Resepi Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Nak Buat

Melayan selera anak-anak nak makan Kimbap mengalahkan orang Korea lagaknya. Kali terakhir belikan Sushi dan Kimbap dari Empire Sushi memang masing-masing berebut tak cukup. Harga dia boleh tahan mahalnya.


Memandangkan anak-anak suka jadi beranikan cuba resepi kimbap roll ala Korea yang rupanya mudah sangat nak buat. Sebelum ni pernah beli bamboo mat tapi tak pernah guna dan mat tu dah hilang kemana.


Cara Buat Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Sangat Rupanya

Bagi mereka yang nak cuba buat Kimbap roll Korea ni tapi tak berani, sila dengar nasihat aku. Tak susah pun.


Cuma part nak gulung sedikit leceh sebab aku gulung guna macaroon mat. Kalau guna bamboo mat tiada masalah rasanya.


Kimbap Roll Korea Homemade Mudah


Perkara pertama kalau nak buat Kimbap kena decide nak letak bahan apa sebagai inti. 


Bagi aku personally Kimbap yang sedap adalah Kimbap yang rasa dia balance lemak berkrim, sayur yang rangup dan segar macam Danmuji pun sedap, serta tambahan lauk seperti ayam goreng, isi Tuna mahupun isi ketam.


Kalau nak hasilkan kimbap roll yang cantik kena sabar hiris sayur supaya nipis dan saiz sama besar dan syarat utama kena ratakan nasi nipis dan sekata di atas kepingan rumpai laut. 


Baru lah senang untuk digulung dan cantik selepas di potong. Teringat pula makan corndog cheese tarik di Eid Aunthentic Korean Restorant Damansara


Lagi satu, bahan paling susah nak jumpa dekat pasaraya atau kedai biasa adalah cuka sushi. Kalau rajin beli jelah online, Shopee berlambak orang jual. 


Aku kebetulan tengok satu Youtube dia guna cuka makan jenama Jalen. Aku pon dengan senang hati guna cuka makan juga. Selesai masalah. 


Resepi Kimbap Roll Korea Homemade Mudah


Bahan-Bahan Nak Buat Kimbap Roll Korea

2 cawan beras sushi

1 sudu cuka sushi/ cuka makan (ada yang guna minyak bijan)

Secubit garam halus

Kepingan rumpai laut

Tikar penggulung (Aku guna macaroon mat)

 

Bahan-Bahan Inti:

Timun Jepun

Telur

Ayam Brand Tuna Tin

Tuna spread


Dekat rumah ni hanya aku dan anak sulung je yang makan sayur maka aku letak timun jepun sahaja. Lain kali nak cuba sayur lain pula. 


Ada yang cadangkan bayam dan lobak. Pastikan celur atau masak sayur letak garam eh nanti hambar kimbap korang. 

Kimbap dekat Dubuyo pun sedap. Anak-anak suka. 


Inti Kimbap Roll Korea


Cara Masak Nasi Sushi

1. Aku guna beras Jepun sushi jenama SUMO. Boleh beli di pasaraya Giant, AeonBig, Lotus dan lain-lain. Ada yang pernah guna beras biasa tapi katanya kena masak jadi lembik. 

2. Basuh beras sekali sahaja.

3. Masak seperti beras biasa. Banyak mana air nak letak boleh guna tips sukatan jari untuk masak nasi.

4. Nasi dah masak boleh masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan cuka / minyak bijan, garam dan gaul sebati.

Ketepikan.

  

Cara Masak Inti

1. Potong timun & lobak memanjang dan hiris nipis. Goreng bersama sedikit minyak dan taburkan sedikit garam.

2. Sayur seperti bayam, kena celur.

3. Telur pula masak seperti sediakan telur dadar.

 

Kimbap Roll Korea

Cara Penyediaan Kimbap

1. Ambil 1 keping rumpai laut dan letak di atas bamboo mat. Ratakan nasi sushi sehingga sekata.

2. Susun segala inti yang dingini.  

3. Gulung kemas menggunakan mat dan akhir sekali sapukan minyak bijan.

4. Potong menggunakan pisau tajam dan sedia dihidang.

 

Kesimpulan

Akhirnya tercapai juga angan-angan nak buat kimbap homemade. Rupanya resepi kimbap roll korea homemade mudah je nak buat. 


Paling utama kena ada kesabaran serta nak hasilkan kimbap yang cantik harus teliti dan cermat. Paling renyah nak sediakan inti.


Bahagian paling mudah adalah makan. Dalam masa 5 minit selepas dihidang kimbap aku buat habis dimakan anak-anak.

 

Ulasan

  1. Semua bahan dah ada cuma seaweed je nak kena pi beli dulu. Nanti nak try buat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak murah cari dekat Shopee, hari tu compare lagi berbaloi beli di Shopee

      Padam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.