Minggu lepas kami decided untuk cuba piza baharu daripada Jom La Pizzeria. Aku tahu mengenai Jom La Pizzeria ni pun melalui media sosial.
Kiranya pertama kali untuk cuba dan memang tak silap buat keputusan sebab boleh rasa pizanya ‘homemade’, yang dibuat sama seperti dekat rumah.
Bila makan tu dapat lah rasa perbezaan piza ni dengan piza-piza yang lain di pasaran. Piza menjadi pilihan makanan kegemaran kami sekeluarga terutamanya pada waktu hujung minggu.
Biasanya piza menjadi menu pilihan bila masing-masing dah bosan makan nasi.
Piza ‘Homemade’ Istimewa dari Jom La Pizzeria
Suami bagi ‘green light’ dan anak-anak pun suka, jadi memang aku tak lepaskan peluang untuk tutup dapur. Jom La Pizzeria terletak di Bandar Sri Damansara dan anda boleh dine in dengan syarat sudah lengkap vaksin dan mereka juga melakukan penghantaran ke rumah dengan perkhidmatan Lalamove.
Korang juga boleh dapatkan piza ‘homemade’ ini di GrabFood, FoodPanda dan DeliverEat. Nak booked meja untuk dine-in pun boleh, guna je aplikasi Eatigo.
Boleh dapat diskaun tau. Bunyi macam menarik bukan? Jom La Pizzeria menyajikan piza, pasta, salad & sup ‘freshly homemade’ yang lazat dan panas dari oven.
Piza mereka hanya menggunakan bahan-bahan segar dan dibakar mengikut pesanan pelanggan. Jadi tak akan timbul isu piza sejuk bila anda menerimanya.
Piza ‘Best Seller’ daripada Jom La Pizzeria
Aku cadangkan untuk mencuba piza
‘best seller’ mereka iaitu Texas Smokey BBQ Chicken Pizza. Piza ini adalah satu
piza pilihan ramai kerana ‘topping’ piza Texas Smokey BBQ Chicken ni memang tak
kedekut. Aku suka rasanya yang smokey dan berempah.
Puas hati semasa makan sebab piza ni ada ‘topping’ ketulan ayam yang besar dan dapat rasa lah sos BBQ Smokey tu dalam setiap kunyahan.
Cuma rasa dia agak masin bagi aku (sebab aku tak kuat masin) tapi bagi suami dan anak-anak suka je. Selain tu, korang juga boleh cuba piza-piza ‘top’ mereka yang lain seperti Aloha Hawaiian Pizza, Margherita Pizza dan Deluxe Pepperoni Pizza.
3 Piza Baharu Jom La Pizzeria
Baru-baru ni Jom La Pizzeria telah
memperkenalkan tiga piza baharu iaitu ‘Meat Me in Heaven Pizza’, ‘Oceans’
Bounty Pizza’ dan ‘Just My Veggie Pizza’. Aku dan keluarga dah cuba ‘Meat Me in
Heaven Pizza’, dan anak aku approved piza ni.
Pengemar daging boleh la cuba pizza ini. Base piza dilapisi dengan minyak zaitun serta taburan herba Itali sebelum dimasukkan ke dalam oven.
Untuk yang tidak gemar makan daging, boleh cuba Oceans’ Bounty Pizza bagi mereka
yang menggemari seafood ataupun Just My Veggie Pizza khas untuk mereka yang vegetarian.
Piza dari Jom La Pizzeria berjaya membuat aku rasa kagum daripada segi rasa ‘homemade’ dia, kerak pizza yang lembut walaupun dah sejuk dan bahan-bahan yang digunakan adalah segar.
In sha Allah,
jika ada kesempatan boleh lah nak dine-in dekat sana, confirm lagi sedap!
Korang boleh follow sosial media
Jom La Pizzeria untuk mendapatkan info menarik mengenai piza dan pasta, serta promosi-promosi
terbaharu mereka.
Lokasi
Jom La Pizzeria
14g, Jalan Ara SD 7/3a, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor
Facebook
Isnin hingga Sabtu
12:30 tengahari – 9:30 malam
yum yumm sedapp
BalasPadam