Kulim mensasarkan untuk memperkukuhkan perniagaan terasnyanya, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya, dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.
KULIM Sasarkan Jadi Peneraju AGRIBISNES Melalui Pelan Transformasi Lima Tahun
Pelan Transformasi Hala Tuju KULIM Berhad
Pengarah Urusannya, Mohd Faris Adli Shukery, berkata hala tuju strategik bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai pemain agribisnes terkemuka dan mewujudkan bukan sahaja legasi yang mampan namun juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang.
Melalui Pelan Transfromasi syarikat, Kulim kini sedang melalui fasa transformasi merangkumi 5 keperluan strategik; iaitu untuk
I. Menyelaraskan struktur perniagaan dan organisasi Kulim; merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif dan penambahbaikan struktur organisasi.
II. Memperkukuhkan perniagaan teras iaitu agribisnes; memperluaskan pengeluaran dan meningkatkan aliran pendapatan.
III. Pengembangan perniagaan dengan memanfaatkan kelebihan aktiviti agribisnes kumpulan; memberi tumpuan kepada sektor pertanian merangkumi pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan.
IV. Meningkatkan kecemerlangan operasi Kulim; dan
V. Penyenaraian organisasi di bursa saham.
Dengan inisiatif transformasi, Kulim merancang untuk kembali di bursa Malaysia apabila tiba masanya.
Pengenalan Logo Dan Video Korporat Baru
Dalam sesi yang sama, Kulim memperkenalkan logo dan video korporat baru sempena menyambut ulang tahun ke 88 dan juga merupakan sebahagian proses penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol sebagai sebahagian daripada Korporat Malaysia.
Dengan semangat, nilai dan etika, minda dan mata yang memandang ke arah masa depan, Kulim yakin mampu mengorak langkah mencapai kejayaan.
Sempena menyambut ulang tahun ke 88, KULIM berbesar hati meraikan kejayaan bersama-sama rakyat Malaysia dengan menyebarkan positiviti di media sosial melalui kempen #kulim88 yang dijalankan pada bulan Ogos yang lepas.
KULIM juga bersemangat untuk membantu masyarakat ketika detik sukar ini melalui kempen #kulim88 dan kempen yang akan datang iaitu #kulimpeduli
Kempen #kulim88 RM1 = Satu Post Sempena Ulang Tahun ke 88 telah pun dilancarkan pada 6 Ogos 2021 dan berakhir pada 29 Ogos 2021. Kempen #kulimpeduli disasarkan bermula pada bulan ini sehingga akhir Disember.
Kulim bekerjasama dengan pelbagai yayasan iaitu MyFundAction, Yayasan JCorp, dan agensi Johor lokal yang strategic dan mensasarkan memberi bantuan kepada 1,500 penerima di Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.