Kalau dulu, orang selalu fikir
TikTok adalah tempat orang menari gelek je, orang kata tempat menambah dosa.
Pendek kata persepsi negatif semua ada lah.
Sebenarnya paling utama adalah bagaimana diri kita menggunakan platform media sosial.
Kenapa Orang Business Kena Guna Platform Tiktok?
Analogi mudah boleh aku share ialah pisau. Pisau kalau kita guna untuk kebaikkan semestinya dapat mudahkan kerja di dapur.
Tapi apa akan berlaku kalau kita salah guna pisau? Boleh ragut nyawa orang okey. Tapi itu pendapat aku, korang lebih kenal diri sendiri. Orang Business Boleh Buat Duit Di TikTok
#1 Buat Duit, Tunjuk Bakat, Kongsi Ilmu
& Pengalaman
Sehinggalah platform TikTok mula
mendapat tempat di hati ‘Content Creator’ Malaysia. Sebenarnya selain menjadi
tempat berhibur, TikTok merupakan platform yang sarat dengan ilmu.
Sekarang pula dah boleh buat duit di TikTok lagi lah seronok. Boleh jadi Guru TikTok ataupun jadi affiliate.
Pengguna TikTok menjadikan TikTok sebagai medan mencurahkan idea kreatif, ilmu dan juga pengalaman business memandangkan TikTok sangat menjaga peraturan yang ditetapkan mereka. Memang no hard selling ya atau anda akan di senarai hitam selamanya.
#2 Bina Personal Branding
Seperti mana-mana platform media
sosial lain, anda perlu patuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. Jangan
terlalu hard selling sebaliknya cuba untuk bina personal branding di sana.
Orang business pasti sedar akan
kepentingan untuk membina personal branding. Komuniti TikTok sangat-sangat
positif jadi proses untuk membina personal branding menjadi lebih mudah.
Bina personal branding untuk
kenalkan diri kepada orang ramai, untuk wujudkan trust. So kena fokus personal
branding dulu. Lepas tu baru senang nak menjual.
#3 Mudah Dikenali
Tapi kenapa TikTok dan bukan sosial media yang lain? Kalau
nak tahu dekat platform TikTok lah paling mudah nak naik dan dikenali dengan
syarat orang business kena bijak ambil peluang.
Buat video santai, buat video sharing secara kreatif in sha
Allah orang suka dan mudah dapat follower.
#4 Bina Network
Selain sebab-sebab aku nyatakan dekat atas, dekat TikTok
juga bagus untuk bina network dan jumpa kawan baru. Dekat sana semua orang
supportive, dan jarang sangat aku jumpa orang kondem orang lain.
#5 Tak Pilih Bulu
Terpaling aku suka, aku jumpa ramai gila orang kelainan
upaya yang cemerlang di TikTok. Pendek kata TikTok ni tak sikti pun diskriminasi
atau pilih bulu. As long as orang share content yang ada value mesti boleh
grow.
Sebagai contoh ada yang cacat anggota badan, yang cedera dan
cacat akibat kemalangan, yang menghidap penyakit kronik dan banyak lagi
kekurangan lah.
Tapi yang hebatnya, mereka yang kelainan upaya ni terpaling
sporting dan banyak bagi motivasi dekat orang lain. Mereka pon sporting dan tak
buat video untuk raih simpati.
Kesimpulan
Aku kongsikan salah satu point yang aku dengar dan masih
segar dekat ingatan waktu aku join kelas online TikTok tentang personal
branding. Simple je speaker tu cakap, aktiviti marketing dan personal branding adalah
dua perkara yang sama pentingnya.
Marketing untuk create awareness tentang produk dan generate
sale, manakala personal branding pula adalah bertujuan untuk sustainkan
business.
Betul, SA setuju dengan pendapat Rodiah. Platform Tik Tok ni kalau digunakan sewajarnya memang akan buat tambah pendapatan.
BalasPadamBetul tue . Sebenarnya semua laman media sosial boleh buat sale marketing . Suma kena pandai cari yg mana paling dekat dengan pelanggan
BalasPadam