Kempen Kibarkan Bendera Putih Tanda Perlukan Bantuan

Tengah trending sekarang kempen bendera putih yang giat dijalankan di serata media sosial seperti Facebook dan juga Twitter. Realitinya Malaysia dah sampai ke tahap sekarang bagi aku memang menyedihkan. 


Kempen Kibarkan Bendera Putih Tanda Perlukan Bantuan

Menurut perkongsian saudara Ridhuan Esa di Facebook, fenomena "BENDERA PUTIH" boleh ditafsirkan kepada dua keadaan iaitu: 

1. Gantung bendera putih atas rasa empati dengan bersolidariti kepada individu yang terkesan dengan keadaan semasa menghadapi pandemik COVID-19

2. Gantung bendera putih bagi menarik perhatian kepada masyarakat sekeliling bahawa individu atau keluarga memerlukan bantuan.

Ikut pemerhatian, ramai yang menyokong kempen bendera putih dijadikan cara untuk memberitahu jiran dan masyarakat bahawa individu tersebut memerlukan bantuan. 




Kibarkan Bendera Putih Tanda Minta Bantuan

Kurang pasti siapa yang memulakan trend kibarkan #benderaputih di rumah tetapi aku rasa ianya idea yang bijak supaya orang sekeliling alert dengan jiran tetangga yang dalam kesusahan. 

Hanya perlu naikkan bendera putih di rumah masing-masing jika anda memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. 

Tidak perlu merayu, tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih sebagai tanda anda perlu dibantu. 

Suka dengan ayat ni, "#BenderaPutih bukan bererti kalah, tapi jalan terakhir sebelum rebah"

Jumlah bantuan yang dihulurkan juga tidak menjadi isu, asalkan niat utama nak membantu terlaksana. Cuma berharap sangat jangan ada yang ambil kesempatan. 

Sedih sangat baca kes bunuh diri yang semakin hari bertambah angka bilangan.  Betapa kuatnya kesan tekanan hidup akibat pandemik. 




Tak dibenarkan bekerja, tiada pendapatan, hutang yang tak pernah selesai, tanggungjawab keluarga dan banyak lagi. 

Inilah masanya kita lakukan tanggungjawab kita. Kita jaga kita. Tak kan kita nak biarkan jiran kita kelaparan. 

Berdoa sangat masyarakat dan kerajaan tak ambil remeh tentang apa yang berlaku sekarang. Tolong jangan perlekehkan kalau ada yang menangis, mengadu sedang tertekan. Jangan sekali-kali perkecilkan. 

Kasut setiap orang pasti berbeza saiznya. Nasib orang tak pernah sama. Sebelum ni aku pernah terbaca di posting Instagram seorang selebriti tentang berita Lockdown bakal disambung. 

Betapa ramai yang meluahkan yang duit simpanan semakin susut, bekalan makanan juga habis, masih tidak dibenarkan keluar bekerja, dan yang ada anak kecil amat perlukan bantuan susu dan pampers. 

Luluh hati bila baca. 

Jom sama-sama doa semoga kita kuat, tabah menjalani dugaan yang Tuhan berikan. Semoga Covid cepat pergi dari muka bumi. 

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.