5 Rahsia Menjalani Kehidupan Yang Lebih Bahagia

Semua orang mendambakan kehidupan yang bahagia dan tenang, tapi bukan semua orang tahu cara untuk capai kebahagiaan dan ketenangan tu.

Aku kongsikan 5 rahsia untuk menjalani kehidupan supaya lebih bahagia yang aku dapat dari Simon Sinek. Salah seorang motivation speaker yang aku suka. Perkara no 4 dan 5 sangat berguna jika anda seorang ketua.


5 Rahsia Hidup Lebih Bahagia 

Apa perlu korang buat? Baca dan hadamkan. Bila faham, proses mencapai bahagia tu jadi lebih mudah. Kita sama-sama buat.


#1 Kejar Perkara Yang Anda Mahukan

Pasti korang ada perkara yang korang nak sangat buat, nak sangat capai tapi belum terlaksana. Apa kata korang mula fikirkan dan susun langkah untuk capai perkara yang korang nak. Buat cepat sebelum terlambat.


#2 Bertanggungjawab Atas Tindakan Anda

Setiap tindakan yang kita ambil pasti ada kesan, tak kisah kesan baik mahupun buruk. Siap sediakan diri untuk bertanggungjawab atas tindakan yang kita buat. Kena faham, kalau kita sanggup terima pujian kita juga kena bersedia untuk terima kecaman atas kesalahan.



#3 Ambil Berat Antara Satu Sama Lain

Hidup kita bukan semata-mata tentang diri kita. Di sekeliling kita ada keluarga, jiran, masyarakat & negara. Lebih banyak kita memberi lebih banyak kita bakal menerima. 




#4 Latih Diri Menjadi Yang Terakhir Bercakap

Latih diri bukan sahaja untuk mendengar tetapi belajar menjadi yang terakhir untuk bercakap. Bila berada dalam situasi perbincangan, kita cenderung untuk bercakap dan memberi arahan. 

Tak kisah situasi kita di pejabat sebagai ketua atau di rumah sebagai ibu bapa.

Latih diri bukan sahaja untuk dengar pendapat orang lain tapi latih diri menjadi yang terakhir untuk bercakap. Banyak manfaat bakal kita dapat.


#5 Semua Perkara Adalah Bersifat Sementara

Adat hidup di dunia, apabila kita berada di atas orang akan layan kita setimpal dengan pangkat yang kita pegang, jawatan yang kita sandang. Orang layan kita setimpal dengan kedudukan kita.

Jadi jangan pelik jika tak dapat keistimewaan yang serupa jika kita bukan berada di pangkat yang sama. Semua layanan tu adalah untuk ‘pangkat’ yang kita sandang bukan kerana diri kita.  


Kesimpulan 

Dalam kelima-lima point yang aku kongsi di atas, point nombor satu adalah perkara yang aku sedang gigih usahakan. Aku tengah usahakan untuk kejar dan buat perkara yang aku suka iaitu berkongsi manfaat.

Aku sedar aku ada platform untuk sebarkan manfaat, aku sedar aku ada kemahiran yang Tuhan kurniakan, dan aku sedar kekuatan aku dekat mana jadi sebelum aku pejam mata aku cuba kutip sebanyak mana pahala untuk cerahkan kubur aku.

Aku doakan yang membaca artikel ni sampai habis dimudahkan urusan capai apa yang dihajati dalam hidup, dimudahkan urusan dalam kehidupan, menjalani kehidupan yang bahagia dan diredhai Tuhan.

Ulasan