Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

Aku kenal Kuih Bakar setelah berkahwin dengan suami dan tahu tentang kewujudan Kuih Bakar sebab mak mertua aku suka sangat makan kuih ni. 

Kuih Bakar atau nama lain dia Kuih Kemboja merupakan salah satu kuih tradisional kebanggaan orang Melayu.

Betulkan aku kalau salah ya, ni ikut pembacaan aku sahaja.


Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

Kakak ipar aku pernah berniaga Kuih Bakar satu ketika dahulu jadi sempat la tengok proses penyediaan bahan-bahan sehingga la proses nak bakar. 

Orang kata semakin tradisional cara bakar kuih tu semakin sedap rasa dia.

Betul lah tu. Dapat beza tau rasa garing dan bau asap tu. Sedap sangat. Jarang sangat dah jumpa penjual kuih bakar masak kuih ni dengan menggunakan arang. Sekarang nak mudah je guna oven je. 




Kuih Bakar Kuih Rasmi Negeri Melaka

Sepanjang Kakak ipar aku menjual, dia banyak dapat tempahan Kuih Bakar Berempah Melaka dari golongan berusia sebab dia menggunakan resepi turun temurun keluarga dan guna rempah sebagai salah satu bahan kuih bakar.

Ikut aku bertekak orang muda ni kurang minat bau rempah tu. Selera orang tak sama kan. Ahaks. Aku lebih prefer Kuih Bakar bau pandan tu. Selalu kalau rindu nak makan beli je dekat Pasar Malam.

Menurut sumber Melaka TV, Negeri Melaka akan mengangkat Kuih Bakar sebagai kuih tradisional rasmi sekaligus memastikan ia terus releven sepanjang zaman. 

Wah makin dikenali la Kuih Bakar selepas ni. Baguslah sekurang-kurangnya tidak lah pupus ditelan zaman.

Usahawan-usahawan kuih bakar kena ambil peluang ni untuk menonjolkan lagi Kuih Tradisi seperti Kuih Bakar ke peringkat antarabangsa.

Kalau bercuti ke Melaka jangan lupa bawa anak-anak ke Zoo Melaka tengok Dinosour Encounter atau ke Oceanarium tengok binatang laut . A Famosa Resort pun best. 

Kalau tengok resepi Kuih Bakar sukatan cawan yang dikongsi Tg Khuzanika di Facebook memang mudah sangat dan tak banyak sangat bahan dia guna. Lagi mudah tak perlu penimbang tapi guna cawan je. Lepas ni boleh cuba.


Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

1 cawan telur (Bilangan telur bergantung kepada saiz cawan)

1 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula pasir

6 helai Daun Pandan (Blend dengan sedikit air)

2 cawan santan

Secubit garam

Sedikti pewarna hijau epal

Sedikit emulco pandan (Terpulang nak letak atau tidak)

Bijan yang disangai.

Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga sebati kecuali bijan. Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit. Bergantung kepada oven masing-masing.


Kalau tiada acuan kuih bakar boleh beli di Shopee. Selalu menghampiri bulan puasa acuan ni cepat sold out. Macam last year acuan kuih Cara berebut orang beli.




Ulasan