Aku terlepas peluang untuk sertai sesi webinar solat yang pertama dan ini merupakan webinar kedua sebenarnya.
Menurut Ustazah, ada bab-bab yang Ustazah tak sempat bincang ketika webinar
kedua telah pun di kupas dengan lebih lanjut dalam webinar yang pertama.
Menggapai Kesempurnaan Dan Khusyuk Dalam Solat
Jadi memang tak rugi untuk sertai mana-mana sesi pun. Bagi aku ilmu tentang solat ni mahal sangat jadi aku memang excited sangat nak sertai.
Dengan yuran sebanyak RM 60.00, ilmu yang dikongsi Ustaz dan Ustazah sangatlah berbaloi.
Sesi bermula seawal 8.30pagi, ada waktu rehat dan kemudian berehat untuk lunch dan solat Zuhur. Sebelah petang adalah sesi soal jawab.
Sesi petang tu sangat menarik, dan biasanya kalau ada
ceramah pada waktu petang dan secara online pula tu pastilah perasaan mengantuk
tu akan ada.
Tapi tak sempat aku nak menguap ya sebab setiap soalan yang diajukan dan jawapan dari Ustaz dan Ustazah sangat-sangat menarik perhatian aku.
Nak tinggal pergi ke tandas pun sayang.
Walaupun Ustazah Asma’ dah bercakap laju dan sentuh bab yang penting tapi masih
terasa tak cukup masa.
Cara Menjadi Wanita Paling Bahagia
Apa Yang Aku Belajar Dalam Webinar Solat?
Satu perkara yang aku puji tentang cara penerangan Ustazah Asma’ adalah cara beliau menyampaikan ilmu. Dalam webinar solat, ustazah sentuh tentang banyak perkara.
Bermula dengan perkara asas seperti maksud solat dan tujuan solat sehinggalah kaedah untuk melawan bisikan syaitan serta khusyuk dalam solat.
Rupa-rupanya cara syaitan masuk
dan mengganggu manusia ketika solat adalah melalui dada.
Setiap hujah yang diberikan, Ustazah akan terangkan dengan dalil dan Hadith Nabi. Petikan-petikan ayat suci AlQuran dan ustaz Nidzam juga tunjukkan amali solat.
Fuh itu sebab aku cakap
masa tak cukup sehari nak belajar tentang solat.
Melalui Webinar solat ni aku tahu
tentang kelebihan Solat Sunat Wuduk, kelebihan membaca doa Iftitah, postur
badan yang betul ketika solat dan cara-cara untuk khusyuk, kisah Bilal bin
Rabah yang sentiasa mengamalkan solat Sunat Wuduk.
Aku memang galakkan kau orang sertai webinar solat anjuran Ustazah Asma’ ni.
Ustazah Asma' banyak tulis buku, antara buku yang hot selling ialah BUKU SAHABAT DUNIA AKHIRAT ni.
Mencari Redha Allah
Selain daripada topik solat,
Ustazah juga ada selit tentang ilmu-ilmu kehidupan. Jadi tidaklah terlalu berat
sesi pembelajaran tu. Ustazah banyak tekankan tentang mencari redha Allah,
hikmah menikmati ujian Allah dan tentang cara Nabi solat.
Ustazah pesan supaya amalkan
zikir dibawah dan dibaca setiap hari pada waktu pagi dan petang sebab banyak manfaatnya.
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ
دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا
Rodhitu billahi rabba, wa
bil-islami dina, wa bi Muhammadin shallallahu ‘alaihi wa sallama nabiyyan wa
rasula.
Ertinya: “Aku rela Allah sebagai
Tuhan, Islam sebagai agama, dan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.” (HR.
Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai, dan Al-Hakim).
Soal Jawab Berkaitan Sah Solat
Solat Pakai Stokin Bentuk Jari
Ada soalan dari perserta bertanya
tentang, “Sah atau tidak solat jika pakai stoking bentuk jari?”. Menjadi tanda
tanya sebab stoking jari tu mengikut bentuk jari. Timbul keraguan di situ.
Ustaz Dr Mohamad Nidzam menjawab
dengan cara yang peserta mudah faham iaitu: sebaik-baik pakaian untuk solat
ialah telekung.
Tetapi untuk keadaan darurat yang
mana situasi berlaku jika solat di R&R atau pun surau di mall kadang-kadang
tiada telekung, solat masih sah jika pakai stoking jari dan pakaian harian yang
bersih dan menutup aurat. Stoking itu sifat dia memang melekat jadi dibenarkan
untuk pakai dan solat.
Stokin Koyak
Soalan lain berkaitan solat ialah
tentang apakah sah solat jika selesai solat baru terperasan baju koyak atau ternampak
anak rambut sedikit?
Ustaz terangkan, solat kita sah dengan syarat kita dah usaha untuk lihat diri di cermin, check pakaian solat dan maksudnya kita tak ambil ringan ketika nak solat. Jawapan aku kongsi ni berdasarkan pemahaman aku.
Kesimpulan
Aku bersyukur sangat Allah dorongkan jalan aku untuk tambah saham akhirat dan juga misi aku nak cerahkan kubur dipermudahkan.
Sebelum ni aku jarang ikuti perkongsian ilmu Ustazah Asma’ tapi
sejak awal tahun hari tu lepas aku tanam azam nak kutip pahala akhirat Allah
buka pintu hati aku untuk belajar dengan Ustazah Asma.
Sesungguhnya tidak rugi dalam menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya esok jika kita ditanya di depan Allah, apa usaha kita untuk baiki solat moga ada terselit pahala atas usaha kita.
Aku bukan Ustazah dan aku tak layak nak mengajar cuma aku suka sangat nak berkongsi. Semoga kau orang dapat manfaat dari perkongsian aku kali ni.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.