Hari ni seharian aku mentelaah berita tentang aplikasi Sugarbook yang sedang kecoh diperkatakan di media sosial.
Mana taknya zaman aku muda dulu mana ada aplikasi berkaitan Sugar Daddy dan Sugar Baby. Eh mungkin ada tapi tak popular macam sekarang.
Sebagai ibu bapa millennial (Gen Y) dan sedang membesarkan anak-anak Gen Z wajib lah kena ambil tahu tentang isu panas macam ni.
Nauzubillah dan minta dijauhkan seluruh keturunan terlibat dengan maksiat.
Pengasas Aplikasi Sugarbook Orang Malaysia?
Beberapa hari lepas laman
sesawang Sugarbook telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKKM) dan pengasasnya Darren Chan telah ditahan bagi membantu siasatan kes
mengikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan.
Betul eh Darren ni orang
Malaysia? Berdasarkan paparan akaun Linkedin, Darren Chan yang kini berusia 34
tahun merupakan anak kelahiran Pulau Pinang kemudian dia telah melanjutkan
pelajaran ke Melbourne, Australia.
Apa Sebenarnya Aplikasi Sugarbook?
Sugarbook adalah laman web temu janji dalam talian yang menghubungkan Sugar Baby dengan Sugar Daddy (dermawan kaya) secara online.
Ianya merupakan platform yang mana Sugar Baby dan Sugar
Daddy bertemu dan membina hubungan yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Aku tertarik nak kongsikan sesi
temubual Darren Chan bersama TOC TV – The Online Citizen yang telah dikongsikan
di saluran Youtube mereka pada April 2020.
Aplikasi Sugarbook wujud sejak Januari 2017 di Singapura yang bertujuan untuk menghubungkan Sugar Baby dan juga Sugar Daddy.
Setiap ahli akan senaraikan ciri-ciri pasangan yang mereka
mahu ke dalam aplikasi.
Dalam video tersebut Darren kata mereka memilih Singapura kerana ekonomi Singapura yang bagus dan mempunyai kadar Gross Domestic Product yang tinggi.
Jadi dia jangkakan aplikasi ni akan
diterima baik dan berkembang pesat di Singapura.
Sesiapa sahaja boleh jadi
Sugarbaby termasuklah suri rumah, single mother, dan juga student. Dan Darren
memang target student untuk jadi ahli Sugarbook sebab itu dia wujudkan Student Program
dalam aplikasi Sugarbook ni.
Setiap pelajar Universiti yang daftar jadi ahli dan guna alamat email university akan dapat upgrade akaun premium secara percuma.
Semua maklumat & data peribadi pengguna mereka
dirahsiakan. Ini berdasarkan apa yang diterangkan oleh Darren dalam video tu.
Tambahan lagi, Millennial hari ni faham yang the best way to meet people now is tru online dating app.
Bak kata
mak aku, zaman dah berubah. Teknologi dah maju jadi mereka pilih untuk bina
network dengan ramai orang dan student ada peluang untuk kenal dermawan kaya
raya.
Selain tu Sugarbook dapat bantu student
yang nak rasa hidup mewah, tak buang masa dengan lelaki yang belum matang,
emosi tak stabil dan tidak berduit. Dapat elak juga dari terjebak dengan toxic
relationship.
Jadi point utama ialah Sugar Baby
mencari Sugar Daddy untuk support hidup mereka, support emosi, jadi mentor, tidak
ketinggalan be financial supporter dan juga invest in their life goal. Ha begitu.
Itu apa yang aku faham lepas tengok video temubual tu.
Masa dia mula-mula start buat Sugarbook dia ingat akan ada banyak supply of sugar daddy tapi sebenarnya pendaftaran menjadi Sugar baby lebih banyak.
Apabila aplikasi Sugarbook semakin dapat sambutan, Darren bercadang nak luaskan dan kuasai pasaran ke Asia Tenggara, Tokyo dan juga London.
Aku tertarik nak kongsi pendapat seorang pengguna Twitter, Liyana Abdul yang buat thread tentang Sugarbook. Liyana ni alumni Universiti LimKokWing.
Dia tak burukkan Universiti mahupun
sesiapa cuma berkongsi awareness bahayanya aplikasi Sugarbook kepada pelajar.
Ada kemungkinan ahli yang daftar
dalam aplikasi Sugarbook terutama Sugar Daddy adalah scammer. Logik juga bila
dia mentioned orang kaya kalau nak cari Sugar Baby dia tak perlukan app. Begitu
juga Sugar Baby pun boleh jadi scammer.
Saling tipu mentipu. Cuma aku
terfikir kalau jadi apa-apa kepada Sugar Daddy mahupun Sugar Baby siapa akan
bertanggungjawab ya?
Khas untuk Umat Islam, Mufti Wilayah Persekutuan pun dah tampil beri nasihat yang umat Islam sama sekali dilarang sertai aplikasi Sugarbook.
Janganlah kita mendekati zina. Sama-sama
lah kita beringat. Dugaan wang ringgit atas dunia ni memang kuat godaan dia terutama
waktu dunia dilanda Pandemik.
Sebagai ibu bapa yang masih jauh
lagi perjalanan nak membesarkan anak-anak (moga Allah izinkan) aku berdoa
sangat anak-anak aku sentiasa dipelihara dan ditunjukkan jalan yang lurus. Berat
seksaan di akhirat kelak kalau terjerumus ke kancah maksiat.
Semoga kita semua dilindungi. Aku
nak sambung membaca lagi dan terima kasih sanggup baca entri aku sampai ke
punghujungnya. Jumpa lagi next entri.
wow really?
BalasPadam