Bila tengok tarikh dah masuk ke pertengahan bulan Jun terus rasa bersalah sebab lambat gila aku kongsi cerita sambut birthday Raudah Sakinah ke lima tahun. Busy ke? tak, aku penat. Lol.
Mood tak datang jadi aku asyik duk tangguh buat.
Alhamdulillah syukur, 20 haribulan Mei lepas genap usia anak kedua aku, Raudah Sakinah yang ke lima tahun. Sambutan secara sederhana sebelum full lockdown hari tu.
Selamat Ulang Tahun Kelima Raudah Sakinah
Memandangkan dari awal birthday
girl dah request kek yang dia nak jadi kurang kerja aku nak survey kek
birthday. Raudah request nak potong kek Mermaid, tak pasti kartun apa dia
tengok sampai ngigau nak kek Ikan Duyung.
Boleh baca sambutan birthday dia tahun lepas di sini.
Seperti tahun lepas celebrate
dalam keadaan yang terkurung jadi sambut anak beranak sahajalah. Potong kek dan
bagi jiran sorang sikit, buat rasa.
Kek Birthday Jiha Bakery Wangsamaju
Masih lagi memilih Jiha Bakery,
baker yang setakat ni penuhi selera kami. Kedai pun dekat dengan rumah jadi on
sahajalah.
Sekejap je lima tahun berlalu.
Alhamdulillah untuk semua yang Allah aturkan. Raudah Sakinah membesar jadi anak
yang baik dan semoga berkekalan la hendaknya sehingga ke akhir usia.
Perkembangan dia setakat ni, di
usia lima tahun dia semakin bijak, agak matang dari segi emosi dan kuat
merajuk. Kalau sebelum ni dia lebih manja dengan abah dia, tapi rasanya dia dah
mula manja dengan aku.
Sebelum ni aku banyak tumpukan
perhatian pada adik dia, now adik dia dah besar so dapat lah aku layan Raudah
pula. Kalau sebelum ni aku perasan dia banyak menjeruk rasa, now lebih baik.
Sambutan birthday secara
kecil-kecilan. Beli kek dan mainan supaya anak-anak tak bosan dan stress duduk
di rumah.
Harapnya tahun depan kita boleh
celebrate dengan Wan dekat kampung pula ya kakak. Ada hari tu abah dia berborak
tanya dia pasal mati.
Abah: “Kakak, kalau abah dengan
mama mati kakak nak tinggal dengan siapa?”
Kakak: “Kakak nak tinggal dengan
Wan abah, nak pergi rumah Wan ikut kanan ke ikut kiri?”..
Abah: “Kenapa tak tinggal dengan
nenek?...
Kakak: “Nenek kan batuk, kakak
tak nak susahkan nenek”..
Begitulah pemikiran budak lima
tahun ya, apa dia fikir KL ke Pahang tu lima minit dah sampai. Alahai lah anak.
Bercakap tentang mati, aku dan suami akan sekerap mungkin untuk biasakan
bercakap pasal mati dengan anak-anak.
Mati tu pasti. Kami cuba terangkan
dengan cara paling ringkas yang semua kita ada ni sebenarnya Allah yang punya.
Untuk Raudah Sakinah,
Mama doakan kakak jadi anak yang
solehah. Semoga Allah panjangkan umur kamu, dikurniakan rezeki melimpah ruah,
dilapangkan hati menuntut ilmu, menjadi anak yang taat kepada Tuhan dan Ibu
Bapa serta diberi kesihatan yang baik.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.