Orang yang berjaya dalam apa yang dia buat sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai rancangan dalam hidup.
Bak kata pepatah: “if you fail to plan, you plain to fail”. Semuanya bermula dengan merancang.
Kepentingan merancang bermula dengan kesedaran kenapa pentingnya kena ada rancangan.
Ibarat kita hidup di dunia, kalau tiada matlamat pastinya hidup ini menjadi sia-sia. Bermula dengan matlamat dan kemudian disusuli dengan rancangan dan tindakan.
Cara Rancang Serta Contoh Jadual Harian Orang Berjaya
Semestinya sebagai orang Islam, matlamat utama kita adalah untuk menjadi umat yang berjaya bukan sahaja di dunia malah berjaya untuk akhirat juga.
Untuk berjaya kita harus merancang bagaimana kita nak lalui hari-hari kita.
How To Plan Your Day For Success
Aku nak kongsikan ilmu yang aku dapat dari Instagram Live sharing session oleh cikgu aku berkaitan “How To Plan Your Day For Success”.
Aku panjangkan ilmu dengan pembaca blog dan aku olah point yang disampaikan mengikut kefahaman sendiri.
Apabila kita ada rancangan bermaksud kita niat untuk capai sesuatu. Tak kira dalam hidup, dalam sesebuah hubungan, matlamat dalam perniagaan dan juga keluarga.
Bila dah ada plan kita kena biasakan diri untuk keep track samaada kita berada di jalan yang betul untuk capai matlamat yang telah kita tetapkan.
Merancang jadual boleh jadi dalam bentuk harian, minggu, bulanan atau tahunan.
Untuk pemula, boleh mula dengan merancang jadual harian dan tiru jadual harian orang yang telah berjaya.
Dah ada living proof atau bukti depan mata, maka kita ikut sajalah dan adjust ikut jadual hidup kita.
Suri Rumah Bukan Penamat Segala-Galanya
Tentukan Maksud Success
Berjaya membawa bermacam-macam maksud dan ianya berbeza bagi setiap orang. Jadi perkara pertama sebelum merancang, perlu tentukan dahulu maksud berjaya.
Sebagai contoh, berjaya bangun pagi awal dari anak bangun dan sediakan sarapan untuk suami juga adalah satu bentuk kejayaan.
Siapa yang setkan kejayaan? Diri kita sendiri. Muhasabah dan tanya diri sendiri. Mungkin kecil bagi orang lain tapi kejayaan besar untuk kita.
Cara-Cara dan Serta Contoh Jadual Harian Orang Berjaya
Banyak versi kita boleh cuba untuk merancang jadual harian, tetapi pilih lah mengikut kesesuaian serta membantu diri untuk grow. Tiga cara ringkas yang boleh diamalkan ialah:
A) Pilih Satu Topik Satu Hari
Amalkan untuk mulakan hari dengan menulis apa yang anda mahu lakukan pada hari tersebut. Pilih satu topik dan kemudian rancang apa yang anda perlu buat.
Pasang niat untuk hari tersebut. Tulis di dalam satu muka surat supaya anda lebih jelas dengan apa yang anda mahu.
B) 10 Dreams in 10 Years.
Senaraikan 10 impian untuk 10 tahun yang mendatang. Impian inilah yang akan jadi panduan untuk kita rancang jadual harian. Semuanya bermula dengan memasang impian.
C) 5 Things That I Grateful Yesterday.
Sediakan gratitude list, supaya kita sentiasa ingatkan diri kita betapa bersyukurnya kita dilimpahi nikmat kehidupan oleh Pencipta. Gratitude list boleh jadi simple macam di bawah:
- Bersyukur masih ada keluarga.
- Kawan rapat sentiasa jadi yang pertama ambil berat tentang diri.
- kesihatan yang baik.
- Ada rumah untuk berlindung dari hujan dan panas.
- Masih ada makanan untuk diberikan kepada anak-anak.
Tiada semangat nak teruskan kehidupan - Baca 5 Tips Mudah Jika Tiada Semangat Mahu Hidup
D) Tetapkan Tugas Utama
Dicadangkan untuk tetapkan tiga tugas utama (priority of the day) yang perlu disiapkan dan tambahan empat tugasan lain.
Jumlah tugasan utama dan tugasan rawak berbeza-beza bergantung pada kesusaian.
Contoh Jadual Harian
Walau apa yang kita cuba buat dan rancang, tolong mulakan niat dan pagi kita dengan mood yang baik.
Pemikiran positif membantu kita capai matlamat dengan lebih cepat. Kenal pasti juga Effective working hour kita sendiri.
Ada yang sangat produktif waktu pagi, dan ada yang lebih bertenaga di waktu petang atau malam.
Effective working hour = Waktu brain kita paling aktif bekerja
Cara Tepis Gangguan Bila Dah Rancang Untuk Berjaya
Siapa kata ianya mudah untuk capai apa yang kita tetapkan? Tipulah kalau kata perjalanan hidup ini smooth je.
Pasti ada halangan dan gangguan yang akan muncul baik dari luaran mahupun yang ada di sekeliling kita.
Kadang-kadang diri sendiri selalu jadi pensabotaj paling teruk. Gagal nak kawal rasa malas dan banyak beri alasan.
Cara nak tepis?
Kita kena selalu pesan pada otak yang kalau aku tak buat benda ni, aku tak akan ke mana-mana dan stuck dekat tempat yang sama.
Lagi satu, kita wajib fokus pada solusi, bukan fokus pada masalah atau cabaran yang mendatang.
“Fokus pada solusi bukan masalah. You akan dapat apa yang you fokus”
Teringat pesan seseorang, kalau nak ada productive live, kita kena kurangkan buat decision making setiap hari. Kurangkan jumlah gangguan terutama bila kita scroll social media. Jangan jadi ketagih.
Apa yang penting; dahulukan kerja yang utama, bersedia untuk tangani halangan yang mungkin jadi, serta jauhkan benda yang boleh ganggu fokus kita seperti telefon.
Kesimpulan
Rancang jadual untuk berjaya dan kemudian buat. Jangan kecewakan diri anda.
Jangan lupa untuk latih diri supaya sentiasa peka dengan situasi, latih diri untuk respon dengan cepat apabila ditimpa masalah. Fokus penyelesaian bukan masalah.
Tapi akhirnya kita kena selalu ingatkan diri kita: kita mampu merancang tapi sebaik-baik rancangan adalah rancangan Tuhan.
Manusia yang gagal merancang adalah manusia yang merancang untuk gagal
BalasPadamtak salah ikuti perkara yg baik2 kan
BalasPadam