Rutin Harian Work From Home Semasa PKP
Sejak PdPR dilaksanakan, waktu
pagi aku akan dihabiskan untuk bantu anak belajar secara dalam talian. Masih
belum dapat berikan kepercayaan sepenuhnya untuk anak buat seorang diri, dan
dalam masa sama aku slow-slow ajar dia berdikari.
Biasanya aku guna waktu pagi
untuk siapkan tugasan kempen di media sosial. Waktu pagi aku akan perah otak
untuk buat draf konten, cari idea dan get ready untuk shoot product atau kena
rakam video bercakap.
Kalau tiada kempen aku akan
habiskan baca buku atau ikuti perkembangan isu semasa dan kalau berkenan aku
akan kongsi dalam blog. Seminggu sekurang-kurangnya tiga kali kena duduk dan
perah otak cari konten untuk blog.
Cabaran utama bila anak mula
belajar dari rumah ni ialah ibu bapa turut terlibat kena belajar apa yang anak
belajar. Bukan semua guru akan buat Google Meet, ada yang sekadar beri link
Youtube, minta murid salin nota, fahamkan dan jawab kuiz online.
Aku tak bangkang apa yang cikgu
usahakan ni, aku support je sebab aku faham kekangan bahan, masa dan juga
kemahiran IT cikgu. Tapi jadi masalah bagi ibu bapa bila melibatkan subjek yang
sukar seperti Bahasa Arab.
Aku sendiri kosong pengetahuan
Bahasa Arab. Basic pun tahu terlalu sedikit, jadi memang kelakar la ajar anak
Bahasa Arab. Aku harapkan bantuan Google dan paling terdesak aku akan video
call kakak aku yang ajar subjek bahasa Arab.
Semua ni ambil masa dan tenaga,
jadi memang rutin work from home aku terbabas. Tahun lepas agak teruk
performance aku sebab masih belum boleh terima sepenuhnya budaya PdPR ni. Tahun
ni sedikit bersedia dan aku cuba sebaik mungkin.
Rutin Harian Work From Home Waktu Pagi
Oleh disebabkan komitmen
bertambah, jadi aku tukar strategi terutama dalam pengurusan masa. Aku fokus
mana yang penting sebab aku tak sempat nak buat semua benda dalam satu hari.
Lepas solat Subuh aku akan duduk untuk menulis dalam journal harian.
Menulis perkara apa yang aku nak
buat pada hari tersebut dan amalkan positive affirmation supaya aku kekal
bertenaga sepanjang hari. Sedaya upaya untuk pastikan aku tak tinggalkan Solat
Sunat Dhuha.
Sebelum anak-anak bangun aku akan
siapkan sarapan pagi ringkas macam roti telur, kalau ada lebihan nasi aku buat
nasi goreng dan paling mudah aku sediakan bijiran dan susu. Kebiasaan kelas
anak aku akan mula seawal 9.00 pagi.
Sambil monitor dia buat kerja
sekolah sambil tu aku curi masa untuk defrost lauk dan masak nasi. Untuk subjek
yang cikgu bagi link Youtube untuk tonton video dan jawap kuiz online memang
jadi kemestian untuk aku ajar anak aku semula.
Tak effektif ya mengajar guna
video di Youtube sebab ilmu tu melintas bagai angin lalu. Lol. masuk di telinga
kanan keluar di telinga kiri. Jadi aku kena ulang dan beri contoh mudah untuk
anak lebih faham.
Rutin Waktu Tengahari dan Petang
Selesai dengan kelas online, aku akan berkejaran untuk masak untuk tengahari sambil layan lagi dua anak yang perlukan perhatian.
Ada hari aku jadi Singa juga, bila burnout aku tempah je
makanan guna Food Panda. Bila selalu sangat bungkus luar pon bosan juga.
Bila masuk waktu Zohor aku akan
pastikan makanan dan tersedia untuk anak-anak sebab perut mereka ni tak
dijangka. Walhal dah makan biskut, roti dan buah. Nak membesar begitulah kan.
Waktu aku fokus bekerja adalah
selepas waktu Zohor. Selesai suap anak makan, layan dan habiskan sedikit masa
dengan mereka dan aku akan masuk mini office untuk siapkan segala kerja
tertangguh. Ikut mood juga tapi aku sedaya upaya siapkan apa yang aku target.
Ada juga hari-hari aku terlepas
dan tak sempat siapkan apa target harian jadi aku akan buat hari seterusnya.
Untuk pastikan badan tak lemau aku akan buat exercise selama 30 minit bagi badan berpeluh dua kali seminggu.
Semua ni aku cuba buat sebab untuk tahun 2021 antara azam aku ialah nak jaga kesihatan fizikal dan juga mental. Biasanya sebelum 7 malam anak-anak dah siap mandi, ready untuk mengaji dan makan malam.
Malam aku lebih relaks sebab
anak-anak sibuk minta perhatian abah mereka. Jadi mana-mana tugasan rumah yang
aku tak larat nak buat suami akan cover. Anak-anak juga suka berkepit dan minta
abah mereka suap makan.
Kesimpulan
Itulah rutin harian work from
home aku semasa PKP ni. Semuanya akan berterusan dan berulang-ulang. Serius mental
fizikal memang teramat penat. Bila fikir semula anak-anak paling kasihan. Tak dapat
keluar rumah dan terkurung je. Tapi kena la positif sambil doa semua akan
kembali pulih seperti biasa.
Terima kasih baca entri aku
sehingga habis. Jumpa lagi di lain entri.
semoga diah kuat... baca pengalaman ibu menjaga anak2 dengan situasi sekarang sangat mencabar
BalasPadamTerima kasih CIk Ash. Memang menduga sangat zaman Covid ni
PadamRutin dalam norma baharu
BalasPadam