Makan Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju

Ikutkan perancangan awal lepas selesai urusan beli barang dapur di Aeonbig nak lunch makan Nasi Arab tapi terpaksa tukar rancangan lunch di Jombali. 

Tempat kami suka dan biasa makan Nasi Arab adalah dekat Restoran Qasar Balqis di Taman Melati. Oleh sebab pagi tu dah breakfast yang ringan-ringan dan simpan perut untuk makan nasi untuk lunch jadi gigih bertahan sepanjang shopping. 

Lunch Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju

Tengah sibuk pilih barang, hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksa tukar rancangan sebab nak elak redah hujan. 

Aeonbig Wangsa Maju memang jadi antara destinasi aku beli barang dapur sebab selesa, dan harga mampu milik. 

Kalau berdua je dengan suami masih okay lagi, tapi kasihan nak bawa anak-anak dalam hujan. Hujan bercampur guruh, bertambah seram nak keluar. Terpaksalah cari makan dalam Aeonbig. Susah juga nak buat pilihan sebab kami nak elak makan fast food.


Pilihan Restoran Dalam Aeonbig Wangsa Maju

Selain foodcourt (pilihan makanan agak limited), kedai makan yang ada ialah Jombali, meow meow cafĂ©, KFC, McDonald's, The Chicken Rice Shop, Orchid Bistro, Ramly Halal Kiosk, Dunkin' Donuts, Subway, Makan Culture dan Paradise Reyan (makanan Arab). 

Kami dah pernah makan di restoran Makan Culture sebelum ni, malangnya kami kurang berpuas hati. Tapi Restoran Makan Culture di Melawati Mall tak dinafikan sedap sebab aku pernah makan masa tahun 2018. - Makan Culture Melawati Mall


Makan di Restoran Jombali

Akhirnya kami pilih makan di Restoran Jombali. Sebelum ni kami pernah makan disini tapi waktu tu Jombali berada di tingkat atas berdekatan restoran The Chicken Rice Shop. 

Sekarang dia dah tukar lokasi bersebelahan dengan Ramly Halal Kiosk, menggantikan restoran Sushi King. 

Alhamdulillah syukur sangat tak salah buat keputusan. Apa yang best dekat sini ialah portion makanan dia banyak, satu pinggan tu boleh dikongsi dua orang. Rasa pun sedap. 

Bahan-bahan dia guna segar, terutama sayur-sayuran. Waktu kami sampai restoran memang penuh dengan pelanggan, walaupun begitu waktu penyediaan makanan dan makanan sampai ke meja kami tidaklah ambil masa begitu lama. Lebih kurang 15 minit macam tu. 

Dari segi menu pula, banyak betul pilihan yang ada. Kami makan Chicken Spaghetti Carbonara yang cukup lemak berkrim, Nasi Ayam Goreng Crispy Chicken Chop, dan Nasi Goreng Ayam Milky Sauce. Air kami pilih Teh Tarik Ais dan Ribena Lychee. 


Restoran Jombali Wangsamaju


Anak-anak memang suka Spaghetti Carbonara dekat sini sebab sos dia cukup rasa lemak, banyak mushroom dan spaghetti pun elok el dente. 

Teringat pengalaman sertai pertandingan memasak Laksa Seafood guna pasta. Chef beri pujian sebab aku berjaya rebus pasta dengan betul. 

Ikut selera orang Itali, pasta dan nasi harus dimasak sehingga mempunyai tekstur sedikit keras di tengah-tengah ketika anda memakannya. Al dente adalah tekstur yang segar.


Lunch di Restoran Jombali Wangsamaju


Nasi Ayam Goreng Crispy Chicken Chop pun sedap. Chicken chop digoreng rangup, tak lebih tepung dan paling penting tak dibanjiri minyak. Suami makan Nasi Goreng Ayam Milky Sauce dan kena dengan selera beliau. 

Sos Milky tu agak manis tapi sesuai dimakan bersama ayam goreng, jadi balance rasa dia bila dikunyah sekali dengan nasi. Kalau nak pedas boleh minta cili potong. 


Western menu Jombali Wangsamaju


Salute kepada chef dia sebab masakan dia tak mengecewakan. Walaupun menu banyak pilihan, tapi boleh hasilkan makanan yang sedap dan kualiti terjaga. Confirm aku akan repeat lagi. 


Kesimpulan

Semestinya makanan yang sedap dan tempat berbaloi untuk dicuba pasti aku kongsi dengan pembaca blog. Jadi aku berbesar hati nak kongsi pengalaman aku makan di Jombali dengan korang juga. Apa pun, segala pendapat di atas berdasarkan pendapat peribadi mak anak tiga. 

Bawa anak kecil banyak faktor harus difikirkan. Tempat selesa, pilihan makanan, kebersihan dan customer service bagus pastinya akan jadi tempat kegemaran kami sekeluarga. 


Ulasan

  1. yang penting selesa dan makanan sedap.. hmm tak ingat la penah makan kat job bali ke x

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.