Peristiwa Instagram hampir di hack beberapa hari lepas memang buat aku tak senang duduk. Selalu lah kita dengar berita akaun peribadi Instagram terutama golongan influncer dan selebriti digodam.
Rata-rata mangsa yang kena adalah mereka yang ada banyak followers dan berpengaruh di media sosial. Kali ni aku nak kongsikan pula pengalaman aku sendiri, yang mana akaun aku turut menjadi target hackers.
Cara Paling Berkesan Elak Instagram Kena Hack
Aku nak kongsikan juga apa kau
orang boleh buat sebagai langkah untuk mencegah akaun Instagram dari digodam
oleh mereka yang tak bertanggungjawab ni. Sebelum tu mari aku ceritakan sedikit
kronologi sebelum kejadian.
Pengalaman Akaun Instagram Hampir di Hack
Menjadi tabiat aku setiap kali
login Instagram melalui aplikasi di telefon aku akan logout. Tidak logout dari
sesuatu device dalam jangka masa yang lama juga akan jadikan akaun kita
berisiko untuk digodam.
Maaf aku tiada kajian spesifik
nak beri sebagai bukti tapi itulah yang kera berlaku dulu kalau aku tak logout
dengan betul. Ikut pengalaman sendiri.
Kisahnya malam sebelum tu sebelum
tidur macam biasa tengok perkembangan dunia di Instagram. Terjaga pukul 4 pagi
aku logout. Keesokkan harinya aku bangun pagi, jalani hidup seperti biasa dan
aku nak buat Instagram story.
Tapi malangnya tak boleh nak login. Bila aku
masukkan username dan password, keluar mesej “error” lagi satu masalah internet
connection katanya. Aku belum start panik masa tu jadi aku try login guna
username business aku.
Peliknya akaun business aku boleh login seperti biasa ya. Terus seram. Masa ni tak terfikir lagi apa masalah dia. Malas aku ambil peduli jadi aku sambung tugasan harian, dengan harapan menjelang tengahari akaun aku tu akan okey.
Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas
Langkah Mencegah Akaun Instagram Dari Kena Hack
Rupanya masih tak dapat login sehinggalah ke waktu itu. Aku cuba login melalui website Instagram guna Chrome dalam handphone, tapi tetap tak boleh login.
Tak puas hati aku cuba login melalui laptop, lega baru boleh login. Akaun aku masih wujud dan selamat.
Masa tu aku yakin mesti ada cubaan untuk mencuri akaun IG aku jadi aku semak email dari Instagram. Rupa-rupanya ada cubaan untuk menggodam akaun Instagram aku. Sistem detect login daripada device yang aku tak pernah guna dari Telok Panglima Garang, Malaysia.
Apa yang jadi ialah, sistem akan
beritahu pemilik akaun jika ada cubaan untuk login akaun Instagram dari gadjet
dan lokasi selain dari pemilik akaun selalu guna. Fiuh. Bagusnya sistem
sekarang semakin kuat dari segi keselamatan pengguna. Itu aku puji lah.
By the way, ini bukan pertama
kali aku terima email pemberitahuan tu tapi kali ni kes dia special sikit. Atas
dasar keselamatan, aku dinasihatkan untuk tukar password dengan segera. Terus
aku buat tanpa segan silu.
Selepas tukar password barulah
aku boleh login Instagram melalui aplikasi di telefon. Alhamdulilah lega semua
ok.
Perkara Perlu Buat Untuk Elak Akaun Instagram Dari Di Hack
Kerap tukar password atau kata
laluan
Perkara selalu orang malas nak
ambil tahu dan buat ialah untuk tukar password akaun secara berkala. Ada yang
nasihatkan tukar untuk tukar setiap 3 bulan. Update password ni juga diguna
pakai untuk perbankan internet.
Aktifkan tetapan two-Factor
authentication
Kaedah ini lah yang berjaya
selamatkan akaun aku dari di hack ye. Macamana nak buat adalah, login
Instagram. Di bahagian Settings pilih Security dan on kan Two-Factor Authentication
untuk terima text message.
Apa yang berlaku adalah, jika kau
orang nak login Instagram dari telefon lain atau dari laptop contohnya, sistem
akan minta kau orang masukkan code yang dihantar ke telefon bimbit yang kau
orang set di akaun Instagram.
Jadi, kalau ada yang cuba nak
godam memang tak dapatlah kecuali kau orang share code tu.
Langkah tambahan lain macam aku pesan dekat atas tu, sentiasa logout dan dicadangkan untuk link kan akaun Instagram dengan facebook kau orang.
Aku bersyukur akaun aku masih
selamat. Untuk kau orang yang kurang bernasib baik dan akaun telah pun digodam
boleh baca perkongsian dibawah:
Cara dapatkan kembali Instagram yang telah di Hack
Kesimpulan
Aku suka nak kongsikan doa yang telah dikongsikan oleh
pelakon Almy Nadia yang mana akaun dia juga pernah di hacked lama dulu. Tulis beliau
ialah:
"Tolong, tolong. Jangan, jangan, janganlah hacker
(penggodam). Saya buat kerja dengan Instagram ini. Ini saya bantu keluarga
dengan Instagram.
"Ya Allah ya Tuhanku. Kau makbulkanlah doaku ini.
Instagram ini tempat aku mencari rezeki untuk membantu keluarga. Niat aku
ikhlas untuk bantu keluarga. Inilah punca rezekiku,"
sumber: HarianMetro
Apa jua berlaku minta pada Yang Kuasa, Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Pasti ada hikmah kenapa dan mengapa ia berlaku. Kau orang pernah kena hacked? Jom kongsi.
Boleh jadi mimpi ngeri kalau ig kena hack.
BalasPadammenangis tak berlagu la jawabnya
Padam