Pertama kali mencuba Safi Shayla SUPA haircare kit terus jatuh suka. Bau dia yang SUPA wangi, SUPA lembut dan jadikan rambut SUPA ringan tu memang win habis.
Selalu sangat kita dengar orang yang bertudung ni susah betul nak jaga rambut. Silap langkah rambut boleh rosak dan berbau kepam.
SAFI SHAYLA SUPA Lembut SUPA Wangi SUPA Ringan Untuk Wanita Berhijab
Dengan cuaca yang panas lagi cepat kulit kepala berpeluh dan
menambah bau kurang enak.
Memahami masalah utama muslimah
yang berhijab, SAFI Shayla yang dikenali sebagai Pakar Penjagaan Rambut Hijab
telah melancarkan produk terbaru iaitu Safi Shayla SUPA haircare kit.
Safi Shayla SUPA Haircare Kit
Kalau nak tahu, Siri Safi Shayla
SUPA dilengkapi dengan Supa Smooth & Fragrant Shampoo dan Supa Smooth Leave
On Cream. Warna botol pink yang ceria dan menonjol melengkapi keperluan penjagaan
wanita muslimah.
Bagi aku yang sibuk dengan
aktiviti harian, memang sangat praktikal apabila Shayla memperkenalkan Supa
Smooth Leave On Cream yang tak perlu dibilas.
Gabungan Supa Smooth & Fragrant Shampoo dan Supa Smooth Leave On Cream berfungsi untuk menjadikan rambut sentiasa ringan, lembut, tidak kusut & berminyak, walaupun memakai tudung dalam tempoh yang lama dengan wangian yang bertahan sehingga 72 jam.
Review Set Safi Hijabista Bodycare
Safi Shayla SUPA haircare kit mengandungi
11x Lebih Nutrisi dengan gabungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien:
- Sunflower Oil
- Argan Oil
- Olive Fruit Oil
- Avocado Oil
- Soybean Oil
- Chamomile Oil
- Lavender Oil
- Jojoba Oil
- Rosemary Leaf Oil
- Sweet Almond Oil
- Macadamia Oil
SAFI SHAYLA Supa Smooth &
Fragrant Shampo
SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrant Shampo tersedia di dalam dua saiz iaitu 320g atau 640g. Gabungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien memberikan kelembutan dan menjadikan rambut lebih ringan, lebih halus, tidak berminyak serta lebih terurus dengan wangian yang bertahan sehingga 72 jam.
SUPA Leave On Cream
SUPA Leave On Cream tersedia
dalam saiz 120ml. Babungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien membantu
rambut keriting menjadi lebih lembut, licin, mudah diurus dan semula jadi.
Terbukti wangian tahan lama
sehingga 72 * jam berdasarkan ujian makmal yang dijalankan. Cara penggunaan pun
mudah sahaja. Untuk dapatkan hasil yang baik, picitkan sedikit cream di tapak tangan
kemudian sapu rata di keseluruhan rambut.
Lebih menyenangkan ianya tidak perlu dibilas. Mudah sangat. Wangi pula tu.
Peraduan Whatsapp & Menang Vespa SAFI SHAYLA SUPA
Jangan ketinggalan untuk turut
serta dalam peraduan SAFI SHAYLA SUPA dan menang hadiah utama; Supa Pink Vespa
yang bernilai RM17,000 dan hadiah wang tunai mingguan hingga RM1,000 kepada
pengguna bertuah.
Caranya mudah sahaja, iaitu
dengan menyertai Peraduan Whatsapp & Menang Vespa yang diadakan di seluruh
negara bermula 1 Julai - 31 Julai 2021, dengan syarat minimum RM15 pembelian
mana-mana produk SAFI Shayla SUPA.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai produk: SAFI Malaysia (@safimalaysia)
Nampak mcm best syampo safi ni. Banyak review kata best
BalasPadam