Resepi Meatball Bolognese Cheese Leleh

Hari tu aku ada kongsikan resepi Meatball Bolognese Cheese Leleh di Instagram. 

Buat pun sebab kebetulan ada tugasan di sosial media memerlukan aku menggunakan cheese di dalam masakan. 

Jadi pastilah pilih menu yang ringkas dan senang nak buat.  Meatball Bolognese Cheese Leleh ni sesuai untuk korang yang suka makan daging dan dah bosan makan makanan yang sama. 

Sesekali bertukar selera, menu Western menggantikan nasi untuk makan malam adalah pilihan yang baik untuk korang yang sudah kehabisan idea untuk memasak.  



Resepi Meatball Bolognese Cheese Leleh Sedap


Memandangkan kami satu keluarga penggemar cheese, kebarangkalian makanan tu tak sedap amatlah tipis. Yakin sedap begitu. 

Selesai ambik gambar, masing-masing tak sabar nak makan. Nak buat pun mudah sangat.

Pendapat aku, kalau dibandingkan cara penyediaan menu masakan Melayu dengan menu masakan Barat adalah berbeza tahap penat dia. 

Menu Melayu bagi aku lebih banyak bahan dan ambil masa lama nak sediakan. Beza kalau masak menu Barat, semua main campak-campak je. Payah la nak gagal dan tak sedap. 

Boleh cuba Resepi Corndog Cheese Guna Tepung Bestari


Resepi Meatball Bolognese



Rahsia Meatball Bolognese Cheese Leleh Jadi Sedap


Meh aku kongsikan rahsia yang menjadikan meatball Bolognese ni extra sedap ialah penggunaan butter dan juga cheese dalam menu. 

Special dan extra sedap sebab aku tumis bahan menggunakan Anchor Salted Pure Butter. Ya ampun aroma dia harum semerbak satu rumah, dan rasa dia yang berkrim tu buatkan makanan bertambah lazat. 

Anchor Butter memang popular di kalangan baker dan juga suri rumah. buat biskut raya dan kek pon sedap. 

Anchor butter ni sedap kerana diperbuat dari 100% susu berkualiti tinggi dari lembu yang hanya makan rumput di New Zealand. 

Lembu-lembu yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh, mana lah tak sedap woi. 

Pengalaman turun event tengok Chef Selebriti Florence Tan masak guna Mentega Anchor 



Resepi Meatball Bolognese Cheese leleh



Cara Masak Meatball Bolognese Cheese Leleh


Sebelum masak baca Bismillah okay. Bahan-bahan semua aku main agak-agak je. 



Cara masak Meatball Bolognese


1. Cairkan Anchor Salted Pure Butter (50gram)

2.Tumis Setengah biji bawang holand yang dipotong dadu sehingga naik bau, kemudian masukkan cendawan butang & capsicum yang dihiris. Tak suka capsicum tak payah letak. 

3.Masak seketika. 

4.Masukkan 5 sudu besar cooking cream. Tak letak pun tak apa. Aku ganti dengan susu segar. 

5.Kemudian masukkan 1 tin tomato puree, kacau sehingga sebati. Perasakan dengan garam & gula. Ketepikan. 

6.Dalam bekas lain, susun meatball yang siap digoreng.

7.Curahkan sos Bolognese yang telah dimasak tadi. Tuang kuah di selang seli dengan lapisan cheese. 

8.Taburkan Perfect Italiano shredded mozzarella cheese dan kemudian lapiskan dengan cheese slice.

9.Bakar di dalam oven pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga keperangan.


Resepi Meatball Bolognese



Meatball Bolognese Cheese Leleh sedap dimakan waktu panas tapi hati-hati lidah bakal terbakar. Sesuai dimakan bersama roti bakar. Ikut selera masing-masing lah. Makan macam tu je pon dah sedap. 

|    Resepi Sosej Daging Homemade   |



Ulasan