Ok maafkan aku sebab emosi
terlebih minum air sejuk. Realitinya waktu tengah malam la waktu paling teringin
nak makan benda mengarut dan kurang berfaedah kepada diri contohnya mi segera.
Menyesal Ke Cuba Mamee SLRP! Perisa Kari Xtra Pedas?
Masa topup barang dapur baru-baru
ni suami beli mi segera extra pedas. Dia ada dua tau level pedas dia, Mi segera
perisa kari dan Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas. Masa beli mi Mamee SLRP ni
tak letak harapan tinggi pun.
Sebab apa tau selalu tertipu
dengan iklan mi segera dekat TV, kata pedas tapi bila dah cuba sebenarnya tak
pedas pun. Punah harapan. Berlagak tak mahu kalah ambil xtra pedas.
Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas
Seperti biasa akibat pengaruh media
sosial, kami beli mi segera perisa Kari Xtra pedas jenama Mamee SLRP. Kebetulan
stok mi segera dah habis. Biasanya kami akan standby mi segera sebab selalu
bosan makan nasi.
Bosan makan nasi, tapi tak kurus
pun. ceh.
Salah satu perkara aku suka Mamee
SLRP adalah mi dia kenyal dan tak cepat lembik. Aku paling tak suka makan mi
yang cepat lembik dan kena makan cepat-cepat.
Berbalik kepada tajuk entri kali ni, aku menyesal ke tidak? Semestinya tidak. Walaupun berhelai tisu dan segelas air sejuk aku minum perasaan menyesal belum timbul.
Tak pastilah kalau esok pagi aku akan sakit perut. Setakat ni baik-baik sahaja. Sedap weh Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas ni.
Kena sangat dengan selera aku. Daya tahan pedas aku tidak lah hebat mana. Level sedang-sedang tahan pedas. Dari skala 5, bagi aku pedas dia di tahap 3.5 punya pedas (aku makan tanpa letak chili flakes).
Dalam paket tu ada mi, serbuk
perencah dan satu paket chili flakes. Aku tak letak langsung chili flakes tu,
kalau kau orang letak mungkin level pedas boleh pergi ke skala 4 atau 4.5
pedas. Sepanjang aku makan aku berkipas dan ditemani oleh tisu dan air sejuk.
Pedas dia jenis pedas dalam mulut tapi tidak peritkan bibir kau orang. Kalau aku makan Samyang, bibir aku automatik bengkak pedih.
Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas pedas
berair mata tapi lepas minum air sejuk, pedas tu cepat hilang.
Masa makan kepala aku rasa
berangin je. Tak pastilah orang lain, kalau aku makan makanan pedas mesti rasa
sejuk berangin kepala aku.
Waktu sediakan mi ni aku tambah
ketulan isi ikan Dory dan tambah ketulan jagung frozen serta sekeping cheese. Saja
nak nampak menarik untuk dimakan. Cheese tu konon nak bagi kuah dia rasa berlemak.
Alhamdulillah berbaloi rasanya
kalau kau orang nak cuba Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas. Jangan tanya
harga sebab aku lupa. Tak silap masa tu Giant ada buat promosi jadi harga aku
beli lebih murah.
Sedikit pesanan kalau nak makan, jangan makan depan anak-anak. Kasihan nanti sakit perut. Aku dah nasihat tau.
Lagi satu, tolong jangan amalkan sebab makan lewat malam atau sebelum tidur akan meningkatkan risiko penyakit diabetes, risiko sakit jantung dan lain-lain penyakit bahaya lagi.
Okey lepas ni kita insaf ramai-ramai ya. Nama pun manusia, benda yang tak boleh buat itulah yang seronok untuk kita buat.
Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas sesuai sangat jadi bahan kalau kau orang nak buat Mukbang challenge ke, sesuai juga dimakan masa tengok drama Korea.
Ok lah aku nak sambung tengok
drama. Selamat makan dan comment lah kalau dah pernah cuba. Amacam menangis tak
masa cuba?
lama tak makan mamee slrrppp nii
BalasPadamNanti try beli satu dulu.. Beli banyak x brani takut x habis sbb dekat rumah semua x tahan pedas hahaha
BalasPadam