Aku tak pastilah siapa yang mulakan budaya ikut-ikutan ni. Tak, aku tak salahkan cuma kalau masih ada lagi amalkan budaya ikutan ni elok hentikanlah.
Kesan buruk dia akan dirasai dalam jangka masa panjang. This is serious talk! Dari zaman kita kecil sampai lah sekarang, masih ada lagi orang yang suka buat orang lain sebagai rujukan.
Hidup Jangan Asyik Dengar Kata Orang
Pendek kata idola. Siap pakej buat perbandingan. Lagi teruk situasi ibu bapa yang paksa anak tiru sebijik-sebijik laluan hidup orang yang kita sangka berjaya dalam hidup dia.
“kau cuba tengok anak Pak xx tu,
ada kereta besar, pakai baju cantik, setiap minggu bawa mak ayah dia
berjalan..”
“Kau pula asyik la menghadap
laptop, entah apa kau buat dalam bilik tu”
Itu Contoh.
Buat Untuk Diri Sendiri Bukan Apa Yang Orang Kata
Berdasarkan apa yang yang jadi dalam hidup aku sekarang ini, perkara paling banyak memberi pengaruh terhadap diri aku adalah rancangan dekat TV, drama, novel dan movie yang aku tonton dari kecil.
Seingat aku, mak dan arwah abah tak pernah paksa apa aku kena buat bila
dah besar. Cuma mereka sering ingatkan je jangan jadi manusia tak berguna dan
bebas masalah.
Maka hiduplah aku dalam dunia dongeng ciptaan manusia sendiri. Aku pula dalam minda bawah sedar percaya apa yang berlaku dalam drama / novel adalah sama dengan di dunia yang kita hidup.
Which is sebenarnya sangat berbeza. Jarang sangat orang Melayu sarapan minum jus Oren macam adegan orang kaya dalam drama.
Takut Orang Kutuk
Oleh sebab aku sangka yang hidup dekat luar sama macam dalam drama jadi aku pun cuba hidup berdasarkan apa yang drama selalu tonjolkan.
Hidup mewah, syarikat kaya tak pernah rugi, sekali buat
salah selamanya salah contoh cerita bekas penagih dadah dan banyak lagi teori
salah.
Hasil dia yang aku nampak dekat diri ialah setiap keputusan yang aku ambil dalam hidup aku kena rujuk ‘gambaran kehidupan’ yang manusia ciptakan.
Dunia fantasi yang serba indah yang katanya
langsung tiada kecacatan.
Risau kalau aku buat sesuatu orang lain tak suka, apa orang kata dan aku sendiri tak dapat yakinkan diri aku buat benda betul.
Tragis hidup macam tu. Yang sepatutnya apa aku nak buat
bukanlah berdasarkan apa orang kata, tapi sepatutnya apa aku rasa.
Kesalahan aku buat ialah, aku dahulukan fikiran orang lain berbanding pendapat aku sendiri. Mak abah dah hantar pergi sekolah tuntut ilmu supaya jadi panduan tapi tak guna.
Aku harap
kau orang jangan buat kesilapan yang sama.
Sekarang aku dah ada anak, aku cuba tak didik dan cuba ajar dia supaya jangan hidup berdasarkan apa orang fikir.
Bukan kerja senang tapi cubalah kan? Tak kan nak ulang kesalahan apa aku
buat dari kecil. Aku tak salahkan sesiapa, aku salahkan diri sebab kelemahan
aku.
Tuhan dah bagi sektul otak, hati,
dan tubuh badan sempurna. Tak kan aku nak merungut lagi.
Hidup Bebas Sekejap Tanpa Gadjet
Apa aku buat untuk kurangkan masa fikirkan apa orang kata ialah aku lebihkan masa untuk diri sendiri.
Punca utama
aku mula sibuk tentang apa orang fikir ialah melalui gadjet. Berapa banyak masa
aku habis dekat media sosial, e-mel, whatsapp group, TikTok, Facebook,
Instagram dan banyak lagi.
Aku cipta “me-time” untuk diri
sendiri. Me- time ni sepatutnya jadi masa kita berehat dan muhasabah diri. Bukan
me time sambil scroll handphone.
“Kalau masih nak libatkan diri
dengan alam maya (media sosial), kita bukannya luangkan masa untuk tengok
kehidupan orang lain” – Buku I’m Worth It (SisYouJae)
Dah namanya pun tengok kehidupan
orang lain, mula lah masalah ikut cara orang sehingga membandingkan diri sendiri
akan timbul. End up lebih teruk kita rasa tak bersyukur dengan apa kita ada.
Kesimpulan
Never too late to start again
Bagi aku tak pernah ada perkataan terlewat selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa. Ya, kita setiap hari buat kesalahan, ada kelemahan.
Itu kita tak boleh lari. Tapi kita manusia biasa,
kita ambil iktibar apa yang terjadi dan tebus menjadi lebih baik untuk hari
seterusnya.
Mentor aku pernah pesan, sedangkan pelacur pun Allah hadiahkan syurga sebab dia beri anjing minum air.
Tapi itulah, masuk ke syurga pun selepas dia bertaubat dan beramal ibadah.
Kesimpulannya sejahat mana kita, seteruk mana kita sekarang kembalilah kepada
asal tujuan hidup kita.
Hidup ni bukan nak puaskan hati orang tapi nak selesaikan tanggungjawab kita terhadap Pencipta. Sekian dulu untuk peringatan hari ini.
Apa yang aku kongsi tak lain tak bukan mengingatkan
diri sendiri yang selalu leka. Moga kita sama-sama dapat manfaat.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.