You Are The Next Millionaire! Apa perasaan kita bila ada orang cakap macam ni dekat kita? Mesti berbunga-bunga hati kan?
Orang business mesti boleh relate dengan menjadi “The Next Millionaire” sebab masing-masing mesti dah tanam cita-cita masa mula berniaga dulu.
Memang menjadi impian setiap orang yang berniaga nak jadi Millionaire, sebab apa tau dengan menjadi kaya dapat membantu orang lain (terutamanya orang Islam) dengan cara menunaikan zakat dan juga sedekah.
Ketahui Rahsia Bina Business Berjaya Sewaktu Pandemik
Tapi nak menjadi The Next Millionaire pun kena ada ilmu, circle, network dan juga mentor untuk bimbing kita untuk berjaya.
Zaman buat business sekarang sangat berbeza jika dibandingkan waktu business tanpa pandemik dulu. Lebih sukar, lebih mencabar jika tiada pengalaman serta ilmu.
RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Terkesan Pandemik
Zaman sekarang lebih mencabar,
banyak halangan dan kita boleh tengok sendiri berapa banyak syarikat besar yang
terpaksa gulung tikar disebabkan tak mampu bertahan. Kalau syarikat ‘jerung’ pun
gulung tikar, macamana syarikat kecil nak terus bertahan?
Atas alasan itu dan berbekalkan semangat
nak bantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang
lebih baik lagi.
Aku sendiri dah pernah menghadiri program Nak Ubah Hidup 2020. Banyak ilmu yang dapat aku dapat, dan begitu banyak semangat yang dapat aku serap.
Boleh baca perkongsian aku menghadiri Program NUH
Menurut Timbalan Naib Presiden
Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, sebagai sebuah syarikat latihan dan
bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang
kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu
bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.
Katanya, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.
Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup Secara Percuma
"RichWorks bersama Pengasas
dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai
orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan
dihadapi ketika pandemik ini.
"Sebab itu, kami akan
mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada
26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah
baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia hari
ini.
Sepanjang pandemik melanda
negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program
virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang
ramai.
Tambah beliau, inilah perjuangan
RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada
orang ramai terutama bangsa usahawan.
"Program Nak Ubah Hidup ini
datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari
keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami
kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.
"Melalui perjalanan
bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan
dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai
boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti,"
jelasnya.
Senarai anak didik Datuk Wira DrAzizan Osman yang berjaya!
Sehubungan itu, Suley
memberitahu, program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang
ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan
langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.
"Bagi mereka yang ada
kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan
keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang
serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.
"Tiada sesiapa dapat memaksa
untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa
dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini,"
ujarnya.
Jadi aku seru sangat kepada anda
yang nak berjaya, yang baru-baru nak cuba, yang masih kabur ke mana harus
dituju dalam business, lapangkan dada dan kosongkan diri untuk sedut ilmu
percuma yang Datuk Wira Dr Azizan Osman nak bagi.
Kena pasak dalam otak, bahawa tiada
siapa yang mampu bantu kecuali dengan kesedaran diri sendiri. Anggaplah sesi
percuma yang ditawarkan ini adalah sebagai suis untuk menghidupkan diri business
yang tertidur dalam diri kita.
Beri peluang kepada diri dan
selebihnya kita mohon pada Tuhan supaya dipermudahkan urusan untuk kita capai
cita-cita kita. In sha Allah. Please jangan lepaskan peluang ya.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.