Anak-anak paling teruja nak sambut Raya. Walaupun beza sangat Raya dengan tahun-tahun sebelum ni, aku bersyukur Raya kami masih cukup segalanya.
Sambut Raya PKP 3.0 Norma Baru 2021
Persediaan tahun ni sambut Raya
pun boleh tahan sibuknya. Sengaja aku penatkan diri supaya tak terasa sangat
rindu dekat mak.
Kenangan Raya Tahun 2020 - First tak balik beraya di kampung
Oleh sebab SOP Raya tak
dibenarkan menziarah, tak boleh keluar walaupun ke kubur, Jemaah solat Raya pon
50 orang di KL jadi memang kami memerap di rumah sajalah.
Terbayang kalau didenda, kena
bayar RM 5,000 seorang. Hoi baik aku simpan duit tu beli emas.
Persediaan Nak Sambut Raya
Pertama kali kami cat rumah sejak
kami tinggal di rumah sekarang. Lima tahun sudah, waktu awal-awal pindah kami
kurang berkenan dengan cat warna pilihan tuan rumah jadi kami pasang wallpaper
kegemaran.
Ruang tamu dan bilik semua kami
pasang wallpaper. Jadi tahun ni kami sepakat cat rumah dengan warna biru. Warna
pilihan ialah Industry Blue – Jotun. Memang
tepat pilihan sebab terasa aman je hidup.
In Sha Allah bab cat rumah aku
buat entry khas kemudian.
Selain cat kami sempat shopping
tukar langsir, tahun ni semua kuih raya adalah kuih tunjuk. Mood nak buat
biskut hilang. Sehari sebelum puasa sempat ajak suami beli lantai vinyl dekat
kedai Eco. Pasang pun last minute dan aku puas hati.
Pasang pun di bahagian dapur
sahaja sebab aku bosan dengan lantai sedia ada. Berjuta-juta lemon terima kasih
untuk suami sebab dia sanggup melayan.
Selain tu aku masak menu di pagi
Raya ialah Resepi kuah kacang Azlina Ina, Rendang daging Faiza, beli ketupat palas
dan rebus nasi impit plastik aiskrim.
Rutin Raya PKP 3.0 di Google Meeting
Dua hari sebelum habis puasa,
kakak aku cadangkan untuk buat Google Meet dia pagi Raya. Masa malam raya di
kala orang sibuk masak rendang aku pula sibuk buat rehearsal call semua adik
beradik.
Seperti biasa, aku biasanya
dilantik untuk handle perkara-perkara begini. Hampir tiga jam aku bantu anak
saudara di kampung sebab ada masalah dengan Chrome. Microfont automatic turn
off bila buat gmeet.
Terpaling penting anak saudara
kat kampung sebab mak ada kat kampung. Nak buat gmeet di telefon tak syok sebab
tak nampak semua orang dalam satu screen.
Acara dimulakan dengan sesi
bermaafan dan ucapan anak-anak yang beraya di perantauan. Sepuluh orang adik
beradik jadi memang lama lah, termasuklah menantu juga buat permohonan maaf. Belum
campur anak cucu tak sabar nak menyampuk nak bercakap.
Riuh weh.
Alhamdulillah all went well.
Paling kelakar, semua ayat sama je.
“Mak..nak balik kampung. Nak cium
mak, nak sambut Raya dengan mak”
Disulami dengan teriakan. Banjir weh
banjir.
Mak macam biasa, tahan sedih. Tahan
air mata tak bagi keluar. Syukur sangat ada keluarga abang yang jaga mak dekat
kampung. Atleast mak tak sorang-sorang.
Lepas habis sesi gmeet, tutup
laptop dan makan juadah raya. Sambil tengok TV. Walaupun mood lari teruk tapi
hati anak-anak kena jaga.
Sambung sesi bermaafan dengan
suami dan anak-anak. Sebelah malam pula acara pemberian duit Raya untuk
anak-anak.
Itu sahaja cerita Raya 2021 kami
sekeluarga. Saja coretkan dekat blog supaya boleh baca di lain masa. Masa yang
lepas memang kita tak dapat nak ulang semula.
Selamat Hari Raya semua.
salam aidilfitri maaf zahir batin.. sayu rasa raya PKP tapi insyallah semua adalah untuk kebaikan kita bersama. stay safe ya..
BalasPadamjemput join GA di blog
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html