Kecoh kan sekarang tentang kejadian tertukar bayi di hospital yang berlaku kepada Puan Siti Jamumall dan Puan Diana. Ingatkan perkara tertukar anak ni berlaku dalam drama sahaja.
Itu apa yang selalu aku fikir dulu, tak mungkin kecuaian macam tu boleh berlaku. Tapi bila kejadian sama berlaku pada diri sendiri lima tahun lepas, aku boleh relate apa ibu-ibu terlibat ni rasa.
Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital
Puan Siti Jamumall ni aku kenal
sewaktu aku tulis artikel mengenai adik beliau pada tahun 2019. Menariknya adik
beliau merupakan orang kelainan upaya tetapi dikenali sebagai usahawan berjaya.
Boleh google tentang ‘Nizam tiga
jari’. Boleh baca kisah inspirasi dekat
sini Kisah Usahawan OKU Berjaya
Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi
Berbalik kepada tajuk di atas,
aku sempat merasa pengalaman tertukar anak sendiri waktu melahirkan anak kedua
di sebuah hospital swasta.
Mujurlah aku bukan artis atau
golongan yang dikenali, kalau tak mesti netizen kecam aku sibuk nak buat live sampai
anak sendiri tak cam, sama macam apa yang berlaku kepada Puan Siti.
Budaya cyber bully, kecam
mengecam ni serius kena stop la wahai rakyat Malaysia. Tak baik judge orang sedangkan
kita tak tahu kehidupan dia yang sebenar.
Pengalaman aku pula lebih kurang sama
cuma tempoh aku sedar bayi tu bukan anak aku berlangsung dalam 10 – 15 minit
macam tu.
Sekadar throwback, aku bersalin
normal dan selesai urusan melahirkan anak kemudian aku dimasukkan ke wad. Memang
suami tempah bilik seorang untuk keselesaan kami.
Waktu mendaftar masuk hospital,
nurse dah minta baju, pampers & selimut bayi awal-awal supaya senang bila
anak lahir je nurse akan pakaikan baju sebelum diserahkan kepada ibu bapa.
Aku ingat lagi baju yang aku
siapkan dalam bag bersalin ialah baju belang Kuda Belang.
Apa yang berlaku pada kami ialah waktu nurse serahkan anak aku
tengah berehat setelah penat meneran. Walaupun penat aku tak sabar nak jumpa
dan susukan anak.
Nurse Mohon Maaf Tertukar Bayi
Dalam keadaan yang penat selepas bertarung nyawa memang kita
harapkan dan letak kepercayaan sepenuhnya kepada pihak hospital.
Moment pegang anak kali pertama tu sangat-sangat berharga. Lepas
nurse keluar bilik perkara pertama kami buat adalah cium dan belek anak.
Laju je ambil handphone nak rakam memori indah tu.
Waktu ni bayi kemas berbalut dan dibedung. Hanya nampak muka
sahaja. Masa pegang bayi yang disangkakan anak sendiri waktu tu memang terasa
lain sangat tapi cepat-cepat tepis perasaan tak sedap hati tu.
Hilang rasa sakit meneran waktu bersalin bila nampak anak
depan mata. Perasaan sayang tu kalau boleh digambarkan macam seluas lautan lah.
Tapi masa ni kami dah mula pelik, hidung bayi tu mancung
sedangkan hidung kami biasa-biasa je. Hidung Melayu. Ahaks.
Lagi satu bayi ni berkulit cerah dan banyak bulu pada jari
dan bahagian muka. Perkara paling best dapat cium jari jemari baby. Terapi sungguh
bau bayi baru lahir.
Sayang punya pasal, segala ‘kelainan’ pada bayi aku tolak
tepi. Sambil peluk erat sambil tu mulut aku bercakap-cakap dengan bayi.
“hey awak anak siapa ye?” dalam nada berseloroh.
Elok kami tengah bercakap-cakap dengan anak, nurse masuk dan
sampaikan berita tertukar bayi.
Mata aku automatik pandang baju yang nurse pakaikan pada
bayi. Bukan baju Kuda Belang yang aku bekalkan tu. Nurse minta maaf atas
kemalangan yang tidak disengajakan.
Mulut terus laju tanya mana anak aku?
Nasib lah waktu tu aku belum sempat susukan bayi tu lagi.
Dijadikan cerita rupa-rupanya bayi yang diserahkan pada kami
tu emak dia masih belum sedarkan diri (mak dia bersalin caeser).
Reaksi kami masa tu kosong sangat, semestinya kami blur. Belum
hilang penat terkejar-kejar uruskan hal bersalin tiba-tiba kejadian macam ni berlaku.
Jadi aku faham sangat bila Puan Siti & keluarga lambat
sedar tertukar anak. Lepas bersalin dalam otak hanya fikir nak balik dan
berehat.
Nak pula bersalin di zaman Covid ni, prosedur dia lebih
panjang berbanding waktu normal dahulu. Pasti lebih penat.
Untuk kes aku, kami decide tak ambil tindakan lanjut. Nurse pun
banyak kali minta maaf, sebelum keluar hospital banyak kali aku minta nurse
pastikan kami tak tersalah ambil anak orang.
Bagi kes Puan Siti khabarnya dia nak ambil tindakan
undang-undang. Kalau itu pilihan dia terpulanglah kan. Sekurang-kurangnya ianya
akan jadi iktibar kepada pihak hospital supaya lebih berhati-hati di masa
hadapan.
Taktau nak komen apa bab ini cuma semoga ianya menjadi peringatan dan iktibar buat kita semua
BalasPadam