Aku bukanlah tak minat tapi oleh
disebabkan sate ni dikategorikan sebagai makanan kayangan waktu aku kecil, jadi
peluang nak makan sate tu memang jarang berlaku.
Dengan bilangan ahli keluarga
yang ramai, sate akan dibeli pada hari istimewa sahaja atau kami akan dapat makan
bila beraya rumah saudara mara.
Food Review – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang
Lah cerita sedih pulak kan. Tapi
pengalaman hidup yang susah menjadikan aku menghargai setiap kesenangan yang
aku dapat sekarang. Alhamdulillah.
Sate Willy Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang
En Suami la yang ajak ke Willy
Satay. Rupa-rupanya Willy Satay ni sebahagian daripada Ramal Junction Food
Court. Pertama kali juga jejakkan kaki ke sini jadi aku rambang mata sebab
banyak sangat gerai yang sedap-sedap.
Suami tetap dengan pendirian dia nak mencuba Willy Satay jadi aku beli Nasi Goreng Kambing dari gerai Air Buah Gelas Besar. Woi sedap Nasi Goreng Kambing dia.
Kalau sampai ke Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang boleh buat bergaduh tau. Konsep dekat sana, pilih makanan apa yang korang nak, buat pesanan dan buat bayaran. Lepas tu jangan lupa beri no meja korang. Siap makanan nanti dia hantar ke meja.
Aku order nasi goreng kambing yang dalam dia ada ketulan daging kambing. Besar-besar pula tu tak kedekut. Harga sepinggan ni RM8. Ok la berbaloi.
Terlalu banyak makanan untuk dicuba tapi perut ada satu. Ahaks. Next time plan nak repeat bawa anak-anak pula. Meriah ya orang kajang makan. Beruntung betul boleh makan macam-macam dekat situ.
Sate Samuri VS Willy Satay
Ini ikut kesedapan tekak aku ya,
jangan kata aku berat sebelah pula. Restoran Sate Samuri paling dekat dengan
rumah aku adalah di cawangan Taman Melati jadi boleh dikatakan agak kerap aku
makan Sate Samuri.
Sate Ramly Burger pun boleh tahan rasa dia.
Dulu punya cerita, Sate Samuri
aku dapat rasa kesedapan dia. Tapi sekarang sedih la. Sate dia besar penuh isi,
kuah kacang dia pun not bad tapi dia ada kekurangan. Langsung tak rasa air
tangan manusia tu.
Bila makan rasa sate tu kejung
je. Camne eh nak describe. Mungkin penggunaan peralatan, pekerja yang handle tu
yang jadi kureng tu.
Berbeza bila aku makan Satay
Willy. Masih terasa air tangan tu, kau faham bila kau makan terasa ikhlasnya
penjual tu dalam menyediakan makanan.
Aku part emosi memang terlebih.
Maklumlah orang Feeling beginilah kalau suruh explain part emosi. Boleh
mengalir air mata bercerita tentang sedapnya sate tu. ahaks.
Resepi Kuah Kacang 4 Bahan boleh cuba dekat sini.
Jadi ikut selera tekak aku,
semestinya Satay Willy menjadi pemenang. Entah bila boleh repeat memandangkan
dah puasa, lepas tu nak sambut Raya. Moga ada rezeki, dipanjangkan umur la
hendaknya.
Willy Satay Delivery
Beruntunglah orang MAKAN WILLY SATAY DI TAMAN SRI RAMAL KAJANG sekitar Bangi, Cyberjaya, Kajang dan KL, Willy Satay ada buat promo PKP dan delivery.
Eh bukan setakat delivery je, kalau nak cepat untuk Take Away boleh call dulu mereka dan buat tempahan. Klik link http://www.wasap.my/60173742821/WillySatayBS7
Kalau lah Willy Satay ni
sekangkang kera je memang setiap bulan jadi port aku makan reward diri. Kalau
korang pernah makan sate yang sedap cuba share dengan aku dekat comment.
Mana tahu ada rezeki nak cuba.
Next aku nak buat Sate Tulang hunting. Entah apa yang sedap sate tulang sebab
dulu pernah masuk TV jadi aku teruja nak cuba.
yeah kalau aku pergi kursus mesti singgah kat sini, sate dia sedap. dulu pun selalu gak makan sate samsuri tu, the latest makan mmg kurang umph compare to willy sate ni. skrg if piii kajang mmg makan yang willy ni je dan otak2
BalasPadam