Oleh sebab dah lama sangat
tertangguh dek pelbagai alasan termasuk lah kena kurung sebab PKP, akhirnya
tahun ni dapat juga beli. Sebelum nak beli scooter macam-macam faktor nak kena
consider.
Mainan anak-anak pun salah satu
bentuk pelaburan juga, jadi kena masuk bajet keluarga. Scooter ni bukan setakat
alat mainan tapi boleh jadi kenderaan juga. Ada pelbagai jenis scooter termasuk
lah scooter elektrik.
Beli Scooter Dewasa & Kanak-Kanak Di Shopee
Alhamdulillah, selepas Malaysia dan tukar Perdana Menteri dan sedikit demi sedikit pelepasan pergerakan kerajaan dah beri, jadi peluang nak keluar beriadah tu semakin cerah.
Tapi selalu ingatkan diri dan anak-anak; tempat-tempat rekreasi, premis perniagaan dibuka bukan kerana selamat tapi kerana desakan ekonomi.
Haruslah setiap kali keluar,
wajib menjaga SOP dan juga kesihatan. Walaupun dah dapat suntikan vaksin
lengkap, kebarangkalian kena COVID tu masih ada ya cuma bezanya serangan kuman
tu tidaklah kritikal. Itu apa aku faham lah.
Beli Scooter Online: Mana Lagi Kalau Bukan Di Shopee
Berbalik kepada kisah nak beli scooter, aku ambil keputusan untuk beli secara online di Shopee je. Nak survey di kedai masih banyak kedai yang belum beroperasi sepenuhnya.
Leceh pun satu hal juga. Kalau boleh memang nak limitkan pergerakkan keluar masuk. Hampir dua minggu juga aku survey seller yang trusted dan ada status preferred di Shopee.
Tak lain tak bukan nak elak beli scooter yang ada masalah. Tak terkecuali baca review pembeli dan gambar yang buyer kongsi.
Akhirnya aku berjaya pilih satu kedai ni yang dapat 4.9 star, 872 ratings dan 1.5K telah terjual. Rasa puas hati dan terhibur bila baca bahagian review.
Membantu aku decide mana yang terbaik. Setiap kali nak beli barang online, itulah yang aku akan consider.
Antara barang yang pernah aku beli dari Shopee : Gaming Chair; Vacum & Blender
Urban Scooter Sebagai Hadiah hari Jadi Anak
Rancangan awal nak beli scooter adalah sebagai hadiah untuk anak aku sempena hari jadi dia yang ke sepuluh tahun. Dalam banyak-banyak barang dia pilih scooter.
Memandangkan masih di dalam bajet dan diyakini berbaloi maka kami pun approved tanpa banyak soal. Suami pun serahkan bulat-bulat untuk aku survey dan beli.
Akhirnya kami beli scooter sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Scooter ada dua roda, lengkap dengan brek. Beli dua sebab tak mahu berebut.
Aku belikan anak Urban Scooter
Foldable and Adjustable Suitable for Kids & Adults
Berat 6.5 kg. Warna: Hitam &
Putih. Ada break.
Ciri-ciri:
- The frame is made of aviation
aluminium alloy, sturdy, anti-rust, foldable and compact
- High elastic front wheel, with
great shockproof feature, more comfortable for you to use
- Glide performance: 20cm wheels
make it more comfortable and ideal for long distances
- Cushioning comfortable with its
front and rear suspensions
- PU wheels and ABEC-9 wheel
bearing, stable and durable
- Braking device on the back of
scooter, safe and convenient
- With three sections to adjust
the height of the scooter as you need
- Bearing limits is less than or
equal to 150kg
Kenapa Tak beli scooter Elektrik?
Lepas aku beli scooter ni ada juga yang tanya kenapa tak beli scooter elektrik? Lagi best kot. Banyak alasan sebenarnya kenapa aku tak beli scooter elektrik, antaranya adalah knowledge tentang penjagaan,
Harga scooter elektrik juga bukan di dalam range bajet
hadiah untuk anak serta scooter elektrik nak kena caj. Kalau ada masalah satu
hal ah pulak.
Baru-baru ni aku bawa scooter ke Taman Tasik Titiwangsa. Sebelum masuk ke taman ada security guard akan tahan untuk check sekiranya dah vaksin lengkap,
Tidak dibenarkan membawa makanan dan
paling penting scooter elektrik tidak dibenarkan masuk atas alasan membahayakan
kanak-kanak. Laju kan scooter elektrik takut terlanggar orang, sebab tu tak
dibenarkan masuk.
Cara Memilih Scooter Untuk
Kanak-Kanak & Dewasa
Beberapa perkara perlu korang
consider semasa memilih scooter untuk kanak-kanak, sama juga memilih scooter
untuk dewasa.
#1 Tujuan Beli Scooter
Perkara pertama kena tahu tujuan
beli scooter. Jenis scooter pula ada pelbagai. Scooter untuk sukan, untuk kegiatan
lasak, skuter elektrik, skuter jalanan. Dah tahu yang mana satu baru lah tengok
spesifikasi scooter.
#2 Spesifikasi Scooter
Roda untuk scooter. Untuk
kanak-kanak empat tahun ke bawah dicadangkan scooter beroda tiga untuk tujuan
keselamatan. Untuk scooter dewasa harus pilih roda yang stabil dan tahan lama.
#3 Saiz & Berat
Pilih scooter yang sesuai
mengikut ketinggian penunggang bagi tujuan keselamatan. Rangka scooter yang
diperbuat daripada aloi aluminium biasanya kukuh, ringan dan anti karat. Pilih juga
scooter yang mudah dan ringan dibawa kemana-mana serta boleh dilipat. Untung
boleh simpan dalam bonet kereta.
#4 Penyerap Hentaman
Untuk jangka hayat scooter
bertahan lama, seeloknya cari scooter yang boleh menyerap hentaman dan mampu
menahan beban maksimum penunggang. Berat maksimum scooter yang aku beli ialah
100Kilogram.
Sehingga artikel ni ditulis aku berpuas hati dan nak pasang scooter ni pun sangat mudah. Ada scooter yang berharga lebih murah tapi tanpa break. Alang-alang beli, tambah duit sikit beli jelah scooter yang ada break untuk tujuan keselamatan.
Setakat itu sahaja review aku
berkaitan Urban Scooter ni. Harap dapat membantu korang yang sedang dalam
perancangan nak beli scooter untuk diri mahupun untuk anak-anak.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.