Ayam Masak Merah Macam Dekat Kenduri Kahwin

Setiap kali bulan puasa menjelma, pasti masalah yang sama muncul iaitu tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Aku je ke yang macam tu? adoi. 

Umur dah masuk 30 an ni perut dah start meragam kalau salah makan, sebab tu aku risau nak beli makanan di bazar Ramadan.

Pernah sekali tu, ada satu hari semua menu berbuka aku beli di bazar. Beli lauk campur, sedihnya aku cirit birit ke esokkan harinya. 

Ayam Masak Merah Macam Dekat Kenduri Kahwin

Tak tahu mana satu makanan yang jadi penyebab, atau perut aku sejenis tak tahan. 

Jadi seperti tahun-tahun sebelumnya, puasa kali ni kita cuba lebihkan masak di rumah dan kawal pengambilan gula dan minyak ya. 

Semangat nak turunkan berat badan tengah membuak. Jadi harapnya semangat tu bukan hangat-hangat taik ayam lah.




Menu Buka Puasa 

Oleh sebab dekat rumah ni semua peminat ayam jadi aku readykan awal-awal menu berasaskan ayam. Siap-siap cari resepi yang sesuai untuk semua terutama budak kecik yang tak makan pedas tu. 

Aku terjumpa resepi Ayam Masak Merah yang macam selalu orang jamu dekat kenduri tu. Excited nak cuba semestinya menu ni bakal menjadi lauk buka puasa hari pertama kami. 

In sha Allah. Awal plan aku kan? Ahaks. Ikut perkongsian resepi asal Salimah Olie, Ayam Masak Merah ni sedap di makan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

Aku dah terbayang makan dengan acar timun nenas tu, lepas tu goreng papadom. Hoi memang lari plan diet aku sudahnya. Lepas tu ada air sirap, tinggal pasang lagu kahwin je weh. Ahaks.

Nak cuba resepi Ayam Masak Asam Pedas boleh cuba dekat sini 




Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 ekor ayam - potong kecil dan di basuh bersih

(Lumurkan dengan garam, kunyit dan kemudian goreng sekejap - jangan garing sangat.)

3 biji bawang besar*

4-5 ulas bawang putih*

1 1/2 inci halia*

(Kisar semua bahan bertanda *)

3-4 senduk cili kisar

5 sudu besar sos cili

2 biji tomato

2 batang serai - diketuk

1 kulit kayu manis

3 bunga lawang

5 buah pelaga

Garam dan gula secukupnya


Cara-cara untuk memasak Ayam Masak Merah Kenduri

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai dan tumis sekejap.

Masukkan bahan-bahan yang telah di blend, kemudian tumis sehingga garing. Selepas itu masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.

Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika dan kacau sesekali. Perisakan garam.

Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

Siap untuk dihidangkan.

 

Mudah kan? Kita cuba yang senang-senang sudahlah. Selamat mencuba. 

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.