Oleh sebab kes Covid mencanak naik dan seram nak ke pasar beli barang basah jadi aku nekad nak cuba khidmat Ayam Aji Express Delivery barang basah ke rumah.
Aku dapat tahu tentang Ayam Aji Express melalui iklan mereka di Facebook.
Menurut info di page mereka, Ayam Aji Express adalah merupakan pembekal ayam segar di atas talian yang mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam Industri Pembekal Ayam ke pasar-pasar di sekitar KL & Lembah Klang.
Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah
Sekarang bukan setakat ayam je,
Seafood, barang kering dan sayur pon dia jual. Kisahnya sebelum ni aku banyak je
survey kedai-kedai yang buat penghantaran barang basah ke rumah, dan dah pernah
pun cuba beberapa penjual sebelum ni.
Tertarik nak cuba service delivery Ayam Aji lepas baca testimoni dan juga komen-komen yang positif. Setakat yang aku baca komen tidak la ada yang terlalu teruk.
Jadi, akhirnya baru-baru ni aku beranikan diri beli secara online.
Macam mana cara nak order dengan Ayam Aji Express?
Cara nak order barang basah dengan
Ayam Aji Express memang teramat mudah, hanya klik link dan landing page Ayam
Aji pun mesra pengguna. Cuma jadual & masa penghantaran adalah mengikut
tarikh yang mereka cadangkan.
Mungkin sebab banyak permintaan, jadi ada kemungkinan tarikh yang kita nak dah penuh. Jadi, untuk elak sebarang masalah lebih elok rancang dan buat pesanan lebih awal.
Caj & Kawasan Penghantaran Ayam Aji Express area mana je?
Setakat ini, Ayam Aji Express
buat penghantaran ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja. Dengan
minimum pesanan adalah RM50 dan tidak dibenarkan untuk walk in ke premis. Pick up
pun tak boleh ya.
Caj penghantaran pula ada dua: Standard
Delivery (Flat Rate) dan Express Delivery. Untuk standard delivery pelanggan
perlu membayar sebanyak RM10 manakala express delivery adalah sebanyak RM20.
Beza standard dengan express
delivery caj ialah waktu penghantaran tempahan kepada pelanggan. Untuk standard
delivery, waktu penghantaran adalah tidak tetap iaitu bermula 10 pagi sehingga
10 malam manakala express delivery pula pelanggan akan diberi keutamaan dan
bakal terima barang sebelum pukul 12.59 tengahari.
Jika pesanan melebihi RM300,
pelanggan tak perlu bayar caj penghantaran.
Pengalaman aku memilih standard
delivery agak baik. Aku terima barang lebih kurang 10 minit sebelum pukul 3
petang. Lauk masih dalam keadaan baik walaupun ais dah cair.
Info tambahan: memandangkan aku duduk di apartment jadi aku perlu turun ke lobi dan ambil sendiri barang-barang.
Kalau aku nak barang dihantar ke depan pintu aku perlu pilih express delivery. Itu apa yang runner beritahu aku. Kalau korang stay di rumah landed perkara ni tak jadi masalah.
Aku beli ikan keli (ikan bersaiz
kecil), ikan pekasam kerisi, ayam tua, tulang isi ayam, Ikan Bawal Mas, Salmon
Belly, Ikan Kerapu, Sotong, Udang Galah. Jumlah pembelian RM106. Ok lah harga
tu bagi aku.
Binatang yang aku tak akan repeat
ialah sotong B dan juga Salmon Belly.
Review Ayam Aji Express Delivery
Ini adalah review aku tentang Ayam Aji Express bermula dari saat aku hantar whatsapp, buat pesanan dan pembayaran sehinggalah aku selamat terima barang.
Whatsapp pertanyaan aku dibalas agak cepat dan proses nak pilih barang-barang basah sangat mudah.
Landing page dia kemas dan ada
banyak pilihan ikan, seafood, ayam, sayur dan juga makanan ready to eat. Setiap
pilihan lengkap dengan gambar dan juga maklumat seperti berat dan juga harga. Membantu sangat.
Menariknya, Ayam Aji Express
selalu sangat buat promosi tak munasabah dan berbaloi untuk di beli. Masa aku
beli tu aku sempat grab promosi Ikan Siakap RM0.88 dan saiz dia tidak lah
terlalu kecil. Ayam pencen separuh dan udang galah juga berharga RM0.88.
Promosi sempena Bulan Merdeka
pula adalah Salmon Slice, Ketam Bunga & Udang Galah berharga RM0.64 sahaja.
Seperti aku beritahu, lauk masih fresh dan berbaloi lah harga promosi dengan
saiz yang kita dapat.
Aduan Barang Kurang / Rosak
Waktu penghantaran barang, runner
akan beri salinan customer order dan ada dinyatakan jika terdapat barang kurang
atau pun rosak, pelanggan boleh buat aduan dalam tempoh 24 jam selepas terima
barang.
Pelanggan boleh isi aduan di link
yang diberikan. Pihak Ayam Aji Express tidak akan bertanggungjawab jika aduan
dibuat selepas 24 jam dari masa barang diterima. Nak senang lepas terima barang
terus semak apa yang tak okay.
No customer service Ayam Aji
Express – 013-3802585.
Korang yang berada di sekitar
Lembah Klang dan nak cuba perkhidmatan Ayam Aji Express boleh la rujuk Facebookmereka. Apa pun jadi lah pengguna bijak, nilai sendiri dan baca komen-komen
pelanggan yang pernah guna servis mereka.
Wah, boleh try servis diorang nie.. musim² sekarang nie ditambah plak nak beratur panjang masuk dalam mall membuatkan rasa malas nak beli barang²...
BalasPadamMenarik ni. Senang ada service macam ni
BalasPadam