Jenama Ramly memang selalu jadi pilihan aku terutama kalau membeli makanan frozen. Punya la gembira terjumpa sate ayam frozen jenama Ramly.
Memandangkan tempoh lockdown yang masih tak nampak penghujungnya jadi aktiviti menambah stock makanan menjadi agak meriah.
Untuk ibu bapa yang tak setuju anak-anak diberi makanan frozen/process food aku susun jari ampun maaf ya. Dekat rumah makanan macam ni adalah back up food kalau bosan makan makanan ruji.
Food Review – Sate Ayam Frozen Ramly Burger
Bila bosan mula lah mencari
makanan, anak-anak pula semakin membesar lagi macam-macam selera masing-masing.
Kami selalu beli barang keperluan di Aeon Big dan dalam tu ada kiosk Ramly
Burger.
Alang-alang shopping barang rumah
memang tak sah kalau kaki tak jejak kiosk Ramly. Apa yang bestnya kalau sebelum
ni dia menjual makanan sahaja tapi sekarang Ramly Burger dah melangkah setapak
ke hadapan, which is aku rasa patutnya dia dah buat dari dulu lagi iaitu
menjual makanan frozen jenama Ramly di bawah satu bumbung.
Aku tahu pun secara kebetulan sebab nak tapau lunch. Nasi Ayam Roasted memang jadi kegemaran kami satu keluarga. Susah nak explain kenapa tapi kena sangat dengan tekak aku.
Aneka Frozen Food Ramly Burger Di Bawah Satu Bumbung
Untuk kiosk Ramly Burger dalam Aeon
Big ni pilihan frozen food dia tidak la meriah mana tapi mencukupi. Aku tak
pasti kiosk lain.
Selalu kita jumpa dekat pasaraya
lain seperti daging burger, nugget, fries, daging cincang. Dekat sini ada lamb
frozen, sate daging dan ayam, pastry (curry puff) dan paling aku suka Griddies
fries.
Dari segi harga, aku rasa kualiti
dan harga produk Ramly adalah mampu milik. Tidak lah over charge. Peminat
jenama Ramly mesti dapat beza dengan jenama lain yang ada di pasaran.
Beli Sate Ayam Frozen
Sate paling sedap aku pernahmakan ialah dekat Willy Sate. Memang tak boleh lawan la rasa sate yang dibakar
dengan arang dan fresh depan mata.
Sate Samuri yang kami selalu beli
macam dah kurang kick, presentation pun bersepah. Kecewa sangat sampai sekarang
kami tak beli dah sate Samuri.
Suami memang big fan of sate,
bila nampak Ramly ada Sate frozen laju jelah nak cuba. Sedap weh. Sate
disertakan sekali dengan kuah kacang. Pon sedap, rasa pedas manis.
Paling penting banyak isi dan
susah nak jumpa bahagian kulit. Nikmat weh. Balik tu kami defrost then bakar
dalam oven.
Sign Up Member Card Ramly Burger
Sewaktu kami beli, staff dekat
situ sempat terangkan kelebihan kalau sign up member card Ramly Burger boleh
dapat diskaun setiap item.
Beza dalam lima puluh sen macam
tu, bergantung item yang dibeli. Terus sign up dengan bayaran hanya RM5
setahun.
Semoga Ramly Burger kekal caj
ahli dengan bayaran yang murah hendaknya.
Untuk belian kali pertama aku
beli sate ayam, karipap ayam dan juga Ramly Griddies Fries. Next time nak cuba sate
daging dan juga lamb dia pula.
Kalau ditanya adakah berbaloi
beli barangan dekat kiosk Ramly Burger? Semestinya jawapan aku adalah sangat
berbaloi. Dapat diskaun, lebih banyak pilihan.
Untuk ibu-ibu sibuk, yang susah
hati tak tahu nak masak apa boleh consider shopping di Ramly Burger. Aku nak
tunggu dia buat online delivery pula.
Bayangkan betapa mudahnya tugas ibu kalau dia dapat offer penghantaran ke muka pintu. Mesti best.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.