO atau NESCAFÉ RTD edisi terhad
bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!
Sertai Peraduan Hari-Harimau Ong Nestlé & Menang Tin Emas Rtd Edisi Terhad
Hadiah yang ditawarkan sekali
seumur hidup ini diperbuat daripada emas 999 seberat +-150gm. Empat orang
pemenang Hadiah Utama ini akan diumumkan pada setiap bulan sepanjang tempoh dua
bulan peraduan ini berlangsung iaitu dari 3 Januari hingga 28 Februari, 2022.
Selain itu, pelbagai hadiah
lumayan lain turut boleh dimenangi menerusi peraduan ini dalam bentuk ganjaran
tunai pada setiap dua minggu peraduan berlangsung.
Seramai 40 pemenang akan meraih
hadiah tunai RM1,888 manakala 320 orang lagi bakal memenangi wang tunai RM288.
Secara keseluruhannya, 368
pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah
RM487,700; sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dari segi
bilangan pemenang berbanding peraduan edisi 2021.
April Wong, Pegawai Eksekutif
Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad
berkata, “Kami amat teruja untuk kembali menganjurkan peraduan Tahun Baru Cina
popular ini buat para pengguna kami dan menawarkan mereka peluang untuk
memenangi hadiah tunai.
Berikutan pembukaan ekonomi
negara secara beransur-ansur sejak beberapa bulan yang lalu, kami harapkan
hadiah-hadiah ini dapat terus menyuntik lagi semangat rakyat Malaysia untuk kembali
pulih.
Ini merupakan antara inisiatif
kami untuk terus menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan
atas sokongan orang ramai terhadap Nestlé.
Tin Emas RTD edisi terhad bersaiz hidup ini kini ditawarkan buat julung kalinya melalui Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD. Hanya lapan pemenang bertuah di seluruh negara berpeluang memenanginya, sekali gus menjadikan Tin Emas ini barangan koleksi yang cukup bernilai!”
Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan sah. Berikut adalah langkah-langah penyertaan:
Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (MILO UHT/Tin/Botol, Tin/Botol/Cawan NESCAFÉ, JUST MILK UHT, OMEGA PLUS UHT dan Botol LIVELY TEA) dengan nilai minima RM6 dalam sekeping resit tunggal di kedai-kedai yang turut serta.
Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja.
Langkah 2: Catat nama dan nombor pengenalan anda di muka depan resit tersebut.
Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan ke talian WhatsApp 018-388 2921.
Rangakaian Nestlé
Sedia-Untuk-Diminum telahpun berkembang dari sekadar jenama popularnya iaitu
MILO, NESCAFÉ dan OMEGA PLUS. Kini, ia juga membariskan jenama minuman teh yang
diseduh dengan adaptogen yang diberi nama LIVELY TEA.
Minuman LIVELY TEA boleh didapati
dalam tiga varian teh hitam yang menampilkan gabungan adaptogen yang diekstrak
daripada guarana, salap lemon dan beri schisandra - sesuai untuk sambutan Tahun
Baru Cina kali ini!
Selain dinikmati bersendirian
atau bersama orang tersayang, kepelbagaian perisa yang ditawarkan rangkaian
Nestlé Sedia-Untuk-Diminum sememangnya cukup sesuai untuk sambutan perayaan
seperti Tahun Baru Cina, membolehkan anda menghidangkan aneka minuman popular kepada
tetamu yang datang melawat.
Untuk maklumat lanjut, sila
kunjungi Peraduan Nestle - Hari-HariMau Ong
Wah menarik nie.. boleh lah Kak Sue cuba nanti..
BalasPadamBoleh try sebab mudah sangat, tak rugi cuba
Padamgudluck la utk siapa yg sertai contest Nestle nih., mugo ada Ong ;p
BalasPadamhadiah dia pun best..
Padambest hadiah2nya
BalasPadam