New World merupakan rancangan realiti dari Korea Selatan yang telah pun ditayangkan pada 20 November 2021.
Kalau korang sukakan rancangan realiti seperti Running Man, aku yakin korang mesti akan suka tonton New World.
Rancangan realiti New World bagi aku lebih fresh dengan idea, permainan baru, dan unik. Penerbit dan penulis New World iaitu Cho Hyo-jin PD dan penulis Park Hyun-sook, merupakan orang yang sama pernah bekerjasama dalam rancangan Running Man.
Rancangan Realiti Korea: New World Tonton Di Netflix
Dalam rancangan realiti Korea Selatan New World, enam selebriti - Kim Hee-chul, Lee Seung-gi, Eun Ji-won, Jo Bo-ah, Park Na-rae dan Kai daripada kumpulan K-pop Exo - menghabiskan enam hari berada di Pulau yang menjadi idaman mereka.
Sinopsis Rancangan Realiti Korea: New World
Mereka mempunyai citarasa yang berbeza tentang tempat percutian idaman dan masing-masing diberikan tempat penginapan yang diimpikan.
Mereka perlu menghabiskan enam hari percutian dan perlu bermain permainan serta menyelesaikan misi.
Setiap pemain diberikan sebuah telefon bimbit sebagai alat komunikasi. Selepas berjaya selesaikan misi pemenang akan diberikan ganjaran dalam bentuk mata wang pulau tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing.
Mereka teruja sebab dijanjikan yang selepas tamat percutian, wang yang mereka menang di pulau itu akan menjadi milik mereka.
Percutian yang disangkakan santai rupa-rupanya penuh dengan kejutan. Chemistry antara peserta tak nampak pelik dan masing-masing memainkan watak dengan baik.
Memang tak sah kalau dalam pertandingan tiada aksi khianat. Itu antara elemen yang ditonjolkan dalam rancangan New World.
Bayangkan berada di pulau idaman, peluang bercuti sambil menang duit dan ketika itulah mereka juga diuji dengan kemewahan dan kelangsungan hidup.
Siapa ada duit dia akan berada di atas. Boleh relate sangat dengan kehidupan sebenar. Pendek kata tiada satu pun adegan bosan dalam New World.
Waktu nak tinggalkan pulau itu pun bukan semudah yang disangka. Ada lagi misi tambahan yang perlu diselesaikan dan aku harap sangat Musim 2 ditayangkan tahun ni juga.
Peserta kegemaran aku dalam New World semestinya Lee Seung-gi. Suka dengan personaliti yang dia tonjolkan tak kisah dalam lakonan mahupun rancangan realiti lain.
Lagi seorang yang aku rasa kelakar dan agak bernasib malang ialah penyanyi, Kim Hee-chul.
Antara perkara yang berbeza dan best tentang rancangan New World ni ialah ianya tidak mempunyai skrip. Apa yang keluar dari mulut masing-masing adalah tindakbalas apa yang berlaku dekat situ.
Selain itu, misi diberikan adalah berbeza setiap hari dan boleh kaitkan dengan kehidupan sebenar kita bila ada isu pelaburan, aksi khianat, belot kawan sendiri dan kerjasama sahabat untuk berjaya.
Lokasi Penggambaran New World
Sumpah cantik gila pulau yang menjadi lokasi penggambaran rancangan New World ni. Pulau Oedo menjadi lokasi penggambaran pilihan yang terletak di selatan Pulau Geoje, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Gyeongsam Selatan.
Ia adalah taman botani gaya barat laut di Taman Negara Hallyeohaesang, dibina oleh Lee Chang-ho dan isterinya ketika mereka menetap di pulau itu pada tahun 1969.
Selepas 30 tahun membina lanskap dan berkebun barulah pulau ini dibuka kepada pelancong. Ada Taman Venus, Taman Kaktus, Tangga Menuju ke Syurga, dan indah pesisir pantai Korea yang dramatik.
Tiada kemudahan penginapan dibenarkan jadi Oedo menjadi tumpuan pelancong kerana cuma boleh luangkan masa selama 90 minit untuk melihat Oedo sebelum kembali ke Pulau Geoje.
Cara nak datang hanya menggunakan Feri dari enam enam destinasi dari Geoje. Beruntung lah kru penggambaran dan peserta program New World.
haha bestttt
BalasPadamtak sabar nak tengok season 2
PadamMacam Squid Game ke ni?Hehehe
BalasPadamIni tak ada scene tembak tapi pengkhianatan, realiti orang tamak, orang berduit
PadamSelalu jugak nampak rancangan nie kat Netflix tapi tak tertengok lagi... Kim Hee-Chul nie memang seorang yang kelakar dan berperangai giler2, hihi..
BalasPadamKalau suka yang santai kira sesuai dah tengok hiihh
Padambestnya reality show pasal travel. sejak menjak ni mama pun layan variety show yg ada Lee Seung-gi.terhibur telatah dia tu
BalasPadamcute dia kan.. suka personaliti dia tu
Padamtu la rodiah. bijak pula dia tu. mama tak try lagi tgk new world lagi
Padam