Almaklumlah cuaca yang sekejap terik sekejap hujan agak mencabar bagi anak-anak yang baru mula serius nak berpuasa.
Cerita Hari Pertama Puasa 2021
Sesi persekolahan diteruskan macam biasa. Gembira sebab walaupun Ikhwan bangun sahur dan kemudian kena bersiap ke sekolah, dia nampaknya okey je.
Cukup rehat dan tenaga. Berbanding
tahun sebelumnya yang agak sukar nak kejut ke sekolah.
Menu Sahur Dan Berbuka Hari Pertama
Sehari sebelum puasa aku ada beli
sambal tempoyak petai jadi sahur pertama tu aku masak Tempoyak Petai Ikan
Patin. Kebetulan ada ikan Pantin adik aku belikan masa dia balik kampung bulan
lepas.
Balik kampung atas urusan kerja
jadi dah alang-alang tu aku kirim Ikan Patin Sangkar Temerloh. Kami hanya boleh
telan Ikan Patin Temerloh.
Pernah beli Ikan Patin Sangkar
katanya dari Perak di Pasar Tani Taman Melawati, malangnya berbau tanah. Nasib
beli sekor je. memang tak boleh telan langsung.
Menu berbuka hari pertama pula
aku sediakan Ayam Masak Merah Kenduri macam aku plan sebelum ni, Nasi Minyak
versi aku dan ikan Bawal goreng untuk budak kecik dekat rumah.
Sahur hari kedua pula, aku
panaskan Ayam Masak Merah dan aku goreng telur dadar. Menu sahur kami memang
tak berat sangat. Semua tiada selera nak makan banyak.
Diserang Anjing Liar Di hadapan Rumah
Aku terima berita sedih dari
kawan sekampung yang anak ketiga dia lingkungan usia 5 tahun telah diserang dua
ekor anjing liar ketika bermain di hadapan rumah pada pagi Ahad lepas.
Luluh hati bila dia maklumkan
anak dia kini berada di ICU HKL.
Alhamdulillah sehingga saat ini,
anak dia memberikan respon yang positif terhadap rawatan. Telah menjalani dua
kali pembedahan disebabkan kecederaan yang dialami.
Terbaru kawan aku maklumkan yang
doktor nak tunggu luka disaluran pernafasan bercantum secara semulajadi atau
perlukan pembedahan ke tiga.
Kemungkinan besar luka besar
bukan disebabkan gigitan anjing tetapi kesan dari jatuh terhentak. Sekarang
anaknya, Muhammad Dayyan bin Mohamad Razif diberi ubat tidur dan bantuan
oksigen untuk menghadkan pergerakkan dia supaya tak ganggu luka.
Mohon kawan-kawan doakan yang
terbaik untuk adik Dayyan ya. Moga cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Puasa Semasa Pandemik
Tahun kedua puasa dan tak dapat
balik berbuka bersama emak. Perasaan sedih tu tak tahu nak ungkap macamana. Beruntunglah
anak-anak yang berada dekat dengan ibu bapa. Ada peluang boleh jenguk mak ayah.
Harapan nak sambut Raya tahun ini
masih samar-samar. Di hari puasa ke tiga dah kedengaran berita tidak dibenarkan
rentas negeri semasa Aidilfitri.
Kes bilangan Covid macam makin
menaik je. Sejujurnya aku penat berharap. Doa tak tinggal, cuma itulah. Entah bila.
Untuk kau orang yang senasib
dengan aku yang masih ada ibu bapa di kampung tetapi kita terhalang untuk
bertemu jom kita panjatkan doa semoga tercapai hendaknya jumpa mak ayah.
Selamat menjalani ibadah puasa dan
semoag kita dapat menggunakan setiap detik saat di bulan Ramadan
sebanyak-banyaknya.
Subhanallah..masih ada lagi anjing liar di taman ye...si kembar plak dh mula belajar puasa ..walau ada lompong2 pulak harinya...takpe la as long as anak2 ada effort nk berpuasa kan...
BalasPadamSalam ramadhan untuk diah dan keluarga..
BalasPadam