Resepi Kuah Kacang 4 Bahan

Selain rendang, kuah kacang nasi impit adalah menu wajib kena ada atas meja di hari raya. Kalau Tak ada kuah kacang memang tak lengkap hari Raya bagi aku. 

Semestinya kuah kacang yang emak buat lah yang terpaling sedap.

Dulu kalau Raya memang mak la yang masak, kami adik beradik akan sediakan bahan-bahan, sebab nak makanan rasa air tangan mak. Tu paling mahal tu.

Sejak Raya di rumah sendiri ni memang belajar sendiri ajelah. Boleh je nak tempah dengan orang tapi memandangkan aku takut kecewa tak sedap maka gigihkan diri belajar masak.


Resepi Kuah Kacang 4 Bahan

Kalau google memang banyak gila resepi kuah kacang. Tahun lepas aku dah cuba resepi kuah kacang 4 Bahan ni. Sesuai untuk beginner. Sila cuba.

Resepi Kuah Kacang Mak Mentua

Boleh masak kuah kacang awal-awal dan kemudian frozenkan je. Nak makan panaskan. Jimat masa dan tenaga.

Resepi mak guna udang kering dan serai. Resepi bawah ni sempoi tak payah letak pun. Tapi kalau tak sempat masak boleh beli Kuah Kacang Jenama Adabi atau Kuah Kacang Jenama JM yang dapat banyak review kata sedap.

Resepi Rendang Daging Perencah Faiza

 



Resepi Kuah Kacang Simple 4 Bahan

Bawang Besar 3-5 biji di hiris

Cili Kering Segenggam direbus dan blend

1 Cawan Kacang Tanah yang di sangai (Goreng tanpa minyak) dan blend jangan terlalu hancur.

Gula Melaka 1 ketul besar

 

Cara-Caranya ialah:

Panaskan minyak masak dan masukkan bawang besar. Tumis sehingga naik bau.

Bila bawang dah kekuningan masukkan pula cili blend dan tumis sampai naik minyak.

Kemudian masukkan kacang, gaulkan.

Biar mendidih, kemudian masukkan air ke dalam blender sampai penuh masukkan pula kedalam periuk.

Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan pula gula melaka yang dipotong kecil supaya mudah larut.

Akhir sekali perasakan dengan garam.

Tambah gula jika masih belum cukup manis. Teringat makan kuah kacang makan dengan sate Willy 

Kalau kuah cair biarkan mendidih dan kacau sehingga mencapai kepekatan yang kita nak.  

Kuah kacang akan jadi pekat lepas sejuk jadi agak-agak je kepekatan dia tu.




Oleh sebab tahun lepas dah guna resepi kuah kacang 4 bahan jadi tahun ni aku nak follow resepi Kuah Kacang Azlina Ina pula.

Resepi dia ada masukkan lengkuas dan santan. Jadi nak cuba kot lagi sedap. Korang boleh cuba juga ikut je resepi di bawah:


Resepi Kuah Kacang Paling Sedap

 

💞 500g kacang disangai atau digoreng dan ditumbuk kasar2*

💞 3biji bawang merah besar*

💞 1inci halia*

💞 1inci lengkuas*

💞 4 batang serai di hiris kasar*

💞 1senduk cili blender( dalam 25 tangkai atau ikut pedas korg nak siap rebus dan di blender ye)

💞 1 mangkuk santan pekat/1 kotak mns atau kara

💞 1 mangkuk air

💞 Gula melaka/ gula kabung ikut kemanisan korg suka ( kalau Takda gula biasa pon boleh tapi tak kick)

💞 garam secukup rasa,serta msg kalau nak

💞 Minyak untuk menumis

cara

💚Blender semua bahan-bahan *

.

Caranya seterus nya

💚 Panaskan minyak tumis semua bahan blander dan cili mesin sampai garing. Slow je api ye.siap sedia la dgn tudung periuk kot2 takut tepercik sambal

bila dah naik minyak boleh masukkan air dan santan kacau sebentar

Masukkan kacang masak dengan api perlahan. 

Kuah biar cair sikit sebab kita nak masak perlahan perlahan smpai pecah minyak

Masukkan gula melaka dan garam ( selalunya kuah kacang ni rasanya manis sikit tapi ikut citarasa masing-masing ye kira macam kuah satay tu)

Setelah pecah minyak dan kuah pekat tutup api



Jumpa Kuah Kacang Segera ni dekat AeonBig tapi tak terbuka hati nak beli. Next kalau banyak review kata sedap boleh lah cuba. Lepas raya pun on aje. 

Sediakan Nasi Impit Buat Sendiri guna Plastik Aiskrim

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.