Kami memilih untuk menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka untuk percutian keluarga kali ini. Itu pun selepas puas hati membaca review di Agoda dan juga ulasan blogger yang pernah check in di situ.
Aku buat tempahan hotel agak lewat jadi pilihan bilik yang ada di Agoda dan Booking.com agak terhad.
Rezeki kami dapat book direct dengan hotel dengan harga yang berpatutan dan paling penting bilik dia luas, cukup selesa untuk kami berlima.
Bercuti di The Straits Hotel And Suites Melaka
Kalau sebelum ni, okay sahaja untuk berhimpit dalam bilik. Tapi bila dah meningkat usia, keselesaan yang kami pentingkan.
Alhamdulillah pengalaman menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka sangat menyeronokkan. Sebelum ni kami pernah menginap di Estadia Hotel Melaka.
Hotel boutique di bawah seliaan Hatten Hotel. Best duduk situ sebab dalam Mahkota Parade Mall. Dah dekat kalau nak pergi ke tempat tarikan pelancong. Aku kongsi dekat sini - Reunion Geng Diploma
Jalan-Jalan Melaka, Cuti-Cuti Malaysia
Percutian 2 hari 1 malam di Melaka aku susun elok-elok supaya semua tempat yang aku plan nak pergi tercapai.
Semestinya food hunting menjadi tujuan utama. Nak buat aktiviti luar
yang lasak rasanya masih kurang sesuai dengan anak kecil.
Kami bertolak dari KL selepas
sarapan pagi dan sampai pada waktu tengahari dan terus cari lunch. Misi hari
pertama food hunting adalah nak cari Asam Pedas Telur Ikan Mayong, jadi kami
singgah di Restoran Berkat Salam.
Selesai makan kami terus menuju
ke hotel untuk check in. Urusan check in hotel mudah dan smooth. Kena bayar
deposit RM100 dan akan dipulangkan semasa check out. Staff juga mesra dan beri
penerangan yang lengkap.
Tetamu yang menginap boleh
parking di dalam bangunan yang sama dengan hotel. Parking percuma tapi kena
dapatkan validation di level 1 sebelum keluar.
Antara perkara yang aku titik beratkan sebelum book hotel ialah keluasan bilik, kebersihan tandas, kemudahan parking, dan juga customer servis. Bila travel dengan family, benda-benda kecil macam ni boleh beri impact.
Room Premier Suite With Breakfast The Straits Hotel And Suites Melaka
Kami tempah Room Premier Suite
yang berkeluasan 80sqm sesuai untuk 2 adults 2 children. Ruang yang besar
termasuk ruang tamu dan sofa, meja makan, kitchen cabinet dan meja kerja dalam
bilik tidur, katil queen.
Bilik Premier Suite adalah bilik non- smoking jadi jangan sesekali cuba merokok atau akan didenda sekiranya tertangkap.
Disediakan fridge yang comel, sejadah, tea & coffee serta kettle. Tak perlu susah payah call room service sebab dalam bilik dah tersedia iron board dan juga iron.
Disediakan juga wifi percuma, TV
agak limited channel tapi tak jadi masalah sebab tak tengok TV pun dan banyak
aktiviti di luar.
Tandas ada dalam bilik tidur dipisahkan dengan cermin kaca. Ada blinder jadi tidak la segan kalau nak mandi dalam masa yang sama ada orang melepak dalam bilik.
Ada juga bath tub,
favourite spot anak-anak. Syukur sangat bilik luas, dan bersih dan paling
penting tak berbau dan bilik air tak tersumbat.
Dengan harga RM284 semalam termasuk sarapan pagi untuk dua orang aku rasa harga dia munasabah. Malas nak bersiap dan keluar awal pagi jadi sarapan di hotel adalah pilihan bijak.
Menu breakfast dia pun tidaklah mengecewakan. Ada roti, bubur, nasi lemak rendang ayam, pilihan mi sup dan side dish western yang biasa ada di hotel lain. Paling aku suka kue teaw goreng dia. Cukuplah untuk alas perut. Tambahan RM17 untuk tiga kanak-kanak.
Kami dapat bilik di tingkat
19-25. Pemandangan dari balkoni memang cantik memandang ke laut dan juga
bandar. Semestinya berangin dan view cantik waktu sunset dan sunrise.
Infinity Swimming Pool - Roof Top Swimming Pool
Kalau nak tahu, The Straits Hotel And Suites adalah antara hotel di Melaka yang mempunyai Roof Top Swimming Pool atau nama lain Infinity Swimming Pool.
Pemandangan memang cantik sebab terletak di tingkat atas sekali. Boleh ke swimming pool ke level 23, Skydeck.
Pool dia cantik dan tak besar sangat tetapi hanya untuk orang dewasa. Kanak-kanak harus diawasi oleh orang dewasa. Kalau menginap lama boleh lepak ambil angin di café Skydeck.
Dekat pool juga ada machine jual
baju renang. Harga sekitar RM40++. Boleh tangkap gambar dan sila datang waktu
siang sebab lighting sangat on point. Pool dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup
pada pukul 6 petang.
Selepas berehat, bersihkan diri dan solat Asar, kami keluar cari makan tepi sungai Melaka di Waronk Avenue. Memang puas hati sangat.
Esoknya, selepas breakfast kami check out sebab ikut
itinerary nak pergi ke Zoo Melaka - nak tengok Dinosour Encounter
Kesimpulan
Pengalaman menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka adalah memuaskan. Pastinya termasuk dalam senarai hotel Melaka kami akan kunjungi lagi.
Kalau anda mencari hotel yang
baik dari segi lokasi di tengah bandar, selesa, parking yang selamat jadi boleh
consider The Straits Hotel And Suites.
The Straits Hotel And
Suites Melaka
No 1- B, Jalan Melaka
Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia
Phone number +60
6-289 8555
cantik hotelnya boleh la masuk dlm list kalau ke melaka nanti
BalasPadam