Rawatan Airflow Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Nurul Akmar

Bila sebut tentang klinik gigi perkara pertama yang selalu muncul dekat fikiran semua orang adalah sakit dan menakutkan. 

Sejujurnya, aku sendiri penakut nak jumpa doktor gigi sebab aku jenis tak tahan sakit dan tak suka bau semasa buat rawatan gigi tu. 

Bluek. Boleh muntah.

Memandangkan aku pernah mengalami sakit gigi yang berulang dan dalam tempoh yang lama jadi aku tabahkan hati untuk jumpa doktor gigi walau aku tak suka. Waktu itu aku ada masalah gigi berlubang dan aku buat keputusan untuk cabut je. 

Sakit yang tak boleh nak bincang punya sakit.


Rawatan Airflow Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Nurul Akmar

Lepas tu kalau cuaca panas, atau aku kurang minum air, gigi tu automatik akan sakit. Salah satu kesalahan aku buat ialah aku tak pergi buat rawatan gigi. Aku abaikan sebab takut dan kesedaran untuk ada gigi dan gusi sihat tu tak tinggi dalam diri.

Pengalaman sakit gigi paling teruk & akhirnya aku cabut gigi, baca dekat sini

Lepas kejadian gigi dicabut dan terseksa sakit gigi tulah baru aku paksa diri untuk buat scaling gigi. Rawatan scaling merupakan antara rawatan pergigian yang penting bertujuan untuk menjaga kesihatan gigi. 

Pentingnya supaya jangka hayat gigi lebih lama dan tak mudah rosak. Boleh buat scaling gigi di klinik kerajaan mahupun klinik swasta. 


Apa itu Rawatan Scaling Gigi?

Proses scaling atau cuci gigi adalah proses membuang karang gigi yang terbentuk dekat permukaan gigi dan gusi. 

Sila tengok gigi masing-masing, di bahagian bawah gigi (dekat dengan gusi) kalau perasan ada karang gigi warna kelabu/putih/kuning bergantung kepada gigi masing-masing.

Ikut kefahaman aku, doktor cadangkan untuk buat rawatan scaling setiap 6 bulan sekali. Karang gigi banyak terbentuk terutama di bahagian gigi bawah, bahagian dalam disebabkan ianya terlindung dengan lidah dan tempat air liur berkumpul.

Karang gigi hanya boleh dibersihkan dengan penggunaan alat ultrasonic scaler atau dengan hand instrument. 

Semakin lama ia terbentuk semakin keras la dia melekat dekat gigi kita. Jangan memandai pula kau orang nak cungkil sesuka hati. Silap haribulan luka gusi dan sebabkan jangkitan pula.

Jadi kalau kerap buat scaling gigi, jadi proses buang karang gigi tu jadi kurang sakit la lepas tu. 

Antara punca karang gigi terbentuk adalah apabila kita tak bersihkan gigi dengan betul, banyak makan dan minum yang manis, merokok, pengambilan alkohol dan banyak lagi.

Aku kongsi pengalaman penjagaan selepas cabut gigi dekat sini 


5 Manfaat Melakukan Scaling

  • Menghalang gigi reput dan kaviti
  • Mengelakkan penyakit gusi
  • Membersihkan kotoran yang melekat pada gigi dan gusi
  • Mengelakkan mulut berbau
  • Menjimatkan wang kerana kerosakan gigi yang lebih teruk dapat dicegah dengan lebih awal

Perbezaan Antara Scaling, Polishing Dan Whitening Untuk Gigi

Scaling

Rawatan membuang karang gigi di belakang gigi anda. Scaling tidak dapat menghilangkan staining atau kesan-kesan hitam / kuning di gigi serta TIDAK BOLEH buat gigi menjadi lebih putih. Kena faham tu.

Polishing

Rawatan membersihkan staining (kesan warna dari air teh/kopi atau kesan merokok). Lepas polishing ni kau orang akan rasa gigi korang macam berkilat, cerah, tapi warna gigi tetap sama ya. Tapi sebelum buat polishing ni, rawatan scaling WAJIB dibuat. 

Whitening

Rawatan yang tengah trending sekarang.  Bukan kulit je nak putih, gigi pon nak putih juga. Okay whitening ni pula ada satu proses pemutihan gigi. 

Gigi anda akan jadi lebih putih dari warna asal, tapi jangan expect jadi seputih warna dinding ya. 

Rawatan pemutihan gigi ni kalau anda tak jaga pemakanan dengan betul, gigi anda boleh kembali ke warna asal juga. WAJIB buat scaling dan polishing dulu tau! Baru lah result dia tip top.

Sumber: Dr Razz Razznie


Pengalaman Buat Rawatan Scaling Di Klinik Swasta

Aku pernah buat rawatan scaling di beberapa klinik swasta sebelum ni, ada yang best dan ada yang okey tapi tak mahu repeat pun ada. Paling aku ingat ialah aku rasa ngilu teruk sepanjang prosess scaling tu. 

Lepas tu aku stop sekejap jumpa doktor gigi, disebabkan bersalin anak ketiga, lepas tu bersambung dengan PKP tahun lepas. 

Kenapa tak buat scaling gigi di klinik kerajaan? Aku bukan anti kerajaan ye, aku tak cukup masa jadi aku pilih klinik yang boleh ikut masa aku lah. 

Kesedaran nak buat scaling gigi bila ternampak posting Instagram Klinik Pergigian Nurul Akmar. Mula la aku survey klinik gigi murah di KL termasuk klinik gigi di Wangsamaju sambil buat perbandingan harga mana murah dan okey. 

Tapi banyak-banyak maklumat aku baca pasal scaling aku paling tertarik dengan Rawatan Airflow Scaling. Nak tahu rawatan scaling biasa dengan rawatan Airflow Scaling sila baca lebih lanjut. 


Harga Rawatan Airflow Scaling Di Klinik Pergigian Nurul Akmar

First time tahu tentang teknologi Airflow scaling ni dan aku DM klinik Pergigian Nurul Akmar di IG mereka. 

Klinik Pergigian Nurul Akmar menawarkan scaling & polishing biasa dan juga Airflow Scaling. Sudah semestinya ada beza dari segi harga dan rawatan.

Caj rawatan scaling & polishing biasa adalah pada harga RM100 sehingga RM300 bergantung kepada gigi individu manakala caj rawatan Airflow scaling bermula dari RM350. 

Kenapa ianya lebih mahal adalah disebabkan penggunaan teknologi Airflow yang dapat kurangkan rasa sakit semasa scaling dan cucian juga lebih menyeluruh.

Sebab dia kata tidak / kurang sakit itulah yang menyebabkan aku terpengaruh nak cuba Airflow Scaling. 

Prinsip aku, kalau nak buat apa jua rawatan pilihlah servis yang menyenangkan diri. Kalau tak nanti diri terseksa dan boleh akibatkan trauma.

Inilah doktor Aisyah. Lembut macam marshmallow je dia. Slow, penuh hemah dia. Sepanjang rawatan, setiap kali stop mesti dia tanya sakit ke tidak. So sangat recommended untuk orang yang penakut macam aku. 

Perbezaan Airflow Scaling dengan Scaling Biasa

Mari aku kongsikan pengalaman aku menjalani rawatan Airflow Scaling dan aku akan terangkan apa beza scaling biasa. Doktor yang bertugas buat rawatan ke atas aku ialah Doktor Aisyah. Lembut je orangnya, peramah jawab soalan. 

#1 Cucian Lebih Menyeluruh Dengan Airflow Scaling

Perkara pertama doktor buat ialah doktor sapukan dye yang berwarna ungu dekat gigi dan gusi. Kemudian aku diminta untuk kumur, dan warna dye akan bertukar menjadi warna merah jambu sekiranya ada karang gigi.

Cucian akan jadi lebih menyeluruh kerana karang gigi telah ditanda dengan dye warna merah jambu tadi. 

Jadi, senang lah doktor nak tanggalkan karang gigi yang ada di dalam mulut. Berbeza dengan scaling tradisional, cucian karang gigi bergantung kepada apa yang doktor nampak dengan mata kasar sahaja.

Di bawah ini adalah gambar mesin Airflow yang digunakan untuk scaling gigi. Boleh control level kesakitan disebabkan doktor boleh kawal pressure machine tu. Itu apa aku faham la. 

#2 Seterusnya doktor teruskan dengan proses cucian kali pertama. Sepanjang proses cuci memang langsung tak rasa ngilu atau sakit. 

Aku bersyukur gigi dan gusi aku masih dalam keadaan baik. Rasa sakit bergantung kepada kondisi gigi kau orang.

#3 Selesai cucian pertama baru doktor mulakan rawatan scaling menggunakan mesin Airflow. Gigi aku memang banyak stain terutama gigi kapak, dan bahagian hadapan sebab aku kuat minum kopi. Buruk okeh ada stain tu.

Scaling biasa guna hand instrument macam dekat bawah ni manakala Airflow scaling guna mesin khas dia. So teknologi mesin khas itulah yang menyumbang kepada tahap kesakitan proses scaling kau orang.

Ada orang jenis tak tahan sakit dan ada orang jenis okay je untuk semua benda. Jadi ini adalah pilihan ya. 

Poses scaling, doktor akan buat cucian kali kedua. Scaling biasa proses dia berakhir dengan doktor akan sapukan cream untuk polishing. Manakala Airflow pula cream polishing dia dah sekalikan masa cucian kedua tu.

Lagi best doktor sapu gel kulit kayu manis untuk elak gusi atau gigi meradang. Siap dapat extra untuk disapukan in case gusi aku sakit. 

Sorry explanation aku tak menggunakan medical term ya, aku explain apa aku faham sahaja. Boleh rujuk dentist masing-masing.


Lokasi Klinik Pergigian Nurul Akmar

Untuk kau orang yang tercari-cari klinik gigi di kawasan Wangsa Maju dan sekitar boleh cuba perkhidmatan di Klinik Pergigian Nurul Akmar. Lokasi dia adalah sebaris dengan Hospital Wanita & Kanak-kanak Naluri.

Alamat: No.86, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju KLSC MY, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Boleh DM atau whatsapp/telefon 013-270 4068 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat temu janji.

Boleh follow Instagram dan Facebook Klinik untuk dapat info lanjut dan juga promosi. 

Instagram    |    Facebook

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.