Kejadian Kemalangan LRT Kelana Jaya Bertembung

Rasa nak gugur jantung lepas baca berita kemalangan LRT laluan Kelana Jaya bertembung pada pukul 8.30malam tadi. Ramai pula tu mangsa terlibat. 

Tak terbayang ketakutan tu. Kemalangan pertama kali berlaku sepanjang aku hidup dan juga pertama kali dalam sejarah LRT beroperasi di Malaysia. 

Mengikit laporan berita Astro Awani, sejumlah 166 orang penumpang cedera ringan dan 47 orang disahkan cedera parah. 

Aku sempat baca comment di Facebook Oh Media, daripada 47 yang cedera parah tu ada 15 orang penumpang yang kritikal.


Kejadian Kemalangan LRT Kelana Jaya Bertembung

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Firman Allah SWT;

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah: 286

Ikut laporan berita yang aku baca, kejadian berlaku akibat pertembungan tren dari Stesen Kg Baru dan Stesen KLCC. 

Tren dari Gombak adalah automatik dan mengalami masalah teknikal. Tren dari Kg Baru tu adalah tren kosong.

Setakat ni punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis. Berat ujian kami Ya Allah. Sayu hati rasa. Tatkala kita sedang diuji dengan angka kematian Covid yang semakin tinggi, kita di uji lagi dengan berita kemalangan ini. 




Laluan LRT Kelana Jaya Laluan Ke Tempat Kerja

Dapat aku bayangkan rasa cemas dan takutnya bila berada dalam tren dan berlaku kemalangan. Tiga tahun lepas itu lah rutin harian aku. 

Pagi petang berebut naik tren ke tempat kerja. Dah jadi pengangkutan utama. Risau hati. Suami aku juga menaikki tren sebagai pengangkutan ke tempat kerja. 

Rezeki Tuhan aturkan, hari berlaku kemalangan merupakan giliran dia bekerja dari rumah, jadi tak perlu ke pejabat. Esok giliran dia ke office aku tiba-tiba jadi takut nak biar dia naik tren.

Tapi kemalangan tu boleh berlaku di mana-mana kan?





Pengalaman Kemalangan Tren Berhenti Mengejut

Aku sendiri dah banyak kali alami pengalaman tren berhenti secara mengejut. Masa tu ada penumpang yang terpelanting, ada yang terduduk jatuh dan paling aku ingat aku pernah terperangkap dalam kemalangan kecil tren berhenti mengejut.

Tapi masa tu tidak lah serius seperti kejadian malam ni. Tren terpaksa berhenti dan pintu dibuka secara manual. Waktu tu kejadian berlaku di stesen KLCC.

Merangkak lah kami penumpang keluar sebab tren berhenti dekat terowong di tengah-tengah landasan. Masa tu tiada yang serius, Cuma cuak tu tak boleh nak cakap lah.




Sudah menjadi tabiat, apabila menaiki tren memang tak lupa akan baca doa naik kenderaan dan ayat Qursi. Kejadian kemalangan sehingga melibatkan kecederaan aku selalu bayangkan berlaku dalam cerita drama je.

Terbayang kalau kaca tren tu pecah dan terkena tubuh badan. Kalau terhantuk di besi dan tempat duduk alangkah ngerinya. Katanya salah seorang mangsa merupakan ibu mengandung. Allahuakbar.

Semoga semua penumpang yang teribat diberi kekuatan untuk menempuh ujian yang Allah beri. Diangkat kesakitan mereka dan diberi kesembuhan. 

Ulasan