Banyak pesanan yang Shuib kongsikan masa IG Live selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin baru-baru ni.
Pemergian yang ditangisi dan dicemburui ramai orang. Besar betul dugaan untuk pasangan ini. Allahyarhamah Siti Sarah kecundang setelah dijangkiti Covid19.
Kemudian terpaksa ditidurkan kerana paras oksigen menurun yang boleh membahayakan nyawanya serta anak yang dikandungnya.
Setelah bertarung nyawa melahirkan anak, melawan wabak akhirnya Sarah dijemput Ilahi. Berat betul jari nak menaip tentang Allahyarhamah.
Setiap kali teringat apa yang Shuib cerita tentang Allahyarhamah terasa sentap di hati. Bila tengok anak-anak mereka yang masih kecil automatik keluar juga air mata.
13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah
Sungguh pemergian Sarah memberi kesan kepada semua. Disaat kita semua sedang berjuang dengan Covid19, ada anak yang kehilangan ibu bapa, suami kehilangan isteri, adik yang kehilangan abang dan kakak.
Pedih.
Kisah Di Sebalik Pemergian Siti Sarah
Hampir satu jam Shuib buat perkongsian, banyak dia cerita tentang kebaikkan Allahyarhamah. Setiap apa yang disampaikan memberi kesan dihati dan buat ramai buka mata.
Itu aku yakin. Shuib juga tak malu nak mengaku segala kecuaian dan juga sikap acuh tak acuh dia tentang Covid.
Shuib dah dapat dos pertama vaksin manakala arwah tak sempat untuk di vaksin. Ikut apa yang disampaikan Shuib, arwah memang menjaga dan faham bahaya Covid19.
Menurut Shuib, mereka sekeluarga disahkan positif Covid berpunca dari pembantu rumah mereka. Pembantu rumah dia keluar untuk buang sampah dan bersalam dengan kawan yang positif Covid. Pembantu rumah dia juga telah meninggal dunia.
Pesanan Berharga Shuib Kepada Semua
Bagi aku pesanan Shuib bukan pesanan biasa-biasa tapi lebih kepada pengajaran. Dia berkongsi kerana dia dah melaluinya dan dia tak mahu orang lain rasa apa yang dia rasa. Covid19 is real dan kalau dah kena memang tiada U-Turn.
#1 Sedekah
Sarah banyak ajar untuk bersedekah. Asbab itulah juga rezeki mereka sekeluarga tak putus-putus. Antara pesanan Allahyarhamah tentang sedekah:
“Jangan berkira-kira dengan duit sebab kalau kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira untuk bersedekah.
“Kalau kita tak berkira-kira untuk bersedekah, Allah tak akan berkira-kira untuk limpahkan rezeki untuk kita.
#2 Isteri Solehah
Banyak sangat perkara baik yang Shuib kongsikan. Hebatnya peribadi Allahyarhamah, disayangi anak-anak, diredhai oleh suami, disenangi rakan-rakan dan disayangi semua. Isteri adalah tulang belakang suami.
#3 Jangan ambil Mudah tentang Covid19
Shuib sangka Sarah akan kembali pulih tapi rupanya Allah lebih sayangkan isterinya. Hebatnya Shuib redha, tenang dan kuat terima ujian. Sekali dah dijangkiti terutama mereka yang berisiko tinggi (mengandung, warga emas, penyakit berbahaya) memang tiada jalan patah balik.
#4 Wajib ada Oximeter Bagi pesakit Covid
Setiap rumah perlu ada Oximeter untuk pantau paras oksigen pesakit Covid terutama mereka yang ada simtom. Jangan tangguh untuk ke hospital jika paras oksigen menurun. Shuib ada kongsikan yang Allahyarhamah pernah mengadu paras oksigen dia agak rendah, tapi dia sedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja.
Baca arahan KKM tentang kuarantin di rumah
Aku dah beli dekat Shopee. Standby satu dekat rumah. Korang nak beli cari yang elok sikit eh. Aku beli yang ni Fingertip Pulse Oximeter [MDA,CE & FDA Approved]
#5 Vaksin
Dapatkan vaksin segera sebab itu mungkin menjadi salah satu ikhtiar kita untuk melawan wabak berbahaya ni. Jangan ambil mudah dan bahayakan nyawa keluarga dan orang sekeliling. Untuk yang dah dapat vaksin jaga SOP dan jangan keluar jika tak perlu.
#6 Kejar Akhirat
Shuib banyak ingatkan tentang kubur, akhirat, amalan di dunia dan pentingnya kejar akhirat iaitu destinasi kita yang abadi. Pasangan ni sentiasa berborak dan mengimpikan meninggal di Hari Jumaat, bercita-cita masuk ke syurga Allah.
#7 Amalkan Surah AlWaqiah
Membaca Surah AlWaqiah setiap pagi adalah mereka untuk dimurahkan rezeki. Rezeki di dunia dan rezeki akhirat kelak.
#8 Pesanan untuk Suami
Untuk buat isteri rasa suami adalah ketua ialah dengan menjadi imam di rumah dan solat berjemaah bersama keluarga. Baru akan lahir rasa hormat suami sebagai ketua keluarga. Sentiasa berkasih sayang dengan isteri dan anak-anak sementara masih ada waktu.
#9 Jangan Sombong
Shuib banyak kali ulang yang kita sebagai manusia tidak boleh sombong dan terlalu seronok dengan dunia. Dunia ni ibaratnya setitis air dan akhirat itu seluas lautan. Carilah amal untuk menjadi bekalan ke negara abadi.
#10 Duit Tak berguna jika sakit
Segala apa yang dimiliki tak berguna jika kita sakit. Kemewahan, popularity, duit, rumah akan jadi sia-sia. Sementara sihat kena jaga kesihatan dan diri. Jangan culas untuk beli vitamin dan makan makanan berkhasiat.
#11 Solat berjemaah
Pastikan keluarga solat berjemaah, hidupkan amalan membaca AlQuran & hadith dan suami jalankan tanggugjawab sebagai imam dalam keluarga.
#12 Jadikan Nabi Muhammad sebagai Idola
Pantau anak-anak, terapkan kecintaan kepada Rasullullah kerana Baginda adalah sebaik-baik idola. Banyakkan perkongsian kisah Nabi dan sahabat.
#13 Sentiasa Bertaubat
Shuib pesan, “Sebesar-besar dosa kita buat, besar lagi pintu taubat Allah buka untuk kita”.
Jadi jangan malu dan takut untuk bertaubat. Tuhan suka hambaNya yang kembali kepadaNya.
Sungguh banyak perkara kita belajar di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. Pastinya kehilangan yang bakal dirasai semua orang. Kini, tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak tergalas di bahu sang suami.
Aku yakin Allahyarhamah dah berjuang habis-habisan melawan yang termampu. Semoga syurga tempatnya. Sungguh aku cemburu dengan pemergian Sarah, satu Malaysia berdoa untuk dia. Sesungguhnya dia ajar semua isteri untuk menjadi isteri sehebat dia.
Subahanallah..Jannah bagi arwah
BalasPadamBuat pedoman untuk kita semua
BalasPadam