Selesai Terima Dua Dos Suntikan Vaksin Lengkap

Alhamdulillah aku selamat terima dua dos suntikan vaksin lengkap (Sinovac) pada 4 Ogos lepas. Kena tunggu 14 hari selepas suntikan vaksin dos kedua baru lah di kira sebagai menerima vaksin lengkap ya. 
Secara rasminya dah ada e-certificate untuk suntikan vaksin.
Perasaan? Bersyukur je sebab dah jalankan tanggungjawab dan sokong usaha kerajaan nak membentuk Imuniti Kelompok (Herd Immunity). 

Selesai Terima Dua Dos Suntikan Vaksin Lengkap

Imuniti Kelompok adalah keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut. 

Cara terbaik mencapai Imuniti Kelompok adalah melalui vaksinasi. Sumber KKM


Suntikan Vaksin Lengkap


Fahami Maksud Mendapat Suntikan Vaksin Lengkap 

Ramai lagi yang masih salah faham tentang vaksin lengkap. Vaksin lengkap adalah berbeza mengikut jenis vaksin yang diterima setiap orang. 

Bagi vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, maksud vaksin lengkap adalah selepas 14 hari mendapat dos kedua suntikan vaksin jenis ini. 

Manakala, bagi vaksin jenis ConSino dan Johnson & Johnson pula, maksud vaksin lengkapnya adalah 28 hari selepas menerima satu suntikan vaksin COVID-19 jenis ini.


Suntikan Vaksin Lengkap


Apabila dah terima kedua-dua suntikan vaksin COVID-19, barulah akan diberikan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera. 

Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan adalah kepada mereka yang telah menerima vaksin lengkap. Untuk yang masih menunggu giliran diharap bersabar ya. Walaupun dah lengkap vaksin SOP masih perlu dijaga ya. 

COVID tu tak peduli pun anda sudah divaksin atau pun tidak, dan vaksin bukanlah memberi jaminan anda tidak akan dijangkiti wabak. 


Suntikan Vaksin Lengkap


Terima Vaksin Di PPV KL Convention Centre 

Masih lagi di arah untuk ke PPV KL Convention Centre untuk suntikan dos kedua. Urusan lebih mudah sebab dah tersedia rekod sbeelumnya. 

Urusan memang lancar dan paling aku suka SOP dipertingkatkan berbanding kali pertama aku terima suntikan vaksin. Baca pengalaman aku terima suntikan Vaksin Sinovac Dos pertama di sini 

Sehingga 1 September 2021, kerajaan masih lagi belum umumkan penambahan suntikan vaksin tak kira untuk Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, ConSino mahupun Johnson & Johnson. 

Kalau perlu dos tambahan kita tengok lah macamana. Harapnya COVID ni segera lenyap dari muka bumi. Tiada pilihan kita perlu hidup bersama wabak di masa hadapan. 

Rujuk gambarrajah di bawah untuk faham apa itu endemik, epidemik dan juga pandemik. 



Suntikan Vaksin Lengkap


Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Kedua

Pengalaman di cucuk dos kedua sedikit berbeza baik dari segi proses mahupun kesan selepas dicucuk. Untuk dos kedua, aku tak rasa langsung sakit di cucuk. Mungkin disebabkan cara doktor cucuk atau mental aku lebih bersedia. 

Setelah dicucuk dos kedua, perasaan lapar tak muncul sekerap selepas terima suntikan pertama. Kali ni kesan paling teruk aku terima ialah perasaan mengantuk yang tak dapat ditahan-tahan. 

Lama pula tu kesan tu nak hilang. Dalam tempoh 14 hari tu aku mengalami kesan mengantuk yang tak boleh dibawa berbincang. 

Rasa badan berat, penat dan memang aku kena tidur. Mata tu macam ada pemberat. Bersyukur sebab kesan lain seperti demam, sakit kepala, cirit birit tiada. 


Kelonggaran Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin

Kerajaan telah pun mengumumkan kelonggaran SOP bagi yang sudah lengkap vaksin mengikut fasa sesebuah negeri. Kalau di Kuala Lumpur (fasa satu), kebenaran untuk dine in bagi mereka yang sudah lengkap vaksin. 

Boleh rujuk SOP Pelan Pemulihan Negara di sini 

Bersyukur sangat dah banyak kelonggaran yang kerajaan berikan. Walaupun dah boleh makan di kedai, aku masih lagi takut-takut nak bawa anak keluar. 

Sebolehnya nak lari dari kawasan tumpuan ramai. Selagi boleh elak, kita cuba elak. Kebenaran untuk rentas negeri masih lagi perlu mendapatkan kebenaran dari polis. 

Pastinya semua perkara memerlukan masa untuk bangkit dan kembali pulih. Jom kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan. 

Ulasan

  1. Tahniah Rodiah dah lengkap vaksin, cik ash baru dapat dos pertama, vaksin paling gerun demam 2 hari juga, dalam masa seminggu vaksin kesan dia berat kepala,sakit tubuh,nak buat kerja pun xleh, mintak suami tolong hihihi. Ini dah ok alhamdulillah harap dos kedua xde pape la,

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, walaupun dah lengkap tapi still takut takut kan. Semoga kita dijauhkan dari wabak ni

    BalasPadam
  3. Tahniahhhh! Yahoooo! Me too.. and... dijangkiti jugak wabak covid... Lol

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.