Alhamdulillah, aku selamat dicucuk vaksin Sinovac dos pertama pada 14 Julai 2021 yang lepas bertempat di KL Convention Centre, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah pun mendapat suntikan vaksin lengkap.
Tak kisah apa jenis vaksin yang korang dapat, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha menjaga diri dan masyarakat serta menyekat penularan wabak yang merbahaya. So good job guys. Usaha dengan cara kita.
Kesan Vaksin Sinovac | Selepas Dicucuk Dos Pertama
Bila sebut tentang vaksin aku
agak emosi sebab sekarang tengah panas isu menolak vaksin, memilih vaksin dan
isu tak dapat lagi tarikh vaksin.
Benci betul tengok orang bergaduh
ni. Hormatilah pandangan setiap orang. Baik pilih untuk di vaksin atau pun tak vaksin. Hidup mereka.
Sebelum aku teruskan perkongsian tentang kesan vaksin Sinovac ke atas diri aku, let me share proses yang aku lalui sepanjang mendapatkan temujanji vaksin.
Ikut temujanji seterusnya yang
diberikan oleh doktor, dos kedua bakal aku terima ialah pada 4 Ogos depan.
Doakan eh.
Kronologi Temujanji Suntikan Vaksin Covid-19 Sinovac
Aku mendaftar vaksinasi di
aplikasi MySejahtera adalah pada 7 Mac 2021 dan kemudian dinyatakan layak untuk
terima vaksin pada 14 Julai 2021.
Sepanjang tempoh bulan Mac ke
Julai tu beberapa kali juga aku update info di MySejahtera termasuk lah pastikan
alamat aku keluar poskod & pengakuan jika mengandung.
Aku pernah baca, kalau tak keluar
poskod tu maksudnya masih tak lengkap maklumat untuk diproses sebab tu lambat
dapat tarikh temujanji. Wallahualam.
Cara vaksin berfungsi - baca sini
Langkah seterusnya hanya perlu
terima tarikh temujanji yang diberikan dan hadir ke PPV yang dinyatakan. Benda
wajib bawa ialah kad pengenalan dan telefon untuk akses MySejahtera.
Benda lain perlu di ambil kira
ialah pakai baju yang longgar, sanitizer, bawa pen sendiri, pakai double mask, minyak angin dan pastikan diri tak demam.
Senarai Vaksin Covid-19 Ditawarkan Di Malaysia
Ramai sedia maklum, rakyat
menerima pelbagai jenis vaksin yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. Setakat yang
aku faham, rakyat tidak dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 sebaliknya
bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksin.
Di Malaysia, terdapat lima jenis
vaksin yang tersedia iaitu;
• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran
Pfizer-BioNtech
• Vaksin Covid-19 viral vector
keluaran Astra Zeneka
• Vaksin Covid-19 inactivated
keluaran Sinovac
• Vaksin Covid-19 recombinant
viral vector keluaran Cansino
• Vaksin Covid-19 viral vector
keluaran Gamaleya
Rezeki aku ditakdirkan dicucuk
dengan Vaksin Sinovac / Coronac. Sehingga ke hari ini, penerima Vaksin Sinovac
harus melengkapkan dua dos suntikan iaitu di otot bahu. Dos kedua diberikan
dalam masa 14 – 28 hari daripada suntikan dos pertama.
Baca lebih di sini Penerangan Tentang Vaksin Sinovac
Nama vaksin: COVID-19 CoronaVac
Negara asal: China
Kandungan: Terdiri daripada virus
SARS-CoV-2 yang telah mati dan tidak aktif. Bahan-bahan lain adalah aluminium
hydroxide, disodium hydrogen phosphate, monosodium dihydrogen phosphate, sodium
chloride, sodium hydroxide, and water for injection.
Vaksin COVID-19 CoronaVac tidak
mengandungi alkohol dan bahan pengawet serta tidak diberikan kepada mereka
yang:
• Mempunyai sejarah alahan yang
teruk
• Sedang menjalani rawatan yang
melemahkan sistem imun badan
• Mempunyai penyakit saraf teruk
seperti Tranverse Myelitis, Guillian-Barre Syndrome, Demyelinating Disease
• Mempunyai penyakit kronik teruk
yang tidak terkawal
• Sedang mengandung atau
merancang untuk hamil
• Sedang menyusukan bayi
• Telah menerima vaksin COVID-19
daripada jenama yang lain
Kesan-Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama
Seperti yang kerajaan war-warkan
setiapa orang bakal mengalami kesan dan symptom yang berbeza-beza. Ada yang
bertuah langsung tak rasa apa-apa.
Untuk diri aku pula pada hari
pertama selepas disuntik: diri jadi letih dan tak bermaya. Tempat dicucuk
memang sakit dan otot jadi lenguh. Malam tu aku rasa mengantuk, lapar tapi
tiada selera nak makan.
Esok pagi aku bangun, badan
semakin segar dan aku jadi rajin nak masak. Teringin nak makan tapi tak
berselera.
Hari kedua aku diselubungi perasan
loya tapi tak muntah pun. Perasaan nak tidur dan melepek je. Tangan memang
terasa agak sakit untuk diangkat. Alhamdulillah, kesan vaksin tidaklah begitu
serius.
Sekarang aku masih pantau dan
paling penting kena jaga supaya tak demam. Harapnya keadaan baik-baik sahaja
sehingga complete dos kedua.
Kesan Vaksin Sinovac Kepada Pesakit Gout
Ini pula adalah pengalaman mak aku yang merupakan pesakit Gout, mild diabetes dan ada penyakit darah tinggi. Diabetes atau kencing manis emak aku masih terkawal cuma sakit Gout yang selalu dirisaukan.
Pantang silap makan, cuaca terlalu panas atau emosi terganggu pasti Gout menyerang. Setakat ini, faktor-faktor itulah yang menjadi punca mak akan diserang Gout.
Awalnya emak takut sangat nak terima suntikan vaksin, takut ada kesan teruk disebabkan mak termasuk dalam golongan high risk (Usia emas & penyakit). Selepas banyak sesi perbincangan, timbul kesedaran untuk pergi suntik vaksin.
Kami adik beradik sepakat tak mahu paksa emak. Memang kami risaukan kesihatan emak, tetapi tak mahu sampai memaksa dan buat mak terasa hati.
Apa yang berlaku pada mak selepas terima suntikan Sinovac ialah seperti yang dijangkakan Gout menyerang. Hari pertama mak masih baik, hari kedua dan seterusnya emak lemah badan dan dah start sakit badan.
Anggota biasa yang sakit ialah kaki, tangan dan lutut. Ikut rekod kesihatan emak, kalau pinggang dan peha mula sakit maksudnya perlu rujuk ke hospital. Itu ikut sejarah perubatan kesihatan emak.
Alhamdulillah, sakit tidak teruk tapi sakit tu berpanjangan. Lenguh dan sakit badan, kurang selera makan, rasa mengantuk dan badan seram sejuk.
Mak kembali okay beberapa hari sebelum tarikh suntikan vaksin dos kedua iaitu pada 15 Julai. Berat hati nak lepaskan mak terima suntikan kedua sebenarnya tetapi mak nampak yakin dan rela hati hendak di cucuk.
Syukur sangat, kesihatan emak tidak seteruk semasa menerima suntikan pertama. Mungkin mak lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Keadaan kesihatan emak masih kami pantau. Risau.
Pengalaman Terima Suntikan Vaksin
di PPV Kuala Lumpur Convention Centre
Bersyukur sangat urusan terima
suntikan di PPV Kuala Lumpur Convention Centre sangat smooth. Tak susah sebab
boleh terus parking di sana / KLCC dengan flat rate parking RM9. Jangan lah
parking merata di tengah bandaraya, kang kena towing naya je.
Nak ke hall sangat mudah sebab
ramai petugas termasuk RELA untuk tunjuk arah selain daripada signboard yang
ditampal besar. Sukarelawan pun mesra alam, kawasan luas, tak bersesak sebab
aku sampai pukul 5 lebih.
Sebelum disuntik, kena lalui
beberapa kaunter isi borang, penerangan dan juga pengakuan. Proses dia cepat
sangat, tak sempat nak panas bontot. Cuma last sebelum dapat kad vaksin je kena
tunggu sekurang-kurangnya 15 minit sebab nak monitor kesan selepas cucuk.
Doktor akan soal siasat tanya tentang sejarah kesihatan dan terangkan kesan selepas dicucuk. Dinasihatkan untuk makan Panadol jika demam. Kalau berlarutan melebihi tiga hari kena pergi ke Klinik untuk dapat rawatan lanjut.
Sehingga ke hari ni aku masih okay. Alhamdulillah.
Oooo.. saya pun dapat Sinovac gak.. simptom yang awak alami hampir sama dengan saya.. 1) ngantuk yang amat 2) lapar giler macam perasaan seminggu tak makan.. niepun pantau jgk kalu² demam..
BalasPadamalhamdulillah tahniah dah setel dos pertama. ada juga kesannya walaupun agak mild ye
BalasPadamAlhamdulillah.. saya dos pertama pun ok je.. dos kedua... aje gilaaa.. Takuttt!
BalasPadam