Dah Bayar Fidyah Ke Belum? Online Je
Tak tahu kan masih ada ke kita di
Ramadan tahun depan.
Tak ketinggalan juga ramai yang
berlumba-lumba ganti puasa serta melunaskan pembayaran fidyah puasa bagi Fidyah
disebabkan puasa yang lepas-lepas kita tinggal tapi tak sempat nak ganti pada
tahun tersebut.
Tak seronoklah kan nak sambut
Ramadan, tapi Fidyah belum bayar kan?
| Perbezaan Ramadan Al-Kareem Dengan Ramadan Al-Mubarak |
Bayar Fidyah atau Qada?
Aku kongsikan checklist yang
dikongsikan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP berkenaan Fidyah dan juga Qada. Penerangan
yang cukup ringkas tapi padat dengan info dan boleh difahami.
Kenapa kita kena bayar Fidyah?
Fidyah itu merupakan denda ke
atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas
sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan
Ramadan.
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Riwayat Al-Tarmizi
“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.”
Boleh rujuk jadual di bawah untuk lebih faham. Kena betulkan fahaman, sebab dulu aku ingat kalau dah bayar Fidyah tak perlu Qada puasa dah.
Rupa-rupanya masih kena ganti ya. Sebab tu penting kita tuntut ilmu.
| Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti - Boleh ke? |
Hukum Membayar Fidyah
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. *sumber MAIS
Bayar Secara Online Je
Di waktu Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) ni agak menyukarkan kita untuk melangsaikan fidyah
secara bersemuka jadi Pusat Zakat telah menyediakan kaedah pembayaran fidyah
secara online.
Oleh sebab aku berada di Wilayah
Persekutuan jadi pembayaran aku salurkan ke Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Korang
boleh rujuk Pusat Zakat masing-masing.
Untuk penduduk di Wilayah Persekutuan boleh rujuk laman website MAIWP, dekat situ dah disediakan kalkulator Fidyah jadi mudah sangat.
Cuma masukkan jumlah hari yang tak sempat
ganti dan tahun puasa yang ditinggalkan.
Bayaran pun dibuat secara online.
Apa yang seronok, setiap kali buat bayaran zakat, akhir sekali nanti akan
muncul doa oleh Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff. Perasaan seronok lepas dapat
tunaikan tanggungjawab disamping mendapat doa dari orang alim.
Last but not least, aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam terutama yang membaca blog aku ni.
Kepada yang selalu singgah dan drop comment, yang silent reader dan doakan hidup aku, yang tak sengaja baca. Aku ucapkan terima kasih, aku doakan korang sentiasa sihat, bahagia, kaya dunia akhirat, jumpa apa yang korang cari.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.